kek

Red Velvet Cake - Percubaan Pertama

By LiNa_Pg - Tuesday, October 02, 2012

Assalamualaikum
Dengan semangat yang berkobar2 dan ucapan bismllah, aku memulakan projek RVC ni.Mau makan 2 ari nk siapkan kek ni.Hari pertama wat kek dulu.Pastu simpan dalam esbok.Esoknya sambung lak wat cream cis frosting.Udahlah wat kek yg kos tggi ada hati lak nak deko bagai kih3...Ye lah  untuk besday my laling, wat la kek spesel sket. Inilah hasil percubaan yang pertama membuat Kek Si Baldu Merah.Kejadian RVC agak berjaya tp deconya tak bape menjdi sbb cream cheese frosting agak lembik dan tak boleh dibentuk.Ada sesiapa boleh tulun x?Itupun lepas lepa atas kek saya simpan jap dalam esbok supaya keras sket.Baru wat tulisan hepi besday.Saya CnP dari blog Naz (COSK)

 hmm..sedapnya..creamy..yummy..
RESEPI RED VELVET CAKE
Rujukan lain : Irma , Kak Ita Masam Manis, Hana Memorieskak Nor , Anna
sharing : lina pg

Bahan-bahan Kek :
  • 2 1/2 cawan (250 gm) tepung kek*(lina pg gn SRF)
  • 1/2 tsp garam*
  • 2 Tbsp (15 gm) serbuk koko* (*ayak bersama) 
  • 1/2 cawan (113 gm) butter
  • 1 1/2 cawan (300 gm) (lina pg gn 1 cwn gula kastor)
  • 2 biji telur gred A
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (240 ml) buttermilk (resepi buttermilk : 1 Tbsp cuka masakan + 240 ml susu segar-biarkan 10 minit sebelum digunakan)
  • 2 Tbsp cecair pewarna merah 
  • 1 tsp white distilled vinegar (lina pg gn jus lemon)
  • 1 tsp baking soda

Cara-cara :
  1. Pukul butter sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
  2. Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit).
  3. Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali dimasukkan.
  4. Masukkan asen vanilla dan putar hingga sebati.
  5. Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
  6. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 
  7. Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 175 C selama 20-30 minit menggunakan api atas dan bawah.
  9. Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
  10. Seterusnya, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek.

Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
  • 1-8 oz (227 gm) krim keju, pada suhu bilik
  • 1-8 oz (227 gm) keju Mascarpone, pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
  • 1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream (lina pg kotak kecil 200ml)

Cara-cara :
  1. Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
  2. Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
  3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
  4. Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.

  • Share:

You Might Also Like

21 comments

  1. akak pakai whipping cream jenama apa..? kalau anchor mmg lembik.. lain kali cuba pkai jenama rich atau value pride. :)

    ReplyDelete
  2. Irma> Alamak dah lupa la brand apa..Anchor kot..oo whippig cream tu lembik ek..ok nx time try brand Rch pulak
    Thanks ya Irma

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. salam kenal ye tuan rumah.. jalan tadi nampak RVC ni.. terus singgah and follow skali... pandai lah 1st time wat pun dah jadi ha... saya ni terkebil2 tak test pun lagi.. dah banyak kali tengok org lain buat RVC ni menjadi.. saya still takot nak cuba.. hahahaha

    ReplyDelete
  4. JassNani> wslm..lama gak dok study rcp RVC ni ni.Kali ni tekad nak buat..Alhamdulillah menjdai da sedap.Cuma kn improve tang deco..
    Jass cubalah..tengok rujukan dari pakar2 masak yg sy bagi link tu..insyaAllah menjadi

    ReplyDelete
  5. salam kak...saya biasa gna vivo...
    tp akk lbh baik beat asing bg soft peak baru campur dgn krim keju tu..I.Allah..

    ReplyDelete
  6. Anna> wslm..ok nanti bleh try methode Anna..mesti cuba lagi hingga berjaya wat deco atas kek tu..terima kasih Anna

    ReplyDelete
  7. Walaupun 1st time buat tapi sis tgk cantik sungguh kejadiannya.Gebu dan warnanya sgt menarik.

    ReplyDelete
  8. salam Lina
    akak belum penah buat rvc ingat nak buat jugak nampak macam senang je kan menjadilah wlaaupun first time kan

    ReplyDelete
  9. Norzie> First timer kira ok la kan?segala kekurangan masih boleh dterima

    ReplyDelete
  10. Kak Noor> wslm, rcp nmpk pjg berjela tp xsusah sgt nk wat.Cubalah kak Noor

    ReplyDelete
  11. wah sdapnya...mana gmbar sebijik kek?

    ReplyDelete
  12. ezzyra> gambar sebijik kek ada amek..tp pic xcomey sbb gelap (lampu dapur xreapir lagi.Pastu dah potog br tengok picas gelap..Ni pun snap ngan enpon jerr

    ReplyDelete
  13. Assalam cantik kek baldu merah tu, akk pernah cuba sekali masa besday eqa, snap gambar tapi tak cantik deconya .
    Cantik sangat kek tu nampak pun sedap yg bestnya cream cheese tu di gandingkan dgn kek memang mables

    ReplyDelete
  14. kak rosa> wslm...nanti kena wat lagi sampai camtik deconya hehehe..masih bersemangat mencuba

    kak rosa dah wat ek..RVC ni tak perasan lak n3 tuh kih3

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Lina..agaknya krim tu terlebih pukul ke? dulu akak pernah experience gak..buat lg sekali ok & x pukul lama sgt baru ok jadinya. anyway, kek tu sendiri pun dah sedap kan, cantik & gebusss...

    ReplyDelete
  16. kak Ina> wslm,hmm memang kena cuba lagi ni..but sampai puas hati tang cream cis tu..

    ReplyDelete
  17. salam lina..akak rasa lina guna jenis dairy whipping cream tu yg cair..sbb dairy whiping cream tu pukul mcmana pun x gebu sbb ianya cair (rasa pun tawar)..selalu digunakan utk masuk dalam adunan ciskek @ sos pasta ker tp kalu utk dibuat frosting eloklah guna nondairy whipped cream bila dipukul akan jd kembang dan kental cantik rasa pun sedikit manis eg. jenama rich,value pride,vivo (ia disimpan lam freezer manakala dairy whipping cream tu simpan dlm rak biasa dlm fridge jer)..hrp membantu ye!

    ReplyDelete
  18. kak Ina-rasanya betul kot sbb whipping cream yg saya beli dismpan brsama cream cis.kna cr yg non-diary la pasni.Tima kasih ya Dr.Ina

    ReplyDelete
  19. percubaan pertama saya tak menjadi sgt,ntah bila nk cuba lg taktau la hihi

    ReplyDelete