Saturday, June 29, 2013

Tempahan Puding Sagu Pelangi

Assalamualaikum...
First time ever menerima tempahan puding, selalunya tempahan kek jer.Alhamdulillah sudah ada cabang rezeki yang lain.Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat puding ni, walaupun saya tidak pernah menerima tempahan puding.Sekarang ni kastemer saya sudah pandai selongkar dapur TMK dan cari apa2 yang depa tingin nak makan hehe.Silalah..saya lagi suka, boleh lah eksperimen.Kepada kawan2 yang nk order apa2, silalah risik2 ya..manalah tau saya ada keberanian untuk membuatnya.Itupun jika saya berkemampuan.
Okeylah panjang dah melalut...Meh la layan gambar Puding Sagu Pelangi ni..Saya sangat berpuas hati ngan hasilnya.Semoga kastemer saya juga berpuas hati ngan puding ni.
Op kos..kaler pink mendapat tempat pertama hihi..
dalam loyang lagi ni
Ready to pick up
  selit2 sekali order kemarin punya...
Tempahan RVC lagi..minggu ni sebijik jer RVC..

Friday, June 28, 2013

Butter Cake/Kek Mentega Lagi

Assalamualaikum...
Ingatkan dah abes update Resepi Kek Mentega, rupanya termiss satu n3 ni. Kali keberapa ntah lah kek mentega ni dibuat.Kali ni guna rcp lain pulak.Tektur lembut dan gebu dan sedikit berderai..so, kena potong dengan cermat...Sedap cair di mulut...Saya sukakan tektur kek ni, tapi anak2 suka Kek Mentega Elite dari Akma.Tapi takpelah janji anak2 makan kek 'orang tua' ni hihi
Saya bantai potong ngan pisau biasa jer sebab nk cepat, asben nk bwa bekal gi kije..comot2 jer potongan pun.Gambar tak bape clear??Henpon only..malas haih nk amek kumira bagai..

RESEPI BUTTER CAKE
Sumber :Its My Life
Sumber2: LiNa Pg

Bahan-Bahan
250g pure butter (Anchor)
250g tepung naik sendiri
200g gula kastor(boleh kurang kan lagi kalau tak suka manis)LiNa Pg gn 100g jer
4 biji telur (LiNa Pg gn gred A)
1/2 cawan susu segar/susu cair

cara2: 
  1. sebelum buat kek..pastikan oven dipanaskan dulu 20 atau 30 min sebelum buat kek.
  2. pukul butter+gula sampai kembang,gebu n jadi warna putih(low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
  3. pastu tambah telur sebiji demi sebiji di selang seli dgn tepung sampai habis (last ngan tepung)
  4. pastu masukkan susu segar.pukul lagi sampai sebati.
  5. masukkan dalam loyang...bakar suhu 180 selama 40 minit (LiNa pg bako suhu 170'C selama 35min)
salah satu contoh Pure Butter.Butter Cup bukan pure butter yea kawan2 (ni bukan ditujukan kepada blogger/sifu masak2..depa suma dah pakar)

Wednesday, June 26, 2013

Kek Karamel Coklat Moist-Dibuka Untuk Tempahan

Assalamualaikum...
Salam siaran semua pengunjung TMK, ari ni kek lagi haha...Memandangkan kemarin tiada sebarang tempahan dengan sedikit kerajinan, saya buat eksperimen kek ni.Ekceli org lain dah lamaaaaaa buat kek karamel coklat moist ni.Kite jer baru terhegeh2 nk mencuba.
Alhamdulillah...hasilnya tidak mengecewakan, walaupun permukaaan karamel tuh tidak lici mulus, ada tsunami melanda sket..tapi takpelah rasa menten sedap hihi (ayat kaber line)
Kepada yang berminat dengan kek coklat (rasa manis sket pahit coklat) dilapisi karamel yang 'Da boom' silalah e-mail atau contact sy di fb .Untuk kastemer saya yang telah menempah kek karamel pelangi untuk hari raya nanti, jika mengubah fikiran untuk merasa kek karamel coklat moist ni, sila inform saya ya..No hal..masih banyak masa untuk ubah fikiran.Mana tau kan nk terai yang ni pulak.
Jika ada yang bertanya mana yg lebih sedap?Kek Karamel Pelangi atau Kek Karamel Coklat Moist?Kedua2 mempunyai rasa dan tektur tersendri.Methode juga berbeza.Terpulang kepada citarasa masing2.Secara jujurnya saya lebih sukakan Kek Karamel Pelangi mayb kaler maler membuatkan ia menarik hihi.Tapi anak2 saya sangat sukakan kek ni.Abes separuh loyang depa makan dalam masa setengah jam (kek ni kami makan selepas dinner malam tadi)Ingat nk potong ari ni tapi anak2 tak sabar nk merasa.Memalam buta pun snap gak lah gambar..terus potong da ngap.
Kek Coklat Moist dilapisi Karamel yg sedap...Nk??Meh la order ngan cheq...
 Kek ini dikukus mayb api besar kot guna trio ni..abes gelombang surface kek ni..Size mini ke ni???sebab nampak kecik.Ish! salah tuuu.Loyang 9in ni.Berat ~1.7kg.Harga kek ni berbeza dari harga Kek Karamel Pelangi ya kawan2.

Tuesday, June 25, 2013

Lamb Chop Lagi Dan Lagi

Assalamualaikum...
Cam lama tadak n3.Rasanya 4-5ari gak menyepi.Nak kata bz ngan order tu, taklah jugak..minggu ni slow sket.Tempahan ari Khamis dan Jumaat ajer.Bila dah tadak order, sebuk dok wat eksperiment pulak hahaha.
Walaupun sepi tanpa n3 terbaru, tapi blog TMK tetap mendapat kunjungan dari pelawatnya yg setai.Saya cukup berbangga blog picisan ni mampu menerima 1000-1300 unique visitor setiap hari walaupun tiada n3.Terima kasih semua...Muah...love you all...
Okey berbalik kepada tajuk n3 hari ni, menu yang wajib ada selang 2-3 minggu..Lagipun nk buat Lamb Chop sangat senang, bila anak2 minta terus pi cari Lamb dan perap..grill dah boleh ngap..Buat lamb Chop tidaklah serumit nk sediakan nasi Tomato ke Nasi Beriani ke...Tapi yang leceh sket si kecil Maisarah masih belum menerima makanan camni.Selalunya dia mai colek2 kuah ajer..Adeh kenalah bagi nasi goreng kat dia...Walaupun menu ni asyik ulang siar jer...gigih gak snap gambar, sekadar untuk tatapan visitor blog TMK.At least bila korang datang, ada gak yg boleh dijamu mata (mata jerlah ya..)tidaklah asyik tengok n3 basi jer.Resepi tengok SINI
Lamb chop homemade
Nampak kalerpul sket bila guna mixed Vege..Konon wat cam salad n tomato salsa...

Friday, June 21, 2013

Kek Mentega Elite/Butter Cake

Assalamualaikum...
Masih lagi dengan Butter Cake hehe..Kali ni saya mencuba resepi Kek Mentega Elite yang dikongsikan oleh Alma (myR).Setiap butter cake mempunyai rasa yang tersendiri tp at the end ianya tetap butter cake..walaupun kadang2 methode untuk menyediakan tu agak berbeza..Ada yg susah, ada yang senang.TAPI yang senang pun kadang-kadang tak menjadi (sy la tu haha)..Pelbagai resepi kena cuba barulah jumpa yg terbaik...Resepi nampak mudah..TAPI silap teknik jadi bengkang..So sila baca dengan teliti sebelum mencuba sesuatu resepi.Sukat bahan dengan betul, kalau baru2 nk berjinak ngan membaking..janganlah memandai2 mendurhaka sesuka hati...kang tak jadi naya jerr..
Lembut dah gebu.
KEK MENTEGA ELITE
Sumber : Alma (myR)
Sumber2: LiNa Pg

Bahan-bahan 
Bahan A:
250g self raising flour
40g susu tepung
200g mentega

Bahan B:
5 biji telur
200g gula kastor (lina pg gn 3/4 cawawn jer)
1 camt. esen vanila

Cara-cara
Bahan A dipukul sehingga kembang dan gebu.
Bahan B dipukul sehingga sebati sahaja, xperlu pukul sampai kembang.
Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Pukul sehingga gebu.
Bakar dalam loyang yang telah dilenser mentega/minyak selama 35 minit, suhu 170C. Pastikan adunan diisi separuh loyang.(Suhu bergantung kepada oven masing2)

Cara LiNa Pg (UPDATE)
Satukan semua bahan dan mix hingga putih gebus.Senang kije haha..
Pastu bako hingga masak.

Inilah sebabnya kenapa sy buat eksperimen Butter Cake ni, sebab ada kastemer wat spesel request kek yang sy tak pernah open for order hihi..Harap2 kastemer suka la...
Terima kasih kerana percayakan saya

Thursday, June 20, 2013

Butter Cake/Kek Mentega

Assalamualaikum...
Lama tak bersiaran, agak kebizian sket minggu ni..Banyak tempahan yang masuk, Alhamdulillah rezeki kurniaan Allah s.w.t..Okey takmo bebel panjang lebar, sebab masih ada Buttter Cake lagi dalam oben huhu..
Hampir abes sepapan telur aku kerjakan gara-gara Butter Cake.Bukan apa mencuba dan mencari yang paling senang dan sedap.Resepi2 yang telah saya cuba akan saya selitkan kat sini.Disebabkan dah banyak eksperimen, dan abes coklat emulco dan oren emulco ku huhu..
gambar tak cantik yea..enpon only harap mak long..
VARIASI KEK MENTEGA/BUTTER CAKE
MARBLE TRIO
Sumber : CMG
Sumber2: LiNa Pg

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram mentega berkualiti tinggi (anchor, s. c. s )
280 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar penuh susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60 gram sebiji)
250 gram gula halas @ kastor
1 camca besar ovallate (pemantap kek)
30 gram gliserin (LiNa Pg gantikan ngan susu cair)
20 gram air (LiNa Pg gntikan ngan susu cair)
1 camca teh butter vanilla (atau esen vanilla biasa)
Sedikit pewarna makanan merah jambu (LiNa Pg gn stoberi emulco)
Sedikit pewarna makanan ungu-violet (LiNa Pg gn orange emulco)
1 camca teh coklat emulco
Badam cincang secukupnya (LiNa Pg xletak)

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin 4 segi 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak atau guna tin bulat 9 inci. Ketpikan.
Putar mentega hingga putih, gunakan kelajuan sederhana laju. Perlahan kan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, putar hingga rata. Ketepikan.
Dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga pekat dan gebu seperti adunan kueh boulu.
Perlahankan kelajuaan dan masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, masukkan gliserin, air dan butter vanilla, putar lagi hingga rata.
Bagi adunan pada 3 bahagian, 1 + warna pink, kacau rata. 1 + warna ungu-violet, kacau rata dan 1 lagi dengan coklat emulco, kacau rata. Sudukan berselang seli setiap warna secara bertindih dalam tin kek tadi, hingga habis, kemudian lorekkan dengan chop stick 3 - 4 kali. Tabur badam cincang rata2 atas adunan kek tadi. Nanti marble akan menjadi semasa proses memasak.
Bakar 50 minit hingga 1 jam, ikut oven masing, jika kek masih belum masak, tutup permukaan tin tadi dengan aluminium foil atau tudung periuk, sambung bakar lagi sekejap. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak.

CATATAN MAT GEBU :- Untuk warna tu anda boleh ikut kreativiti masing2, dan boleh juga diletak perisa, contohnya pink - strawberry, ungu - blueberry, coklat - coklat+vanilla. Dan jika anda bakar guna tin jenis non-stick kaler hitam, turunkan suhu kepada 160C, ini kerana tin warna hitam, kadar serapan haba dia lebih cepat berbanding tin aluminium biasa...Ok selamat mencuba untuk semua....

Friday, June 14, 2013

Resepi Ayam Masak Merah

Assalamualaikum...
Ayam Masak Merah ni juga dimakan bersama dengan Nasi Tomato dan juga Gulai Kawah.Hurmmm kalau ada KERABU EPAL lagi mantap ganding menu kenduri ni.Tapi saya tadak stok epal ijo, so buat acar timun jer la.Gandingan menu kenduri ni sangat sedap pada tekak kami sekeluarga.Kalau ada yang sudi mencuba dipersilakan.Hari agak malas sket nk ngomel.Jom semak resepi.
Terlupa nk pesan kat laling, belikan daun ketumbar, bawang besar pun dah abes huhu.So nampak gonjeng jer Ayam Masak Merah sebab tadak kaler ijo..Tapi xpe lah janji sedap

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam ( potong 12 )
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 5 ulas bawang merah ( blend )
  • 3 ulas bawang putih ( blend )
  • 1 cm halia ( blend )
  • 1 labu bawang besar ( potong bulat - hiasan )
  • 2 batang serai ( ketuk )
  • 3-4 sudu makan cili boh
  • 1-2 sudu makan tomato puri (kalau xde ganti ngan sos tomato)
  • Buah tomato
  • Air Asam Jawa
  • Minyak
  • Garam, Gula @perasa
  • Air
Cara-Cara:
  1. Perasakan ayam dengan garam kunyit, goreng 2/3 masak dan ketepikan
  2. Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak
  4. Masukkan tomato puri. Kacau sebati
  5. Masukkan air asam jawa.Sesuaikan rasa (Tambah air jika nk lebih berkuah)
  6. Masukkan ayam, kacau sebati. Kemudian masukkan bawang besar.Kacau sebentar.
  7. Dah siap

Thursday, June 13, 2013

Resepi Gulai Kawah

Assalamualaikum...
Nama ajer gulai kawah tapi versi kuali haha.Aci tak macam tu.Kalau nk betul2 asli masak dalam kawah kena tunggu kenduri la jawabnya hehehe.Kali ni saya menggunakan daging cincang/daging tetel.Daging cincang ni bukan suma daging.Ianya termasuk lemak n urat2 gitew.Memang ginilah kekdahnya gulai kawah.Tapi bagi saya lebih baik guna daging pejal sebab daging cincang ni lama benor nk empuk.Bercinta dok tunggu daging empuk adoyai..Tapi berbaloi bila siap masak memang dagingnya lembut.Memang gitulah tektur daging gulai kawah ni.
Sekarang ni tak payah nk tunggu kenduri kawen kalau nk makan menu kenduri, gugel ajer resepi kat internet, berderet2 kuar.Semua ada.Mak bapak jer yang tadak dalam intrenet ni hehe.
Okey sebelum merapu lebih jauh, jom la kite semak resepi.Kalau nk tengok versi dulu, klik SINI
Picas snap ngan enpon jerr
RESEPI GULAI KAWAH
Bahan-Bahan:

  • 1/2 kg daging lembu hiris nipis (kali ni LiNa Pg gn dgg cincang)
  • 1paket kerisik (40g) 
  • 1 paket kecil kari daging
  • 1 labu bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 2cm halia (kisar)
  • 1cm lengkuas (kisar)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 3-4 sb cili giling
  • 3 helai daun limau purut (carik-carik) option xletak pun xpe
  • 1 cawan santan pekat
  • Rempah 4 beradik
  • 3sb gula merah
  • 2-3 keping asam keping
  • minyak
  • garam 
  • Air

Cara-Cara: 

  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik, bahan kisar,serai ketuk sehingga wangi dan garing
  2. Satukan cili giling dan rempah kari, jadikan pes.
  3. Masukkan pes (cili giling+rempah kari) tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
  5. Bila daging agak empuk, masukkan santan, kerisek, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping
  6. Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk.Kacau sekali sekala (untuk mengelak hangit)
  7. Biarkan sampai pekat.Tutup api.Dah siap
  8. Sedap dimakan dengan nasi atau roti

Wednesday, June 12, 2013

Resepi Nasi Tomato Kukus

Assalamualaikum..
Terasa lama benar tak makan nasi tomato buatan sendiri, selalu makan kat kenduri jer.Bila ada sedikit kerajinan..terus buat.Bukan apa kang hilang lak semangat tu langsung tak leh makan nasi tomato.Sy ni pesen mudah ubah fikiran.Kalau lauk pauk yg dah nyahbeku pun saya boleh masukkan balik dalam esbok..pi makan kat luar huhu..memang dasar la kan hahaha..
Resepi dah lama saya kongsikan di dapur kecil myR tapi kat dapur TMK tadak lagi.Kali ni saya buat versi tanak jer sebab kedua2 dapur saya gunakan untuk masak gulai kawah.So, tak boleh la nk kukus bagai.Tapi hasilnya tetap sedap....
 walaupun tidak dikukus, tp hasilnya tetap memuaskan hati saya
Nasi Tomato and the geng..Gulai Kawah dan Ayam Masak Merah
RESEPI NASI TOMATO KUKUS

Bahan-bahan
  • 4 cawan beras basmati
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 kiub ayam (saya guna kiub ayam maggie)
*** BAHAN-BAHAN TUMIS ***
  • 1 labu bawang besar (dadu kecil)
  • 2 biji buah tomato (dadu kecil)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • 5-6 sudu makan butter (untuk menumis)
  • 4 sudu makan tomato puri (boleh gantikan dengan sos tomato)
*** BAHAN HIASAN ***
Daun sup / Kismis / Gajus

Cara-Cara:
  1. Beras dibersihkan,rendam 15-20 minit.Kemudian toskan
  2. Masukkan mentega,tumis bahan-bahan tumis (kecuali tomato puri) hingga wangi (Jangan terlalu garing nanti rasa pahit)
  3. Masukkan tomato puri,kacau sebentar.Kemudian masukkan beras,kacau sebati.(Jgn kacau kuat sangat nanti beras patah,tak cantik)
  4. Kemudian masukkan air,susu cair dan kiub ayam.Kacau sekali sekali supaya nasi tak hangit kat dasar periuk.Tuggu hingga nasi kering
  5. Setelah nasi kering,pindahkan nasi tadi ke dalam kukusan (yang dipanaskan terlebih dahulu) Kukus selama 20-25minit atau sehingga nasi betul-betul masak
  6. Setelah nasi masak,gemburkan nasi menggunakan garfu supaya nasi tidak patah.Taburlah bahan hiasan ketika menghidang
** Option **
Setelah nasi kering, kecilkan api dan masak seperti masak nasi biasa.Tetapi ada sedikit kerak.Kalau dikukus nasi tidak akan berkerak.

Tuesday, June 11, 2013

Ikan Bakar Bersambal

Assalamualaikum...
Pagi-pagi lagi dah tayang ikan bakar.Kalau ikan bakar bagai ni, kompom menu dinner kan?Ekceli ni menu beberapa hari sudah.Tak ingat dah bila hihi.Memula saya plan nk buat perencah tomyam (home made kunun) dah buat dah suma.Tapi at the end hasilnya tidak memuaskan hati sebab tidak mencapai piawaian saya.Yg best tu anak2 n en.asben makan licin gak tom yam tu.Disebabkan perencah yg saya buat tu memang banyak, sebab hajat ati nk simpan jer.Bila nk masak amek dalam esbok.Saya pun alter la..tambah yang tu sket yg ni sket maka terhasil la sambal untuk ikan bakar.Kali ni memang menjadi dan sangat sedap.Sambal ni pun jadi banyak, belen pas bakar ikan tu, saya simpan dalam esbok.SO bila nk guna amek n lumur jer kat ikan, then bakar.Senang kije aku hehe.Meh saya nk kongsikan resepi sambal ni.Ada rasa ala-ala tomyam, pastu jadi macam asam pedas jugak... 
ikan yg sudah dibakar, saya letak lebihan sambal..memang sedap.Minta maaf la gambar sembrono ajerr..snap ngan hp jer ni sebab nk cepat.Ikan bakar kena makan time panas2.kalau dah sejuk tak sedap pulak..
Yang ni baru pas bakar..nampak yg kerung sket

IKAN SIAKAP BAKAR BERSAMBAL
by : LiNa Pg

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap (size sederhana)
  • 10 ulas bawang merah (blend)
  • 3-4 ulas bawang putih (blend)
  • 10 biji cili padi (blend)
  • 5 biji cili merah (blend)
  • 1 cm halia (blend)
  • 1 cm lengkuas (blend)
  • 1 cm belacan (bakar dulu - blend)
  • 5 biji limau kasturi (ambil jus)
  • 2 sb sos ikan
  • 2 batang serai (blend)
  • 5 helai daun limau purut (buang tulang tengah-blend)
  • Sedikit daun kesum
  • 1 kuntum bunga kanta (belah 4)
  • cili padi n tomato
  • 1 sb kicap manis
  • 1 sb sos tiram
  • Garam, gula (perasa)
Cara-Cara:
  1. Ikan siakap dicuci bersih dan diperasakan dengan sedikit garam n jus limau kasturi (guna sebiji limau)
  2. Satukan bahan kisar, soso ikan, sos tiram, kicap dan jus limau kasturi.Tumiskan hingga terbit minyak.Masukkan daun kesum dan perasakan dengan garam dan gula/perasa.Tutup api.
  3. Lumurkan bahan tumis tadi ke atas ikan.Perap selama 20-30min.
  4. Bakar ikan hingga masak.Lina pg bakar guna grill pan ajer.Takde alas ngan daun pisang pun, belasah bakar camtu jer.
  5. Kalau ada lebihan sambal yg ditumis tadi, bolehlah dicurah ke atas ikan yg telah dibakar.
  6. Boleh dipicit limau kasturi semasa nk makan.Tp saya makan camtu ajer..

Monday, June 10, 2013

Oreo Cheese Cake (No Baked) For Birthday Nisa-Update

Assalamualaikum...
10th June merupakan hari lari buat Nurkhairunnisa, anak kedua dalam keluarga.Dah besar anak mama ni...Kalau tengok fizikal ramai yang menyangka dia suda bersekolah menengah.Sebenarnya dia bari darjah lima..tp dah sama tinggi ngan mama dia dah..Berat badan pun nk sama ngan mama hehe..
Selamat Hari Lahir Kakak semoga panjang umur, murah rezeki, menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat...Doa mam dan abah sentiasa mengiringi kakak, abang long dan juga adik...
Oreo Cheese Cake ni dibuat atas permintaan besday gul.Katanya dah lama tak makan cis kek...
Macam biasalah kalau kek yang ber'deko' bagai ni..mama minta maaf la..sentiasanya hancuss tang deko tu.Tapi komen besday..'Cantik mama'..suka dia bila kek yang diimpikan dah siap..
Nak deko lebih2 tak reti..ni jer la yang termampu..
 Bunga swril tu besau la pulak, tak muat nk tulis huhu...Err ada yg nk rcp ke?sila angkat tangan yea...Nanti saya update kemudian.Kek ni masih belum di post mortem.Tunggu abah dia balik dulu baru potong n nanti malam kuar makan2

UPDATED 11/6/2013
 
Inilah hasil bedah siasat Oreo Cheese Cake..
RESEPI OREO CHEESECAKE (NO BAKED)
Sumber Asal : Aku.Zack
Sumber 2 : LiNa Pg

Bahan-Bahan A (Base)
  • 1 paket biskut Oreo (buang cream tengah-kisar hancur)
  • 60g butter cair
Cara-Cara:
  1. Griskan loyang dengan mentega.Alas dasar loyang dengan baking paper.
  2. Gaul rata biskut oreo (kisar) dengan butter cair.Kemudian tekan padat ke dasar loyang.(Lina pg tekan guna spatula)
  3. Kemudian simpan dalam esbok paling kurang setengah jam.(Lina pg simpan selama 2jam)

Bahan-Bahan B (Cheese Cake)
  • 250g cream cheese, suhu bilik
  • 2 bekas yoghurt original flavour (175ml x 2)
  • 50g gula kastor
  • 240g whipping cream.
  • 1 stgh sudu besar gelatin Halagel
  • 2sb air hangat
  • 1 paket biskut oreo (buang cream tengah patah2, simpan sket untuk deko)

Cara:
  1. Pukul whipping cream hingga bertanduk (soft peak).Ketepikan
  2. Kemudian sediakan gelatin, masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air hangat. Biarkan 5 minit hingga kembang.
  3. Cairkan secara double-boiler atau guna microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata). Ketepikan Biarkan hingga ia suam.
  4. Sementara itu, pukul cream cheese dan gula kastor hingga sebati.
  5. Masukkan yoghurt, gaul rata.
  6. Masukkan gelatin ke dalam adunan cheese.
  7. Masukkan sebahagian whipping cream (yg dipukul kental) ke dalam adunan cheese.Guna kaedah kaup balik.
  8. Masukkan baki whipping cream dan gaul rata.
  9. Masukkan biskut oreo yg dipatah2kan.Gaulkan
  10. Tuangkan adunan ke dalam loyang yg berisi base biskut oreo.
  11. Letakkan biskut oreo kat atas kek sebagai hiasan
  12. Sejukkan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam atau lebih (Lina pg sejukkan semalaman)
  13. Keluarkan kek dari loyang (Lina pg menggunakan loyang loose base)
(Note: Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi.) 

Friday, June 7, 2013

Resepi Peria Kacau Goreng

Assalamualaikum...
Rasanya terlalu lamaaaaaa tak makan peria.Apabila terpandang buah peria yang segar, terus jer sambar...dalam hati sudah berangan-angan nk buat Peria kacau goreng..sudah terbayang keenakan sayur ni, ada raa pahit-pahit manja gitew..pahit tu kan ubat..Terus buka blog sendri cari resepi, rupanya baru kuingat rupanya resepi Peria Kacau Goreng ni hanya dikongsikan di myR, tiada kat TMK ni...terus terjah dapur kecil yang satu lagi.Maka terhasil la sayur ni.Memang sedap kat tekak kami ni..
Ratah pun sodap...
RESEPI PERIA KACAU GORENG
Bahan-bahan 
  • 1 biji peria panjang
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
  • 2 biji cili merah (ditumbuk/dikisar)
  • 2 sudu makan udang kering (ditumbuk/dikisar)
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Peria dibelah dua, buang biji dan dihiris nipis. Rendam peria dengan air garam. (Saya masukkan 3-4 sudu kecil garam ke dalam air dan rendam selama 20minit.Tujuannya untuk mengurangkan pahit buah peria).Bilas dengan air biasa, kemudian toskan.
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  3. Kemudian masukkan peria ke dalam kuali.Kacau sebentar
  4. Masukkan telur (yang telah dipukul sedikit dengan garfu).Kacau lagi.
  5. Masukkan kiub ikan bilis.Kacau sebentar sehingga peria sedikit layu.
  6. Akhir sekali masukkan cili merah, kacau sebentar.Tutup api.Dah siap.SELAMAT MENCUBA
 buah peria direndam dalam air garam untuk mengurangkan pahit
Bahan-bahan ditumbuk

Tuesday, June 4, 2013

Resepi Daging Sekilo Bawang Sekilo

Assalamualaikum...
Sejak terpandang  resepi Daging Sekilo Bawang Sekilo yang selalu diulang siar oleh kak Amie, hati terdetik ingin mencuba, tapi asyik terbantut jer sebab mengenangkan anak2 tak bape sukakan menu daging.Depa lebih prefer makan ayam...Bukan apa takut tidak mendapat sambutan, jenuh mama ngan abah depa nk makan kan?Dah la nk masak ni makan masa yg agak lama...Rupa-rupanya sangakaanku meleset sama sekali.Anak2 suka makan daging ni...Nisa makan berulang kali..Sedap katanya rendang ni...tambah lak bila digandingkan ngan Ketupat Daun Pisang a.k.a Ketupat Dakap ni.Memang sangat2 mabeles.Kepada yang belum mencuba resepi ni...silalah cuba sangat berbaloi..Tempoh memasak agak lama, tp sangat berbaloi sebab sangat sedap..Kalau nak rasa kelainan dari rendang, kena try ni...
saya sukakan yang basah2 camni..bila dicicah kuahnya akan berpalut pada ketupat..
Inilah setnya...ketupat dan daging sekilo bawang sekilo.Kalau berminat ngan rcp KETUPAT DAUN PISANG silalah klik kat link tu yea

RESEPI DAGING SEKILO BAWANG SEKILO
Sumber : kak Amie

Bahan-bahan:(Lina pg buat setengah saja) 
  • 1/2 kg daging (potong kecil-kecil)
  • 500ml  santan cair (Lina pg guna air jer-tambah ikut suka)
  • 250ml santan pekat
  • 3 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang
  • 1/2 kg bawang besar (potong kasar-kasar)
  • 8 biji cili merah (potong nipis-nipis)
  • 3 biji bawang putih (tumbuk)
  • 2cm halia (tumbuk)
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • garam & gula / perasa pilihan
  • 2 batang serai titik (Lina pg tambah rcp asal tadak)
  • minyak
  • 1 sudu teh pati asam jawa (Lina pg guna 2 asam keping)
  • 40g kerisik (Lina pg tambah rcp asal tadak)
Cara:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
  2. Masukkan lada merah dan serai dan terus kacau hingga layu.
  3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga daging layu.
  4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
  5. Kemudian masukkan 500ml santan cair (lina pg masukkan air jer) dan perlahankan api. Tutup kuali.
  6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula / perasa pilihan serta pati asam jawa dan kerisik.Gunakan api perlahan.
  7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah  kuah pekat dan terbit minyak.
  8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit / ketupat / roti dll.
Resepi yang menggunakan banyak bawang akan menjadikan hidangan itu sangat sedap dan rasa manis...
 Lina pg masak guna double grill pan..senang kije..pas kacau tutup ajer..biarkan dia mereneh dan daging empuk..semuanya terkumpul kat dalam piyuk tuh.Hasilnya....sangat lazat
Daging, bawang sudah agak layu..Lina pg tambah air jer..hingga daging agak empuk..Gambar seterusnya tadak ya..sebab sibuk membalut ketupat haha

Monday, June 3, 2013

Resepi Ketupat Daun Pisang/Ketupat Dakap

Assalamualaikum...
Ada sedikit kerajinan untuk membuat ketupat.Memandangkan semua ada kat umah, jadi semangat sket nk main masak2 sebab ramai yg makan.Cepat abesss...suka2 hehe.Sekarang ni dah tak kira time raya ke tak ke...kalau rasa tingin nk makan, boleh godek2 ajer wat ketupat ni.Ketupat Daun Pisang ni banyak nama, ada yang panggil Ketupat Dakap (boleh gak kot panggil ketupat kembar siam haha..kan bercantum tuh)
Ketupat Daun Pisang ni merupakan peberet my laling.Kalau balik kampung (time raya) ketupat ini yang mejadi pilihan berbanding yang dibalut ngan daun palas.Sudah semestinya ketupat air tangan bondanya yang menjadi pilihan.Saya selalu jugak tolong2 mak mertua membalut ketupat ni.Dari pemerhatian semasa membantu M.I.L tu sy cuba2 wat sendiri.Hasilnya memang sedap.Bila tanya my laling mana lagi sedap yang ni ke yang chek (gelaran untuk M.I.L) jawapan selamat dari my laling.Dua2 pun sedap.Ada rasa tersendri...Berani dia nk kata tak sedap...bini dia penat2 buat ni muahaha..Apa pun kalau balik kampung, tetap minta mak mertua buatkan...haku akan jadi pembantu yang setia...
Okeylah kepada kawan2, adik2 di luar sana, kalau tingin nk makan ketupat, boleh refer kat sini...Saja tayang menu ni sebelum raya...senang la korang nak gugel cari time raya nanti hehe..
Buat sekilo beras pulut.Belum setengah hari dah tinggal 5ketoi jer.Sempat la buat bekfast esoknya...
Macam2 pesen maklumlah kerahan tenaga anak2..si bujang tolong ikat2..hantam sajalah abang long janji tak terburai..Yang lawak tu, bila wat kije ngan anak2..daun pisang pun boleh terbalik adoyai...patutla nampak pelik..

RESEPI KETUPAT DAUN PISANG/KETUPAT DAKAP
By : Lina pg

BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg beras pulut.
  • 700-750ml santan pekat
  • 2 sb gula
  • secubit garam (lina pg letak 1sk)
  • Daun pisang dan tali rafia (untuk membalut ketupat)
CARA-CARA:
  1. Beras pulut dicuci hingga betul2 bersih (cuci hingga air cucian menjadi jernih).Rendam semalaman.Toskan hinggan kering
  2. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih
  3. Sementara itu satukan santan pekat, garam dan gula (Garam dan gula ikut selera ya).Kacau hingga garam dan gula hancur.Rasa dulu masin dan manisnya.
  4. Panaskan santan atas api hingga naik wap sahaja.Jangan biarkan santan mendidih takut pecah minyak dan cantik.Sentiasa kacau ya.Tutup api dan sejuk sebentar.
  5. Kukus beras pulut hingga separuh masak (anggaran 20min)
  6. Angkat pulut dan tuang ke dalam bekas yang besar.Pulut diarun dengan santan.Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit dan gaul rata.Memadai setakat lembabkan pulut.Kalau dah ok, tak perlu habeskan semua santan.Biarkan sebentar supaya pulut mesra dengan santan (anggaran 10minit)
  7. Masukkan semula pulut ke dalam kukusan dan kukus hingga masak.(pastikan air kukusan telah mendidih)Anggaran dalam 20-25min.
  8. Setelah pulut masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas yang besar.Sejukkan sebentar
  9. Daun pisang hendaklah dilayukan atas api atau di bawah cahaya matahari  supaya daun pisang tidak pecah semasa proses membalut ketupat.
  10. Daun pisang dilap bersih dan siat lebar sedikit dari tapak tangan.Macam buat lepat tuh..
  11. Letakkan pulut lebih 2 sudu besar dan dibentuk seperti gambar kat atas tuh.Sorry ya..saya tak tunjukkan step by step sebab buat 2-3 kerja dalam satu masa.Nak cepat punya pasal.
  12. Selesai membalut, kukus semula ketupat selama 8-10min.Ketupat sedia dimakan...
beras pulut yang dikukus separuh masak
yg ni dah masak dah ni..time ni dah banyak yang luak pakat masuk mulut tukang balut ketupat haha
hasilnya siap dibalut..kena kukus lagi ya..
okey...yang ni dah bleh makan...taraaaa dah siap

Saturday, June 1, 2013

Resepi Grill Chicken Chop Black Pepper Sauce

Assalamualaikum...
Menu Western lagik...cuti2 sekolah ni ikutkan ajer selera anak2...mama ngan abah pun suka gak...tapi kesian lak si kecil masih tak pandai makan menu yang macam ni...Maisarah cuma makan fries jer.Sian lak, seb baik dah suapkan dia ngan mi goreng..Kenyang la jugak.
Selalunya Chicken Chop yang pesen goreng tu kan?Tapi bila tanya 'ahli majlis' suma kata nk yang bakar/grill.Tambah lak my laling tu lagilah tak mau kalau bergoreng.Masih berusaha untuk menguruskan badan dan menjaga kesihatan.Ok senang citer...grill ajer sumanya.Resepi ni lebih kurang cam Lamb Chop  tu jugak, tp saya tak gunakan herba omputih.Jer simple marinate jer...Tapi tetap sedap
Ops..kalau korang tak reti nk debone sendiri, silalah buat muka paling manis dan berkata 'abang boleh tolong buat tulang untuk wat chicken chop'...hah..kompom abang yang jual ayam kata..BOLEH..bukan boleh blah yea hehe..
Kali wat dua carbo...mashed potato dan frech fries...dak sarah keje dok kutip fries tu jer la..sayur mayur hanya mak bapak ajer yg makan...

RESEPI GRILL CHICKEN CHOP
By : Malina lina pg linapg.blogspot.com
Bahan - Bahan:
4 keping whole leg (debone)
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (LiNa Pg gn kicap mee)
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
Lada hitam, lada sulah
Sedikit olive oil

Cara-cara
Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel
LiNa Pg cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah
Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
Perap daging paling kurang selama 1 jam.LiNa Pg suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

MASHED POTATO
By Malina lina pg
Bahan-Bahan:
3 biji kentang besar (~1kg) LiNa Pg guna kentang Russet
2 sudu besar mentega
1/4 cawan susu segar
Serbuk Lada hitam kasar (jika suka)

Cara-cara :
Kupaskan kentang dan dadu kecil (supaya cepat embuk dan mempercepat proses lenyek)
Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang)
Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas
Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata.
Sesuaikan rasa (tambah garam (jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam)

SOS BLACK PEPPER
By Malina lina pg
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)
Sedikit oregano
2 sb mentega

Cara-Cara:
Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
Masukkan air.Kacau sebati (LiNa Pg guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.Masukkan oregano.Renehkan sebentar
Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...