Lemang Perantau

By LiNa_Pg - Tuesday, October 27, 2009


Salam,
Syawal dah pun berlalu tapi kemeriahan tetap terasa..cam jiwang jer bunyinya, sentimentel la konon. Kalau mukadimmah raya ni, menu nak tayang ada kena mengena ngan raya hik..hik..hik (gelak sopan ni).Lemang ni kite wat sendiri tau jangan ada yang mandai2 kata kite tempah lak..resepinya sangatlah senang, saya buat 1kilo beras pulut mmg sedap tau. Sesiapa yang berminat boleh la try raya haji nanti. Resepi asal 'Lemang Perantau US' honey87.


Yang ni lemang dok pose seksi aww..buka aurat gitu ahaks..Ada yang terliuq ker?ish..ish..x leh nak nolong la, sudah pinish yea..kalau nak gak kena wat sndri yea. Resepi kat bawah ni:

Bahan-bahan

  • 500g beras pulut
  • 400ml santan cair (bergantung kepada kepekatan santan, boleh letak 3/4 santan dan 1/4 air)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh garam/ secukup rasa
  • daun pisang (utk mmbalut lemang) 
Cara-cara
  1. Panaskan periuk pengukus. Satukan kesemua bahan2 di dalam loyang
  2. Kukuskan selama 25-30 minit dengan api sederhana
  3. Bentukkan pulut seperti lemang/ bole guna botol air seperti dalam gambar. Pastikan pulut betul2 padat.
  4. Keluarkan pulut dari acuan (botol)
  5. Balutkan pulut dengan daun pisang. sapukan sedikit minyak di atas daun pisang sebelum membalut pulut. Pastikan daun pisang sudah dilayur terlebih dahulu
  6. Kukuskan semula selama 5 minit
  7. Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong 
  8. Potonglah cantik2

  • Share:

You Might Also Like

0 comments