Ayam Kapitan

By LiNa_Pg - Saturday, November 06, 2010

Ayam kapitan ni geng ngan nasi dagang, org klate panggil nasi dage. Dah banyak kali sangat wat siaran ulangan ayam kapitan nih.Memang sedap..tak pedas dan anak2 pun suka.Terajin sket copi pes kat sini. Sekali tgk cam gulai ayam, tapi ada kelainan dari segi rasa. Memang sedap..cubalah..

AYAM MASAK KAPITAN
Sumber: Babybatriesyia
Kopi pes : dayangjack

Bahan Kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 6- 7 biji Cili Merah ( sy gn 3sb cili giling )
  • Sedikit lengkuas (DJ guna 1 inci) - sy xboh xde stok
  • Sedikit Serbuk Kunyit
  • Stgh cm halia ( sy tambah )
  • 1 batang serai ( sy tambah )
Semua bahan di atas dikisar kecuali serbuk kunyit.

Bahan A
  • Ayam dipotong ikut suka
  • 200 ml santan
  • 50 ml susu cair
  • 4 sudu besar air asam limau nipis (sy gn air asam jawa)
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  1. Tumis bahan kisar &serbuk kunyit hingga naik bau. 
  2. Masukkan ayam dan gaul, biar hingga ayam empuk.
  3. Kemudian masukkan santan dan susu cair. Biarkan hingga mendidih. 
  4. Masukkan garam, gula dan air asam limau tadi. Kacau sentiasa. Angkat dan hidangkan.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments