Bayam Tumis

By LiNa_Pg - Thursday, June 21, 2012

Assalamualaikum...
Bayam merupakan sayur yang palin laku kat umah ni..anak2 pun suka makan sayur bayam..nak2 pulak yang masak lemak camni.Paling best si kecil Maisarah jugak makan..dia mkana nasi ngan kuah jerr lauk xmo dah kalau wat sayur ni hehehe.

sedap ni tambah lak boh udang byk2..
RESEPI BAYAM TUMIS
sharing : linapg.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 300 g sayur bayam - dibersihkan dan potong kecil
  • 2 cawan santan - (linapg gn 200ml santan kotak ayam brand)
  • 2 batang cili hijau
  • 3 ulas bawang merah kecil
  • 1 sk jintan manis
  • sedikit kunyit hidup (linapg xboh)
  • 1 sb udang kering
  • 100 g udang hidup - dibuang kulit
  • garam secukup rasa(linapg gn 1 kiub ikan bilis)
  • sedikit minyak masak - untuk menumis

Cara-cara

  1. Tumbuk cili hijau,bawang merah,kunyit,jintan dan udang kering tetapi jangan halus sangat.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yg ditumbuk tadi hingga terbit bau lalu masukkan udang hidup,kacau rata dan masukkan pula santan dan garam secukup rasa.Kacau.
  3. Apabila santan mula mendidih,masukkan sayur bayam dan masak sayur hingga lembut.
  4. Siap untuk dihidangkan dgn nasi panas.

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. assalam lina..acik biasa goreng je..sampai tak makan ngan nasi..ratah je kalau masak bayam ni

    ReplyDelete
  2. ooo sedapnya! bayam memang sayur penuh khasiat...

    ReplyDelete
  3. salam kenal :)

    sedapnya bayam tambah pulak ada udang menarik sgt resepi ni.

    ReplyDelete
  4. rumah akk pun kalo bayam lemak2 mcm ni mmg laku la, sedap je kuah tu, lagi pula sayur tu best je lembut

    ReplyDelete