Kari Ikan Susu

By LiNa_Pg - Friday, July 27, 2012

Assalamualaikum...TMK ni tdak lain eh..syik2 masak2 kar jerr.Bukan aa,senang bleh simpan sahur sekali.Kalau masak  goreng xsedap lak kala panaskan.Takmo bebel panjang meh tengok pic n semak resepi.

isi ikan susu ni manis dan sedap tapi ada tulang halus cam tulang ikan terubuk.Kalau makan ken hati2 takut tercekik

KARI IKAN SUSU
By : linapg.blogspot.com
Bahan - Bahan:
  • 1 ekor ikan susu (500g)
  • 2 paket kecil rempah kari ikan (jadikan pes)
  • 1 sudu kecil serbuk kas-kas
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2 sudu makan cili giling
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris nipis )
  • 6 ulas bawang merah ( tumbuk )
  • 2 ulas bawang putih ( tumbuk )
  • 1 cm halia ( tumbuk )
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji buah tomato dibelah empat
  • Daun kari
  • Kacang bendi
  • Minyak 
  • Air asam jawa
  • Garam dan perasa 
  • Air secukupnya
Cara Penyediaan:
  1. Tumiskan bawang besar, daun kari  dan halba campur hingga sedikit layu dan wangi masukkan bahan tumbuk.Tumis hingga garing.
  2. Masukkan cili giling tumis lagi.Masukkan rempah ikan tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
  4. Masukkan air ikut suka banyak mana.Masukkan garam & perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
  5. Kemudian masukkan  ikan,biar mereneh sebentar.
  6. Masukkan kacang bendi, cili merah dan tomato.Kacau sekejap. Tutup api

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Assalam, selalu nampak rumah amie msk ikan susu ni, tu la akk x pernah beli lagi, takut tulang, budak2 susah nak mkn.

    nampak sedap kari ikan susu tu

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa Lina.
    Kari mmg fav saya....cicah dengan lempeng pun sedap.

    ReplyDelete
  3. kak rosa> wslm..pestaim gak masak kan susu ni,rasa sedap tp tang tulang halus bercabang u cheq tak gemar sangat huhuhu

    ReplyDelete
  4. nirzie hany> selamat berpuasa juga buat norzie, betu cicah lempeng kelapa sedap tuuu

    ReplyDelete
  5. Assalam lina salam ramadhan almubarak ,akak pun baru je cuba ikan susu ,buat bako sedap rupanya isi dia heheh

    ReplyDelete