Biskut Kuaci

By LiNa_Pg - Sunday, November 01, 2009


Salam,
Jangan ada yang pelik yer kenapa n3 biskut raya lak, emm..jangan tak tau raya haji hujung bulan ni tau. Mana la tau kot2 ada yang nak menerai 'cookies' ni. Resepi ni saya amek dr blog Mat Gebu. CMG minta halal yer kopi pes resepi kat sini:

BAHAN A :-)
250 g mentega
140 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen lemon (mat letak esen vanilla)
BAHAN B :-)
60 g kuaci labu, dikisar halus
100 g cornflakes, dikisar halus
40 g coffeemate
60 g tepung jagung
400 g tepung rose (kalau tak de, guna tepung gandum saja)
BAHAN C :-)
Kuaci labu, untuk hiasan
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
 
  1. Pukul bahan A hingga sebati dan rata (jangan pukul hingga kembang, nanti biskut jadi "gedabak"). Masukkan bahan B satu demi satu dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Kalau macam lembik, biarkan 10 - 15 minit (bila cornflakes kembang, doh jadi OK).
  2. Canai doh 1/2 cm tebal, terap guna acuan kegemaran, susun atas dulang pembakar, sapu dengan kuning telur dan hias dengan kuaci labu. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit.( sy bako 120'C selama 10min shj)
  4. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

he..he..yang ni lak versi kedekut, tak cukup kuaci nak wat bentuk munge..silap budget hu..hu..hu





  • Share:

You Might Also Like

0 comments