kek

Kek Coklat Kukus DJ

By LiNa_Pg - Saturday, October 24, 2009


Salam,
Kek Coklat Kukus DJ ni sebenarnya kali kedua buat, first time wat masa open house, bukan setakat tak sempat nak snap pic, tak sempat nak merasa keenakan kek ni..Tapi xpe itu bermakna kek ni memang sedap sebab tu 'laku' he..he..he..Kek ni mmg wangi sbb menggunakan horliks, memang best..Ada sapa2 nak kek x? Ha..ni ada 3ketul yang terhidang spesel utk dayang, kak rosaliza & hasue..sila..sila..jgn malu2 wat cam rumah sndiri yea..
Resepi boleh tgk kat sini:

Bahan-bahan ( loyang 7 inci )

  • 125 gm / 1 cawan tepung gandum + 1/2 sk baking powder (diayak)
  • 1/3 cawan serbuk koko (diayak)
  • 1/3 cawan horlicks (diayak)
  • 4 biji telur gred AA
  • 225 gm mentega
  • 3/4 cawan gula kastor (dikisar halus spt gula ising)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara

  1. Sediakan pengukus. Didihkan air dgn api sederhana. Griskan loyang kek dan taburkan sedikit tepung (seelok2nya lapik dgn kertas minyak supaya mudah utk keluarkan kek)
  2. Putarkan mentega bersama gula hingga berkrim dan gebu (guna kelajuan maxima).
  3. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  4. Sementara itu, satukan tepung bersama koko dan horlicks. Kemudian masukkan ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit sambil diputar.
  5. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Sebatikan.
  6. Tuangkan ke dalam loyang kek dan tutup dgn kertas foil. Kukus selama 1 jam.
  7. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.
  8. Boleh hiaskan dgn topping kesukaan masing2 jika suka (tak letak pun takpe sb kek ini sudah cukup manis dan moist)
  9. ***tepung gandum boleh digantikan dgn tepung naik sendiri

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. cedaapp2!!....tengah ngetest ler ni...mmg sedap!..heheh

    ReplyDelete
  2. sifu kite kata sedap tuh, kira lulus la..

    ReplyDelete
  3. nak try(^^,)... mohon copy resepi erk...(^^,)

    ReplyDelete