Thursday, May 30, 2013

Kek Buah...Lagi

Assalamualaikum...
Macam dah jatuh chenta ngan kek buah ni...bila dah mengunyah mcam tak boleh stop...Tak sedar dah abes beberapa potong.Sedap ngan rasa manis2 buahnya tu.Kali agak bersabar sket untuk potong kek pas masak.Sempat gak la umur kek 12jam baru potong hehe.Kejadiannya nampak lebih moist dan sedap...Rugi taw siapa tak mencuba kek ni..Pagi tadi my laling siap bawa bekal gi keje.Kalau berbekal bagai tu,memang dia suka la tu.Kalau tidak...taraknya dia kesah..Sumber asal tengok SINI .
Moist kan?kan?
 bila yang 'baring' ni lagi nampak moist..
Tinggi sungguh kek ni..melimpah loyang cheq sampai terkena aluminium foil..Saya bersedia menerima tempahan kek buah kukus ni.Jika berminat, silalah e-mail atau PM saya di fb..Tempahan untuk bila2 masa sahaja, bukan setakat untuk hari raya sahaja.
RESEPI KEK BUAH
Rujukan : Hana , Chaya Sheila
Sumber : lina pg


Bahan-bahan
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
350g gula pasir
60ml air panas
500g buah-buahan campuran
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran .Kacau kemudian sejukkan.
Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).

Wednesday, May 29, 2013

Resepi Ikan Siakap Bakar Tom Yam

Assalamualaikum...
First time makan ikan bakar kat rumah, selalunya aktiviti kami setiap hujung minggu ialah kuar JJCM.Salah satu menu peberet ialah Ikan Siakap Bakar.Ada beberapa pot menarik yang sentiasa kami kunjungi.Tapi makanan di restoran sudah tentulah yang biasa saja..mestilah sambal yang merah tu kan..pastu cicah ngan air asam.Kali ni spesel sket....Ikan Siakap Bakar Tom Yam.Sangat sedap dan berbaloi2 dicuba.
Resepi hasil gugelan di tenet.Memula cari gambar ikan bakar dulu, pastu bila ada yang menarik terus terjah.Rupanya resepi dari umah MamaHawa...Kepada yang berminat bolehlah mencuba.Sangat senang dan sedap.
Sengaja buat bagi basah2 dan sedikit berkuah tu...memang licin semuanya...tinggal tulang, daun pisang n kulit limau jer haha
 Ni pas kuar aluminum foil.Lina pg bako guna dapur gas ajer...boh dalam pan
RESEPI IKAN SIAKAP BAKAR TOM YAM
Sumber : Chef Hanieliza , MamaHawa
Sumber2 : Lina pg

Bahan A

  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut (carik2)
  • 1 helai daun kunyit (hiris nipis)
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6) Lina pg xboh tadak stok
  • Aluminium foil & daun pisang - ni mama tambah

Bahan B (Dikisar)

  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili api (Lina pg xboh)
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos
  • 2 helai daun limau purut

Cara Membuat:-

  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin)
  2. Letakkan ikan ke atas daun pisang.Letak daun limau purut dan daun kunyit. Kemudian bungkus kemas.Lina pg balut pulak ngan aluminium foil
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.
  4. Perahkan limau semasa menghidang.

Tuesday, May 28, 2013

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur (Mudah Dan Sedap)

Assalamualaikum...
Time sekolah ni, stok makanan kenalah sentiasa ada kat umah ni.Rasa macam nk makan puding tp tak tau nk wat puding apa...selongkar peti ais, tengok ada lah agar2 serbuk.Pikir punya pikir..bolehlah kot wat puding karamel ni ..Bila cakap pasal karamel ni..mesti ramai yang menggemari puding karamel kan...In case you all tadak stok telur, boleh dicuba resepi ni Puding Karamel Tanpa Telur.Ekceli resepi sangat femes sedikit masa dahulu.Saya sendiri sudah beberapa kali mencubanya.Tapi masa tu masih belum berblog lagi.Resepi ni disumbangkan oleh firasyira (myR) tapi saya olah sedikit sukatannya supaya lebih mudah.Memandangkan tuan tanah menggunakan sukatan senduk..Hasilnya memang mabeles...
cuaca panas..dapat makan puding camni, memang nikmat
 cantik jer kejadiannya
sebelum dibedah siasat 
 
want some bite??so yummy...nak tau...cubalah buat...

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Sumber: Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
  • 2 sudu besar gula pasir
Bahan-Bahan B (Puding)
  • 1 paket agar-agar serbuk 10g
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair 
  • 3sb  tepung kastard
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara
  1. Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang (LiNa Pg tidak masukkan air,hanya cairkan gula sahaja) Kemudian ketepikan
  2. Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
  3. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.
Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais

Sunday, May 26, 2013

Sepetang Di Zoo Taiping

Assalamualaikum...
Apa khabar semua?Cuti sekolah sudah pun bermula, mesti ramai di kalangan ibu bapa yang memabawa anak2 bercuti.Tak kiralah sama ada dalam negara atau pun luar negara.Tahun ni kami tidak bercuti ke mana2.Memandangkan my laling akan menghadapi Final Exam di U.S.M pada 3hbJune nanti.Jadi kenalah dok dendiam ajer.Walaupun tidak bercuti makan angin, tapi kami masih sempat lagi jalan2 ke Zoo Taiping.Okey lah tu...kesian gak kat anak2, kalau tidak dibawa keluar langsung.Dekat2 pun okeylah kan..
Agak lama jugak kami tidak berkunjung ke Zoo Taiping.Rasanya paling akhir kami ke sini ialah semaasa Nisa berusia 2 tahun.Sekarang ni dia dah pun 11 tahun.Lama jugak tu.Dalam jarak masa beberapa tahun..tak banyak sangat perubahan kat zoo taiping ni...Cuma dekat entrance agak menarik sket...ada bumbung besar..bolehlah berteduh bila hujan.Biasanya Taiping lan kawasan tadahan hujan di Mesia ni.Asal datang jer...mesti hujan....hujan rahmat haha..
Okey la panjang lebar menulis hari ni.Saya tepek gambar sket2 ajer..malas benor nk edit bagai..Aci resize n letak watermark..
 Pic pertama opkos la kat pintu masuk...kang ada yang tanya..zoo melaka ke ni kak?
 turn mama ngan abah lak..baby mesti tenggek sekali punya..tak bagi peluang langsung..mama ngan abah nk pose berdua
 okey...dia dah start wat lawatan sosial..abe segala ceruk dia masuk check..
 disusuli ngan berlari-lari anak pulak..
 gambar burung merak lak..kata mai zoo kan..takkan gambar Maisarah jer kot
 Ini chinpanzi kot..
 makan tido..makan tido..tu yng nampak malas benoo..huhu
 Ha...yang ni paling aku geram.Ada ke patut botoi Maisarah dirampasnya.Memang perangai beruk betul la.Amboi dia sedap2 minum susu Maisarah..menyampah lak aku tengok..
 Merenunng jauh masa depan
 Nak ngayat awek ke tu?
 testing...slow shutter image
 Cantik Flamingo ni..kaler pink putih
 Abah lak pose
Kat exit dah ni...ujan la pulak...gaya macam mau lari dah tu

Tuesday, May 21, 2013

Resepi Lamb Chop BlackPepper Sauces

Assalamualaikum...
Menu dinner malam tadi...Alhamdulillah kenyang layan western..sesekali biru mata hitamku...Lamb Chop dah menjadi menu kegemaran kami sekeluarga..Alhamdulillah anak2 pun pandai makan camni..Tadak la susah2 nk wat nasi bagai..
Hokeylah takmo buang masa.Meh kite semak resepi.Ekceli dah banyak kali wat menggunakan resepi yg sama.Tapi takpe ada sket kerajinan, haku tepek lagi resepinya.Senangkan korang tengok gambar, terus nampak resepi.
Cara buat lamb chop, cara buat kambing perap yang sedap
Macam biasa Lamb Chop geng ngan kentang putar/lenyek..kalau frech fries tu cam tak beshhh lak

RESEPI LAMB CHOP BLACKPEPPER SAUCE
Bahan - Bahan:
  • 4 keping daging kambing
  • 1/2 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • 1cm halia(tumbuk kasar)
  • Lada hitam, lada sulah, rosemery,tyme,oregano 
  • Sedikit olive oil
Cara-cara
  1. Bersih daging kambing dan toskan (Sila Klik Petua Hilangkan Hamis kambing)
  2. Ketuk2 sket bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(Lina pg guna meat Tenderlizer yg cam hammer tu)
  3. Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba)
  4. Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
  6. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
  7. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
  8. Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus
Daging kambing yg telah dibersihkan.Tips tengok SINI .Diperisakan ngan kiub ayam/daging.Guna setengah kiub saja untuk 4-5pcs kepingan daging kambing..
Pastu diikuti ngan herba omputih ni seperti, rosemery, oregano, tyme..lada hitam dan juga lada putih.Kalau tadak herba omputih memadai ngan lada hitam kasar ajer.Pastu lumur lak ngan kicap mee dan juga sos tiram..Kalau tadak kicap mee guna jer kicap manis.Ok jugak
Last sekali baru lumurkan ngan bahan tumbuk..bawang n halia..Kena ikut step ni tau...barulah lamb tu meresap dan sedap..Kemudian perapkan selama sejam.Lagi lama lagi sedap.Kalau byk masa sy akan perap semalaman..
kemudian bolehlah di grill.Pastikan grill pan dah benar2 panas (Sampai berasap2 yeaa) barulah diletak kepingan daging kambing.
Grill hingga masak, ikut tekak korang la nk medium rare ke medium or well done yea..
Cara buat Lamb Chop Black Pepper resepi mudah dan sedap
Inilah hasilnya...taraaaa...moist, tender n juicy
MASHED POTATO
By lina pg

Bahan-Bahan:

  • 3 biji kentang besar (~1kg)
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/4 cawan susu segar 
  • Serbuk Lada hitam kasar (jika suka)
Cara-cara :
  1. Kupaskan kentang dan dadu kecil (supaya cepat embuk dan mempercepat proses lenyek)
  2. Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang) 
  3. Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas 
  4. Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata. 
  5. Sesuaikan rasa (tambah garam (jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam) 
 kentang dikupas kulit dan didadu kecil.Masukkan 1/2sk garam.Rebus hingga empuk
 Setelah empuk, toskan airnya..nampak tak masih berasap2 tuh
 Time kentang ngah panas2 tuh masukkan mentega dan susu cair sedikit demi sedikit sambil lenyek hingga halus...kalau suka bleh tambah lada hitam semasa melenyek
Kentang yang sudah siap dilanyak olehku..bukan lenyek dah ni..tahap layak terus haha.Kalau wat kentang lenyek ni time marah memang sempoi abes la..kompom halus jer tekturnya hihi

SOS BLACK PEPPER 

By lina pg

Bahan-Bahan:

1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)
2 sb mentega

Cara-Cara:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

Note:
Lina pg tak gunakan sos tomato kerana sos lada hitam sudah memberi impact masam yang sedap.Saya pernah cuba resepi yang menggunakan sos tomato...rasanya agak spoil.Taste masing2  la kan.

Monday, May 20, 2013

Menu Sihat - Ikan Jenahak Ala Stim

Assalamualaikum...
Pagi ni hujan turun mencurah-curah di bumi Pulau Pinang...Alhamdulillah, sudah banyak ari cuaca panas terik jer.Pokok tanaman pun kembali segar, tak payah nak siram bagai dah.
Dua tiga ari ni tuan tanah tak bape sihat sket.Bukan teruk sangat, sampai xleh bangun.Cuma sakit tekak jer.Perit dan pedih jer tekak ni huhu.
Hari ni saya nak kongsikan satu menu sihat versi campak2.Ekceli my laling request menu camni..nak jaga kesihatan katanya.Haitu dia wat Health Screen, banyak yang melebihi limit huhu.So, kena kurang minyak,dan kurang segala-galanyalah.Tak taulah berapa lama tekak bleh tahan ngan menu rebus, stim dan bakar ni yea...Apapun Ikan Jenahak Ala stim ni memenuhi selera kami sekeluarga.Anak2 pun makan...kalau makan ikan stim kat luar, suma pakat ceduk kuah jer..maybe boring kot sebab kaler jernih jerr...
campak2 ajer apa yang ada dalam esbok..walaupun tak cukup sifat..tp sedap..licin my laling hirup kuah..

RESEPI IKAN JENAHAK ALA STIM
By : lina pg

Bahan-Bahan:
  • 4 ketul isi ikan jenahak
  • 1 biji lemon
  • 2 ulas bawang merah (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 batang celeri (hiris)
  • 3 batang serai (hiris)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 5 biji cili padi
  • 1 cm halia (mayang)
  • Tomato (belah)
  • Sedikit garam
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 2 sb sos ikan
  • Sedikit minyak
  • Air
Cara-Cara:
  1. Isi ikan jenahak dibersihkan dan dilap dengan kitche towel.Perasakan dengan sedikit garam dan perahkan jus lemon ke atas isi ikan (lina pg guna sebelah lemon)
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, serai dan halia hingga wangi dan sedikit layu (jangan sampai garing)
  3. Masukkan air, tomato, celeri, cili merah, jus lemon,juga kiub ikan bilis dan juga sos ikan.Biarkan mendidih sebentar.Jangan letak garam sebab ikan dah diperap ngan garam
  4. Masukkan isi ikan, sesuaikan rasa.Tambah garam/perasa jika perlu.Renihkan sebentar hingga ikan masak.Tutup api

Sunday, May 19, 2013

Tempahan Di Hujung Minggu

Alhamdulillah...
Nampaknya bulan Mei ni, tempahan semuanya bertulisan...kek bertema gitew...Tak kiralah bertema atau untuk makan2 semuanya adalah rezeki daripada Allah s.w.t.
Kebiasaan di hujung minggu kami sekeluarga akan keluar JJCM.Segala tempahan saya tidak ambil untuk hujung minggu.Tapi kali ni ada pengecualian sebab kastemer ada majlis seperti harijadi dan juga sambutan Murrabi.Jadi untuk tidak menghampakan mereka,saya ambil jugak lah tempahan ini, walaupun last minute order.Tak mengapalah....lagipun kami jalan2 sekitar Penang ajerrr.Kalau out station tak boleh saya penuhi permintaan ni
N3 hari ni bukanlah nak tayang kek sangat.Lagipun deko RVC masih camtu jugak.Still tak improve pun...Saja nak bagi warm up dapur TMK ni.Nanti pasni..baru tayang lauk atau menu2 lain pulak...
RVC ni masih dalam harga promosi...sesiapa yang berminat sila e-mail atau contact di fb yea...Untuk serius buyer only.Jangan lak PM sebab korang nk meniaga tp tak tau nak letak harga hihi (peace).
Opss...tempahan untuk Penang area only..
Yang ni lak kek karamel yang membuatkan saya tak senang duduk...adoyai..walaupun dah banyakkkk sangat wat kek karamel ni maybe beratus2 dah pun.Tapi setiap nk terbalikkan loyang..mesti dup dap..dup dap..susupen wooo ngan hasil karamel kat atas tu.
Awat lak gambar ni kecik..bukan saiz mini ya..ini loyang 9in berat kek dalam anggaran 1.5kg

Thursday, May 16, 2013

Resepi Kek Buah Kukus

Assalamualaikum...
Akhirnya berjaya jugak membuat kek buah ni.Alhamdulillah...seronok bila tengok buah2 yang bertaerabur tuh.Pestaim saya membaking kek buah ni.Gigih mengukus 4jam.Segala resepi dibuat dengan patuh.Tadak satu pun yang ngelat hihi...Ekceli dah lama pasang niat nk buat kek buah ni, tambah bersemangat bila kastemer RVC saya tanya ada buat kek buah tak?Ishh..ada gak rupanya peminat kek buah..tak leh jadi ni..tak bermakna bila kita tak suka makan, org lain pun tak suka..Tambah pulak tengok Hana tayang kek buah..lagilah bersemangat nak buat..Dan hasilnya...sangat mengujakan...
Seperti yang diduga anak2 saya tidak melayan kek ini..jadi mama dan abah ajerlah yang makan huhu...seb baik kek ni tidak muak...lepas sektoi, seketoi lagi masuk ke mulut...
 lepas sejuk jer (dalam sejam) terus potong kek ni.Memang tak sabar nak rasa.Kalau diikutkan kek ni kena tunggu semalaman baru lebih moist dan kek tidak berderai.Tapi kek ni tetap cantik bila dipotong dan rasanya sedap...kalau dibiarkan 2-3hari lagi sedap agaknya..Tapi tak taulah sempat ke 2-3hari tu..dah tinggal setengah jer ni hehe
yang pas kuar loyang...nampak macam kering sket
UPDATE (17May2013)  : Pic ni selepas sehari..kek bertambah moist dan lembut.Maybe jus dari buah2 kering tu melembabkan kek ni.Rasanya lagi bestt..sayangnya cuma sepinggan ni ajerr..Rupanya lagi lama disimpan lagi sedap..

RESEPI KEK BUAH KUKUS
Rujukan : Hana , Chaya Sheila
Sumber : linapg

Bahan-bahan
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 350g gula pasir
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran (lina pg letak 250g)
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat* 
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
  • Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran .Kacau kemudian sejukkan.
  • Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  • Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  • Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  • Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
  • Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).

Wednesday, May 15, 2013

Ole-Ole Dari London Sempena Mother's Day

Assalamualaikum...
Mother's Day sudah pun berlalu, tapi tetap gak nak tayang gift yang dapat sehari sebelum Hari Ibu.Kalau nak ikutkan setiap hari pun hari ibu,setiap hari kena ingat kat ibu...Bz betul tuan tanah sampai delay nk update kat blog.N3 ni saya tujukn buat kak Rosaliza ,  Ayunalisa , Alla dan Ezyra (yang ni bukan ibu...budak lagi haha)
 kotak pun cantik sangat...
 siap ada kad lagi tuh..jangan jeles ya kak rosaliza
 inilah dia adiah sempena mother's day...cam sayang jer nk guna...tp dah di'warning' siap2 oleh pemberi hadiah ni..kalau tak guna, tak dapat yang baru haha
rupa asal...semasa diterima....

Friday, May 10, 2013

Tempahan RVC Untuk Mother's Day - Alhamdulillah Rezeki

Alhamdulillah...
sejak akhir2 ni RVC sudah menggantikan tempat Kek Karamel.Selalunya kalau hari Jumaat mesti kek karamel yang mendapat sambutan.Mayb bulan Mei ni suma nk makan kek yang spesel bersama bonda tersayang.Sempena meraikan Hari Ibu.Maklumlah esok kan hujung minggu.Tak kiralah kek apa yang ditempah, saya tetap bersyukur atas rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t.
Suka pulak tengok kek yang putih suci ni.Mayb pesen tepek serdak kek tu selalu sangat buat kot hihi...Kepada yang berminat untuk menempah, silalah e-mail atau contact saya di fb.E-mail ada kat side bar tuh..Sy takmo tulis kat sini nanti banyak spam lak masuk huhu...

Wednesday, May 8, 2013

Snow Cheese Cake

Assalamualaikum...
Agak ketinggal keta api, orang lain dah buat bisnes pun ngan kek keju bersalji ni, kite baru terhegeh2 nak menerai huhu.Tapi takpe, better late than nothing...ha gitew...Aritu ada tengok umah cikgu hana wat kek ni, pastu dia repeat lagi ngan triple cis lak...memandangkan haku ni agak jakun ngan ci mecis bagai ni...maka hasrat mengkek terpaksa dipendam dulu.Bila recce kat Jusco terjumpa lak Cheddar block cheese seperti dalam resepi.Apalagi terus amek...simpan dulu hihi...bila ada kelapangan senang la untuk ngetest resepi baru.
Walaupun base kek ni cuma kek span biasa dan resepinya agak mudah, tapi jangan dipandang sebelah mata.Sebabnya kalau salah teknik...bantat hasilnya.
Entah la nape...saya tak suka ngan kejadian kek ni...rasanya tak sempurna pada mataku ini...
 Bila potong, lagilah tak comel huhu...maybe lapisan cheese belum mengeras lagi..sememeh jer tengok..adoi...Apa pun resepi tetap tepek gak, buat kenangan haha...kenangan tuh bukan rujukan..


SNOW CHEESE CAKE
Sumber: myR
sharing : lina pg

Bahan-bahan 
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya) lina pg gn 5biji
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet (lina pg guna 1sb)
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

UTK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair. Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi. Sehingga sebati & pekat.
  2. Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dgn sedikit butter.
  3. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
  4. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
  5. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  6. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  7. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  8. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Tuesday, May 7, 2013

Acuan Akok

Assalamualaikum...
Hasil kejayaan membuat Kuih Akok Resepi Bonda  sendiri, dengan penuh gigihnya haku mula mencari acuan akok dengan harapan agar bulan posa nanti kuih akok yang benar2 dalam rupa paras akok.Maklumlah dok merantau ni (merantau kat Mesia jer) susah jugak nk dptkan kuih tradisional Kelantan ni.Kalau ada yang dijual pun, rasa tepung jer lebih adik beradik ngan kuih bakar a.k.a bengkang jer huhu.
Bila ada kesempatan pulang ke kampung halaman, terus recce mencarig idaman hati.Setelah tawar menawar..akhirnya ada kata sepakat.Dan acuan akok tembaga ni menjadi miliknya.Terus senyum sampai ke tinga haha...
Bila direnung acuan akok tembaga pecah 8 ni sangat cantik.Ada rupa paras emas tulen harta karun.Hati terus terdetik, rasa cam bersalah jer nak menghitamkan acuan ni untuk kuih akok.Adakan acuan ni akan jadi koleksi barangan antik dalam display cabinet ataupun menjadi new gadget kat dapur TMK ni...hurmmm kita tunggu dan lihat sajalah nanti
 Macam harta karun kan...cantik
Acuan akok tembaga pecah 8 bersama penutup.Orang dulu2 bakar kuih ni guna sabut kelapa/arang dan diletkkan atas penutup tu.Kite masukkan jer dalam oven, guna api atas bawah.Senang kije.Kalau guna sabut..kelam satu umah..kang bising lak smoke detector haha

Monday, May 6, 2013

Tempahan Red Velvet Cake

Assalamualaikum...
Entry pendek jer ari ni, masih kepenatan pulang dari kampung halaman...rushing balik ke Penang sebab anak2 nk sekolah.Rupanya cuti hari ni..adoyai...kalau tau awal bolehlah lama sket kat kampung huhu..Takpelah sempat gak anak2 berehat hari ni.Kita takmo bercakap pasal politik...Jangan jadi rumah siap pahat berbunyi....
Okeylah ini kek last week punya.Sepatutnya kek ni untuk 5Mei, tapi disebabkan General Election, tuan punya kek dengan rela hati menempah awal kek besday untuk wifey terchenta.Katanya..lebih baik ambil kek awal dari beli kat kedai bakery...
Malam tadi saya sms kat tuan punya kek ni, responnya sangat bagus...mereka suma sukakan kek ni..nk tergelak saya bila dia komen..xtau lah nak describe macam mana rasa kek ni..tapi sangat sedap katanya..Kembang kempis puan baker hihi..
Kek ni dibakar dengan 2 loyang, jadi tadak la serdak kek.Nampak cam putih suci la pulak...boh bunga kecik2 tu la comey sket.Tang deko cam biasalah...still keras tangan..ngan cream cis agak lembik susah la nk swrill bagai...Apa pun janji kastemer puas hati (ayat kaber line) Alhamdulillah...
Snap ngan enpon jerr...sesiapa yang nak meras RVC ni bolehlah order ya..(Penang area only)Kalau anda rajin nk self pick up..no hal punya...dok Johor ka..KL ka..cheq amek jer order haha..La ni ada harga promosi baekk punya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...