Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

By LiNa_Pg - Sunday, April 24, 2011

Nasi Kukus dan Ayam Goreng Berempah memang gandingan yang mantap. Tambah lak makan ngan sambal belacan yg sedap ni.Dah lama jugak tak wat nasi kukus ni. Bila cuti2 ni rajin sket la nak masak2..selalu tu mkn kat kedai atau tapau jerr.Tapi selalu sangat mkn kat luar, jemu jugak..balik2 mkn menda sama jerr.Nasi kukus ni saya wat untuk dinner semalam. Lembut je hasilnya.nasi kukus ni special sket..Kira cam wat experiment la..Saya gunakan methode nasi lemak kukus, tapi xboh la santan..arun ngan air jerr. Hasilnya memang cantik berderai jer nasi kukus ni. Kalau nak resepi yang lebih senang, bleh tengok kat SINI.Nasi kukus ni mmg sedap dimakan ngan kari kepala ikan.Untuk resepi Kari Kepala Ikan bleh tgk kat SINI
Set Nasi Kukus..sedap makan panas2..
RESEPI: NASI KUKUS II

Bahan-bahan:
4 cawan beras (sy rendam +/- 1jam)
3 cawan air
2 helai daun pandan (simpul)

Cara-Cara:
1) Cuci bersih beras dan rendam sekejap. Kemudian toskan beras   
2) Didihkan air dalam pengukus.Masukkan daun pandan simpul dlm air.Masukkan beras ke dalam kukusan dan buat lubang supaya beras masak sekata.
3) Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak (beras kelihatan sedikit kering )
4) Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk (Tukar air selalu supaya beras cepat sejuk). 
 Beras akan mengembang dan memanjang. lebihkurang 1x ganda.
5) Kukus semula beras tadi lebih kurang 10-15 minit. 
6) Keluarkan beras tadi dan arun/gaul dengan air (3 cawan air).Biar seketika(+/-10min) supaya air tadi menyerap masuk ke dalam beras. 
7) Kukus lagi hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik (sy kukus 15min)
Nasi kukus yang dah masak sepenuhnya

Untuk resepi Nasi Kukus yg lebih mudah boleh tengok versi satu lagi kat sini NASI KUKUS MUDAH




AYAM GORENG BEREMPAH

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH
By:http://linapg.blogspot.com

Bahan Perap
6 ketul ayam (perasakan dgn garam kunyit)
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk jintan putih
1 sb serbuk kari daging
1 sk paprika
Sedikit oregano (xboh pun xpe)
Minyak


Bahan kisar:

4 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
3 batang serai(kisar)
6 cm halia (kisar) sy gn halia muda

Cara:
  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan perap kecuali minyak.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar.Gaul sebati.
  3. Perap ayam lagi lama lagi sedap.(Saya perap 1jam shj sbb nak cepat)
  4. Goreng dengan api sederhana.Ayam perap cenggini senang hangus.Kena pandai kawal api
SAMBAL BELACAN
Sambal belacan ni memang istimewa sket sebab ada ikan bilis kat dalamnya.bagi saya rasanya sambal belacan yang paling sedaplah..kalau ikut resepi asal mmg bleh berasap tinge. Sejak pandai wat sambal belacan sendiri ni saya tetap setia ngan resepi ni.Resepi ni saya amek kat kat myR..hana izinkan saya kongsikan kat sini ya

RESEPI SAMBAL BELACAN 
Sumber: hana (myR)

Bahan-bahan ( 4 org mkn )

  • satu mangkuk kecil chili padi(sy guna 10biji jer)
  • 3 biji cili merah (sy tambah)
  • 3-4 biji bwg merah 
  • 3 ulas bawang putih (sy tambah)
  • setengah genggam ikan bilis - yg dh kupas yer
  • 1-2 inci belacan
  • garam secubit
  • pak aji - klu suka. klu tk suka bleh gantikan ngan gula secubit
  • 2 sudu minyak masak
  • perahan jus limau kasturi (sy gn limau nipis)

Cara-cara

  1. Potong bwg. Chili padi belah dua (tips supaya tk meletup masa goreng)
  2. Panaskan minyak. Masukkan bwg,cili padi, ikan bilis n belacan.. goreng lebih kurang 5 minit atau hingga layu.bau belacan goreng mmg sodappp....
  3. Angkat. n masukkan dlm lesung. tambahkan garam n pak aji/gula n limau kasturi yg dah dipotong2. Tumbuk limau ngan kulit2 skali. klu tk suka tk yah la.. amik jus nyer jer..
  4. ok siap! bleh la dihidang sebagai pencicah ngan ulam2an... atau ngan sayur air/bening n ikan masin...SEDAPPP!!
  5. SeLamaT MencuBe.

  • Share:

You Might Also Like

33 comments

  1. assalam kak lina.


    nasi kukus ayam berempah satu set ... ha33


    @dah tambah satu tips lagi mcamna nk kukus nasi. tq kak kongsi kat cni :)

    ReplyDelete
  2. Assalam akk nk 5 set...kasi ayam rempah bhgian dada satu set.... sedap tu. rajinnya ngukus

    ReplyDelete
  3. wachak> wslm wa..ada methode yg mudah..tp akak sy cari nahas tu hahaha..tp mmg lebih sedap n lembut

    ReplyDelete
  4. kak rosa> amboi sampai 5set tuh..hasilnya pun 6set jer ahaks..

    ReplyDelete
  5. ooooo macam tu.. jenuh jugak nak buat nasi kukus ni kan kak lina.nak makan sedap kena la renyah sikit.saya ikngat pakai kukus je. ada teknik jugak rupanya..hehe,mekasih kak menambah ilmu saya ari ni

    ReplyDelete
  6. izah> kalau nk lebih senang,guna bekas kecil.Masuk beras 2/3 bks tu pastu isi air smpai penuh then kukus sampai masak

    ReplyDelete
  7. Jarang orang share resipi begitu detail sekali..thank you.

    ReplyDelete
  8. hani> ada gak pic yg xsempat nk snap..kelam kabut..bila dak kecik bangun

    ReplyDelete
  9. SALAM LINA..DTG NK TUMPANG MKN NASI KUKUSSSS..

    ReplyDelete
  10. kak, sedapnya nasi kukus tu....terliur la...:D

    ReplyDelete
  11. kak gerau> hehehe sedap..

    kak atie> tumpang jgn tak tumpang

    nieza> sekali sekala tuko selera nieza..sedap gak pekena ns kukus ni

    ReplyDelete
  12. aduhhh ngences nengoknyer! aritu ader jamuan guru, kitaorg order nasik kukus.. mmg cenggini la padanannya cuma ader kuah mcm kuah kari la kot! tp podeh bona sambal belacan dier... rasanya tahan lg kot sambal belacan hana nih! hahahaha.... maceh na masih stick ngan sambal belacan tuh... ^_^

    ReplyDelete
  13. hana> pasni mmg setia ngan sambal belacan ni mmg sedap kena ngan taste kami..pepon tenkiu kat hana

    ReplyDelete
  14. akak...mama ambik u punyer resepi eh...TQ....nak try la....

    mudah2an menjadi laaa

    ReplyDelete
  15. akak nak tanya, ayam tu nak perap 4 biji bawang besar ye guna? banyak jugak.

    ReplyDelete
  16. Najah> sori Najah typo error..4ulas bawang merah.
    Nanti akak edit rcp tu

    ReplyDelete
  17. sedap la kak...ssh nk jmpe nsi kukus y sedap dan terbaik...tgok akk wat cm best j nie..hehehe

    ReplyDelete
  18. Wah. Tgk pun tau mesti sedap. Bahan2 semua ada. Nampak gaya kena cuba ni. Thanks..tau dah nk masak pe lunch hr ni..harap2 menjadi. First time masak nasi kukus..haha

    ReplyDelete
  19. menu kami hari ini nasi kukus resepi dari sis...sedap sangat..thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  20. Harini balik nak cuba resepi ni. nampak sedap, harus cuba untuk master menawan perut si dia jantung hati....:)

    ReplyDelete
  21. kaLo untuk masak bnyak2 macam mana caranya, sya dari indonesia mau niaga nasi kukus.

    ReplyDelete
  22. @khairul anwar
    Maybe boleh mmasuk dalam bekas2 kecil (untuk sorang mkn).Then kukus banyak2 bekas

    ReplyDelete
  23. Maaf kak tmpg tye..brs tu ltk dlm air kukusn yg ada pndn tu ke??atau ltk ats bks kukusn lain kt ats air tu..

    ReplyDelete
  24. @Dila Mohd
    Beras letak dalam bks kukusan (yg ada lubang2 tu)
    kalau resepi ni rasa susah..boleh cuba yg versi satu lagi...last sekali tu saya letakkan kan link..
    Yg tu guna bekas kecil2

    ReplyDelete
  25. Tq for sharing...memang terbaik nasi kukus ni..:)

    ReplyDelete
  26. Tq for sharing...memang terbaik nasi kukus ni..:)

    ReplyDelete
  27. terima kasih atas perkongsian ini. memang baunya wangi masa menggoreng...guna bawang merah ros yang kecil...dari jauh dah berbau dik..

    ReplyDelete
  28. Nk promote skit.. nasi kukus ayam berempah ala Thai di bercham raya.. tmn perpaduan.. dpn klinik harmoni.. mmg terbaik.. harga rm4.50 shja.. turut menjual kerabu meggie thai.. rm3 shja.. meh cuba org2 Ipoh. Sehari jual 150bungkus 4jam shja.. mula pkul 11 pg..

    ReplyDelete