Wednesday, July 31, 2013

Resepi Biskut Dahlia Rose

Assalamualaikum..
Tak abes2 ngan samperit/Biskut dahlia kan?Nak buat camana anak2 suka ngan sekut raya ni.Kali ni saya buat kaler maler bagi comey sket(kunun la kan) tapi pucat lesi jer kaler tuh tak bermaya cam tuan dia yg tak bape ada mood nk ngukis huhu.Ni sekut terakhir dah..tak buat dah..sebuk nk membaking kek raya tempahan tu.Lom buat apa2 lagi event kek buah pun tak stat ngukus lagi.
Okey terus pada tajuk biskut Dahlia ni saya menggunakan resepi yang sama iaitu rcp CMG cuma saya gantikan tepun kastad kepada tepung ubi.Tapi sebab tadak tepung ubi saya gunakan tepung kentang.Sama gak lah kentang pun ubi gak haha.Seb baik menjadi hihi
Ni lah tupa Dahlia kawen ngan rose.Jadilah Dahlia rose haha
 Pic ni tak cukup cahaya kelabu asap sket, ekceli kaler cam yg atas tuh..
RESEPI BISKUT DAHLIA/SAMPERIT
Sumber :CMG
Sumber : LiNa Pg

Bahan-Bahan (Anggaran 120 pcs)
  • 300 g mentega
  • 160 g gula aising 
  • 2 kuning telur (LiNa Pg gn gred A)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 240 g tepung gandum*
  • 100 g tepung jagung*
  • 160 g tepung kastard*(*LiNa Pg gn tepung kentang)
  • Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
Cara Membuatnya
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.(Linapg gn kaedah kaub balik gn spatula sj)
  3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran
  4. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. (LiNa Pg tekan double layer, ijo then pink)
  5. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit (LiNa Pg bako suhu 165'C selama 15-20min, gn api atas dan bawah supaya biskut masak sekata)
  6. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Note:
Sekiranya lepas tambah pewarna, adunan menjadi lembik, tambah sedikit tepung gandum (LiNa Pg tambah dalam 1sb untuk setiap bahagian)

Tuesday, July 30, 2013

Kari Ikan Jenahak Tanpa Santan (Menggunakan Beras Sangai)

Assalamualaikum...
Cam pelik jer kan tajuk n3 kat atas tu?Apa lak Kari Ikan Beras Sangai.Ekceli resepi kari ikan kali ni agak istimewa sket sebab menggunakan petua menjadikan Kari Ikan bertambah sedap.Iaitu dengan menambahkan secret resepi hehe beras sangai tumbuk.Memang lain benar hasilnya, kuahnya pekat dan sedap.Biasanya saya akan menggunakan bawang besar blend untuk memekatkan kari.Kali ni saya kongsikan beberapa petua untuk sedapkan kari.
Sedap kuah pekat2 camni.Bendi lupa beli..namapk bodow2 ajer huhu
 Ini rupa beras sangai yg ditumbuk..ni lom siap tumbuk lagi..masih kasar2 hehe
RESEPI KARI IKAN JENAHAK
Sumber Petua : Chahaya Sheila
Resepi: LiNa Pg

Bahan - Bahan:
2 ketul kepala ikan jenahak  (kali ni guna 4ketul isi ikan jenahak)
2 paket kecil rempah kari ikan (jadikan pes)
1 sudu kecil serbuk kas-kas
1 sudu kecil halba campur
2 sudu makan cili giling
2 sudu makan gula merah
1 labu bawang besar (dihiris nipis )
6 ulas bawang merah ( tumbuk )
2 ulas bawang putih ( tumbuk )
1 cm halia ( tumbuk )
2 biji buah tomato dibelah empat
Daun kari
1sb beras (sangai)kemudian tumbuk halus
Kacang bendi
Minyak
Air asam jawa
Garam dan perasa
Air secukupnya

Cara Penyediaan: 
Tumiskan bawang besar, daun kari  dan halba campur hingga sedikit layu dan wangi masukkan bahan tumbuk.Tumis hingga garing.
Masukkan cili giling tumis lagi.Masukkan rempah ikan tumis hingga pecah minyak
Masukkan beras sangai yg ditumbuk halus.
Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
Masukkan air ikut suka banyak mana.
Masukkan cili padi (petua menyedapkan kari).Boleh juga masukkan cili hijau yg dipatah-patahkan.
Masukkan garam & perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
Kemudian masukkan ikan.Simbah2kan kuah ke atas  ikan.Sesuaikan rasa
Masukkan kacang bendi, cili merah dan tomato.Kacau sekejap. Tutup api

Monday, July 29, 2013

Resepi Biskut Chocolate Chips/Biskut Coklat Chips

Assalamualaikum...
Mood mengukis sudah kembali, ada asket kerajinan di hari minggu terus ON ngukis.Resepinya cukup mudah dan straight foward, pastu gentel n lenyek ngan garfu, bakar dah siap.Cukup senang, tak payah nk terap ke tekan2 bagai.Semalam dah test drive  makan2 sket, rasanya memang sedap dan rangup.Nisa kata lebih sedap dari sekut Chipsmore.Wah kembang semanguk mama dia hehe..Owh sebelum tu ada juga resepi yang sewaktu dengannya oleh sifu Nor Secubit Garam, boleh tengok SINI
Snap terus atas redai..guna enpon ajer suma ni, bukan apa kang suma masuk balang lupa terus nak snap
Close up sket hehe..Rangup dan secukup rasa, mewah ngan coklat chips dan juga almond nibs

RESEPI BISKUT CHOCOLATE CHIPS/COKLAT CHIPS
By : Kak Anida Ahmad (fb) Biras kak rosa ni
Sumber: Kak Rosaliza
Sumber: LiNa Pg

Bahan - bahan
  • 5 cawan tepung superfine (LiNa Pg gn 4cwn tepung ros + 1 cwn tepung jagung)
  • 450g choclate chips (LiNa Pg guna 3 cawan)
  • 1 cawan badam kisar (LiNa Pg guna 2 cawan almong nibs-sangai dulu)
  • 2 sudu teh baking powder
  • 11/2 ketul butter
  • 1 cawan gula putih (LiNa Pg guna gula icing)
  • 1 cawan gula perang (LiNa Pg guna 3/4 cwn)
  • 2 sudu teh serbuk koko (Adeh silap tengok guna 2sb lak patut la gela sket)
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh garam (LiNa Pg xboh guna salted butter)
  • 1 st esen vanila
  • 2st susu segar/susu cair

  • Cara - Cara

    1. Butter di pukul bersama gula putih dan gula perang, kemudian masukkan vanilla dan telur...gaul sebati
    2. Gaulkan  tepung, coklat chips, baking powder, serbuk badam,koko dan garam hingga sebati. Campurkan adunan ini dengan butter yang telah di pukul tadi .....bentukkan ikut suka hati
    3. Bakarlah sehingga masak
    Note:
    Adunan ni memang sedang elok jer tak payah nk tambah tepung bagai

    Methode LiNa Pg
    1. Pukul butter bersama kedua-dua jenis gula hingga sebati
    2. Masukkan kuning telur, esen vanila dan susu segar.Gaul sebati.
    3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga abes.
    4. Masukkan coklat chips dan juga almond nibs.Gaul sebati
    5. Bentukkan doh ikut suka.LiNa Pg buat bulat2 dan leperkan dengan garfu.
    6. Bakar hingga masak.Suhu terpulang pada oven masing2.(LiNa Pg bakar selama 20min suhu 165'C.


    Lumayan gak hasilnya..okey tempahan dibuka untuk raya haji n raya posa TAHUN DEPAN haha

    Friday, July 26, 2013

    Chicken Pop Corn/Ayam Salut Tepung

    Assalamualiakum...
    Kembali bersiaran...alahai ada yang ternanti2 n3 terbaru ke?Sori la yea tuan umah bz sket.Kadang2 tak sempat nk snap pic pun..Chicken Pop Corn sy yg bagi surat beranak hehe, tuan tanah dia bagi nama Ayam Salut Tepung, memandai jer tuko kih2.Jangan maree yea ct..nanti kena juai...Resepi saya amek dari ct kat fb rasanya kat blog dia tadak kot n3 ni..Chicken pop corn ni sy goreng last minute, makan panas2 barulah sedap kan.Saya goreng sedikit demi sedikit, tengok2 makin banyak yang luak rupanya dak tecik Maisarah suka makan, dia asyik ulang alik makan..terdetik dalam hati mesti sedap ni,  tekak maisarah adalah yang paling cerewet..paling memilih untuk makan, bila dia suka..mama dia lagi suka.So, ibu-ibu di luar sana kalau ada anak2 kecil boleh lah buat Chicken Pop Corn ni, InsyaAllah anak2 mesti suka.
    Chicken Pop Corn nama diberi sebab rasa n fizikal menyamai Chicken Pop Corn McD..aroma daun kari bagi sentuhan melayu sket..tadaklah omputih sangat hehe..Pic dari enpon only...
    RESEPI CHICKEN POP CORN/AYAM SALUT TEPUNG
    Sumber :  ct zaliedana
    Sumber : LiNa Pg

    Bahan-Bahan:
    • 4 ketul dada ayam 
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1sk serbuk kari
    • 1sk serbuk cili
    • 1/2 kiub ayam
    • 1 biji telur
    • Sedikit daun kari
    • Garam, lada sulah (AjiShio), lada hitam, rosemery
    • Minyak

    Cara-Cara:
    1. Dada ayam dipotong kecil-kecil, cuci bersih dan toskan.Lap dengan kitchen towel.
    2. Perasakan ayam dengan garam. lada sulah,lada hitam dan rosemery.
    3. Masukkan daun kari dan pecahkan telur dan gaul rata.Perapkan sebentar (LiNa Pg perap 1/2 jam)
    4. Satukan tepung gandum, serbuk kari, serbuk cili dan kiub ayam.Gaul rata (ayak pun boleh)
    5. Golekkan ayam ke dalam adunan tepung biar rata seleruh ayam dan goreng hingga golden brown secara deep fry.
    6. Angkat dan toskan.Sedia dihidang bersama sos cili  atau juga enak dimakan begitu sahaja 
    ***********S E L I T         O R D E R       H A R I     I N I *********
    Tempahan Kek Coklat Moist untuk besday.Sangat simple
    Berat ~1.7kg.Terima kasih sudi menempah..

    Wednesday, July 24, 2013

    Ayam Panggang Beraroma Daun Ketumbar

    Assalamualaikum...
    Pertama kali mencuba ayam panggang yg agak simple tapi rasanya sedap.Bahan2 pun sangat senang dan sentiasa ada stok dalam esbok.Bukan apa bila dah masuk pertengahan Ramadhan ni, otak pun dah buntu mencari hidangan untuk keluarga.Bukan saja kawan2 yg kekeringan idea untuk masak, kami blogger ni pun kadang2 jem jugak nk memikirkan juadah buka posa.Seb baik ada dapur kawan2 yg lain yg boleh diterjah untuk mencari idea.Hasil gugelan sy jumpa rcp yg simple tp sedap kat dapur Wana.Berminat??Jom kite semak resepi
     Maaf la..kalau pesen panggang camni selalunya sy snap ngan henpon jer..ngam2 nk buka posa br masak..tu pun 10min terakhir dah guna api besar, takut tak sempat siap haha..

    RESEPI AYAM PANGGANG BERAROMA DAUN KETUMBAR
    Sumber Rujukan :Wana (Potret Kasih)
    Sumber: LiNa Pg

    Bahan-Bahan:

    • 1/2 ekor ayam
    • 1 pokok daun ketumbar ( daun, batang dan akar2nya sekali – cuci bersih2 )
    • 1 inci halia
    • 1 labu bawang putih ( 6-8 ulas bawang putih ) LiNa Pg gn 4 ulas jer
    • 3 – 4 biji cili merah ( kalau nak lebih pedas boleh guna cili padi )
    • 1 sudu kecil serbuk kunyit
    • 1 sudu makan gula (LiNa Pg gn madu)
    • 1/2 sudu makan garam
    • 2 – 3 sudu makan jus limau/cuka (LiNa Pg gn sebelah hirisan lemon sj)
    • sedikit perasa (jika suka )

    **jika suka boleh letak jintan dan biji ketumbar atau serai – di kisar sekali dgn bhn kisar…. saya tak letak!!!saja nak try resepi yg simple!!! (LiNa pg pun tak letak gak)

    Cara Penyediaan


    1. Bersihkan ayam dengan gaulkan tepung gandum dan bilas dgn air bersih…
    2. Kisar bawang putih, cili merah, halia, daun ketumbar, serbuk kunyit, gula, garam, jus limau dan  gula dgn sedikit air.(Note: LiNa pg gaul serbuk kunyit pas blend suma bahan-takut blender jd kuning huhu
    3. Sediakan dulang pembakar kemudian susun ayam.
    4. Kelar2kan sedikit  ayam tersebut terutama bahagian isi yg tebal…
    5. Curahkan bahan kisar pada ayam…gaul2kan hingga sebati ayam dgn bahan kisarnya
    6. Perapkan sebentar, barulah dibakar…. selama lebih kurang  50 minit – 1 jam…
    7. Balik2kan ayam agar rata masaknya…sambil dilumurkan rempah/minyak ayam pada ayam tadi….
    8. Bila ayam sudah masak keluarkan ayam kemudian dipotong2 dan tuang kuahnya pada ayam tadi..
    9. Jika suka hidangkan dengan sos cili bersama daun ketumbar bersama ulam2an dan nasi panas.(LiNa Pg makan ngan nasi putih gitu ajer, tak buat sos pun)

    LiNa Pg guna pemanggang ajaib untuk panggang ayam ni...

    Tuesday, July 23, 2013

    Resepi Biskut Dahlia/Samperit

    Assalamualaikum...
    Dah start wat kukis ke kawan2?Sy baru nk warm up ni, cam biasalah mestilah wat sekut yang anak2 suka..hurm apa lagi kalau bukan samperit/Biskut Dahlia ni..Jangan bergaduh lak kata ni Samperit..ni Biskut Dahlia.Sebenarnya adunannya sama jer, yg membezakan ialah bentuk sama ada seperti bunga dahlia atau dibuat panjang2 tuh..
    Saya masih lagi mengekalkan resepi CMG.Rasanya dari awal celik IT ni, sy guna resepi ni..Kiranya menu wajib 2x setahun.Raya Posa dan Raya Haji,mesti buat ni..yang dah buat ni pun dah nk abes dah..nmpak gayanya nk raya kena wat lagi (itupun kalau sempat la..)Walaupun dah banyak kali buat sy tepek gak rcp kat sini supaya senang kawan2 nk refer.Kalau nk tengok versi yg terdahulu boleh klik SINI dan SINUN
     Yang ni snap terus atas redai...lom sejuk lagi..maaf yea gambar dari enpon jer ni..bukan apa..kang masuk balang suma..sayang pun kalau tak ambil picas
    Cantik kelopak bunga ni
    RESEPI BISKUT DAHLIA/SAMPERIT
    By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
    Sumber : CMG
    Bahan-Bahan: (anggaran 120biji)
    • 300 g mentega
    • 160 g gula aising 
    • 2 kuning telur (LiNa Pg gn gred A)
    • 1 camca teh esen vanilla
    • 240 g tepung gandum*
    • 100 g tepung jagung*
    • 160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
    • Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
    2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.(Linapg gn kaedah kaub balik gn spatula sj)
    3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit (LiNa Pg bako suhu 165'C selama 15-20min, gn api atas dan bawah supaya biskut masak sekata)
    4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
    Note:
    Kali ini LiNa Pg hanya menggunakan spatula sahaja, gaul mentega dan gula hingga sebati, kemudian masukkan telur dan esen-gaul lagi, kemudian masukkan tepun sedikit demi sedikit kaedah kaub balik
    Sebahagian tempahan biskut Dahlia yg berjaya disiapkan huhu..Nanti ada kerajinan kite sambung sket lagi..Hadoi nak pitam gak nk siapkan yg ni pun..seb baik tak amek banyak sangat order..

    Monday, July 22, 2013

    Kuih Lompat Tikam, Hepi Besday Buat Maisarah Dan Tempahan Kek Buah

    Assalamualaikum...
    Salam siaran...entry 3in1 ari ni, kiranya wat sekali harung namanya hehehe.Senang citer, xyah type banyak2 kih2.Ok memula pemanis mulut dulu, Kuih Lompat tikam (dezet mggu lepas lagi ni) asyik tertunggak jer n3 nk wat camana asyik bz jer.Bz ngan apa pun tak tau lah.Kuih Lompat Tikam ni sangat popular di Kelantan.Kalau orang Kelantan mesti pernah merasa kuih ni sangat sedap lemak manis gitew.Kalau teringin mencuba, silakan..
    Kali ni wat versi dalam cup ni senang nk makan..
    RESEPI LOMPAT TIKAM

    Lapisan Hijau
    • 1 cawan tepung beras
    • 3 cawan air
    • Sedikit pewarna hijau
    • 1 Sudu besar air kapur 
    CARA2
    1. Satukan kesemua bahan2 diatas tapiskan kedalam kuali. 
    2. Dengan menggunakan api yg sederhana kacau sehingga pekat dan berkilat. 
    3. Sejukkan di dalam loyang.
    ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
     Lapisan Putih
    • 3 cawan santan
    • 1/2 cawan tepung beras
    • sedikit garam
    CARA2:
    1. Satukan kesemua bahan diatas.
    2. Kacau diatas api yg sederhana sehingga kuah agak pekat
    3. Rasakan untuk mendapat rasa lemak2 gitu
    ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
    Pulut 
    • 1 cawan pulut
    • sedikit pewarna merah
    • sedikit garam
    • 1 cawan santan ( anggaran )
    CARA2:
    1. Masak seperti memasak nasi...Sukatan santan sepatutnya lebih sedikit dari pulut
    ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
    Kuah Nisan
    • 3 keping nisan / gula melaka
    • 1 cawan air
    • Daun pandan simpul
    CARA: 
    • Masak sehingga agak pekat sedikit
    **********************************************************************
    22 hb Julai merupakan Hari Kelahiran my lil princess, Wan Nurkhalisha Maisarah yg ke-3.Semoga anak mama ini diberikan kesihatan, panjang umur,dan membesar menjadi anak yang soleh berjaya di dunia dan akhirat.
    Inilah buah hati, pengarang jantung mama dan abah (baju peberet ni, selalu baju ni yg masuk kumira hehe)

    **************************************************************
    TEMPAHAN KEK BUAH KUKUS (Buat iklan sket)
    Alhamdulillah..bulan posa ni pun dapat tempahan kek juga, kek ni telah slamat dipos oleh my laling pagi tadi.Jauh jugak berjalan kek buah ni...aritu telah ke Selatan Tanah Air iaitu Melaka, kali ini akan ke Selangor pulak.Kepada sesiapa yang ingin mencuba kek buah kukus ni, boleh lah email kepada saya.InsyaAllah saya akan uruskan penghantaran (tp kena caj lah kos pos laju tu).Untuk makluman Tempahan Kek Hari Raya telah tutup yea...kalau nk awal boleh jer..Cuma tarikh 3,4,5, dan 6hbOgos dah penuh..
     Kek Buah dikukus selama 4jam.InsyaAllah akan tahan selama sebulan (Jika disimpan dengan baik dlm bekas kedap udara)
    Fresh from my oven  steamer (kukus wei) terus ke rumah anda hehehe..harap2 parcel dan kek buah ni sampai dengan selamatnya...

    Friday, July 19, 2013

    Ketam Masak Lemak Daun Kunyit Dan Tempahan Kek Buah Kukus

    Assalamualaikum...
    Hari ni daha ada idea nk masak apa kawan2?Hurm kalau still tadak idea n ada ketam ada esbok, boleh cuba resepi ni.Biasanya kalau menu ketam akan dibuat ketam cili, sweet sour ataupun kari.Kali ni wat masak lemak lak.Tak yah guna serbuk kari pun.Main campak bahan basic yg ada dalam esbok jer.
    Sorilah ya gambar ntah hapa2 sebab bila snap petang rembang ni selalu haru biru jadinya..Seadanyalah huhu
    sedap makan kuah pekat2 camni..

    RESEPI KETAM MASAK LEMAK DAUN KUNYIT
    By : LiNa Pg

    Bahan-Bahan:
    • 2 ekor ketam saiz besar (cuci bersih dah belah 2)
    • 3 ulas bawang merah (blend)
    • 2 ulas bawang putih (blend)
    • 1 labu bawang besar (blend)
    • 1/2 cm lengkuas (blend)
    • 1cm halia (blend)
    • 1cm kunyit hidup (blend)
    • 8 biji cili merah (blend)
    • 1 batang serai (ketuk)
    • 2 cawan santan pekat.
    • 3 asam keping
    • 1 helai daun kunyit (racik)
    • Garam dan gula/perasa.
    • Air (secukupnya)
    • Minyak
    Cara-Cara:
    1. Panaskan sedikit minyak, masukkan serai dan bahan kisar.Tumis hingga pecah minyak.
    2. Masukkan ketam, gaul sebati dengan bahan tumisan.
    3. Masukkan santan dan gaul sebati.Tambah air hingga melebihi paras ketam.
    4. Masukkan asam keping, garam, gula/perasa dan juga daun kunyit.Kacau hingga mendidih.
    5. Sesuaikan rasa.Tutup api
    Selit iklan sket hihi..Tempahan Kek Buah Kukus Super Moist
     Pack mini, minimum order 4paket
    sangat lembab dan sedap.Menggunakan pure butter, bukan buttercup
    Dikukus selama 4jam, disaluti gula hangus dan mewah dengan buah-buahan kering yg terpilih.

    Thursday, July 18, 2013

    Resepi Ayam Panggang Yogurt

    Assalamualaikum...
    Ayam Panggang Yogurt ni dah lama teringin nk buat tapi asyik tak terbuat jer.Bila bulan posa ni mula lah tingin mencuba sesuatu yang baru.Itupun bila ada sket kerajinan.Kalau malas hidangan cuma biasa2 ajer, seperti hidangan harian hehe.Biasanya bila ingin mencuba sesuatu yg baru saya akan gugel dahulu dan refer kepada beberapa blog, bila dah faham barulah buat.Kadang2 ada tips yg dikongsikan oleh rakan2 yang lain.Itulah gunanya dapur maya ni.Bila dah dapat semua info tuh, akan share pulak kat dapur kecil TMK ni.Supaya dapat memberi manfaat kepada semuanya (mudah-mudahan)
    Picas ni snap ngan enpon saje, ayam ni masak ngam2 nk buka posa.Akibat kegopohan ketika mengangkat ayam menyebabkan kulitnya teringgal.Dah tak cantik huhu..Sedap makan panas-panas.

    RESEPI AYAM PANGGANG YOGURT
    Rujukan : Zila , Kak Amie , Wana
    Sumber : LiNa Pg
    CnP dari umah Zila
    Bahan-Bahan

    • 1 ekor ayam - dipotong 4 dicuci bersih
    • 1 cawan yogurt
    • 3 sudu makan minyak zaitun - kalau tak ada minyak biasa pun boleh
    • 2 sudu makan jus lemon
    • garam - agak-agak (LiNa Pg guna kiub ayam)
    • gula - 2 sudu (LiNa Pg guna madu)
    • 1 sudu makan serbuk cili
    • 1 sudu makan jintan kasar - ditumbuk
    • 1/2 susu jintan halus - ditumbuk
    • 1 sudu makan  rosemarry - ditumbuk
    • 1 sudu makan ketumbar biji - ditumbuk
    • 1 sudu makan lada hitam kasar
    • 1 inci halia - ditumbuk halus
    • 1/2 sudu serbuk kunyit
    • 2 batang serai di ketuk

    Cara-caranya

    1. sediakan semua bahan ..satukan kesemuanya,lumur pada ayam dan perap selama 1 hingga 3 jam (LiNa Pg perap semalaman)
    2. Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil
    3. Bakar sehingga masak dan garing..lebih kurang 50 minit. (ikut pada oven masing-masing)
    4. Apabila sudah masak keluarkan dari oven dan sedia dihidang
    *** LiNa Pg bakar guna pemanggang ajaib jer.Sayang wei oben wat bakar kek haha***
    Note:

    Jika tiada yogurt, kita boleh buat sendiri… caranya ialah:
    Dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.
    Lebih kurang macam buttermilk jugaklah

    Wednesday, July 17, 2013

    Puding Trifle

    Assalamualaikum...
    Puding trifle sebagai pemanis mulut untuk berbuka.Sangat simple..teringin mencuba dipersilakan.Arini malas nk mengarang huhu..
    Puding Trifle LiNa Pg
    wat dalam bekas ni senang nk makan..amek sorang satu hihi.Ada belen lagi sket..boh dalam casserol lak.

    RESEPI PUDING TRIFLE
    Bahan-Bahan
    Bahan A (Lapisan Kek)
    • Swiss roll secukupnya
    • Air dari jus koktel
    Cara-Cara:
    1. Swiss roll dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.
    2. Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist.Ketepikan
    Bahan B (Lapisan Kastad)
    • 1 cawan rata tepung kastad
    • 1/2 cawan gula 
    • 1 tin susu cair
    • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
    • 1 tin buah2 koktel (LiNa Pg asingkan buah dan jus)
    Cara-Cara:
    1. Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.
    2. Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)
    3. Susun buah koktel ke atas adunan kastad LiNa Pg ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan sebentar.
    BAHAN C (Kristal Jelly)
    • 1 paket crystal jelly LiNa Pg gn brand nona
    CARA
    1. Tuangkan serbuk kristal jelly ke dalam periuk , masukkan air (mengikut sukatan di belakang paket tersebut).Kalau brand nona 400ml.
    2. Kacau hingga larut.
    3. Curahkan ke atas lapisan kastad.Tuang dengan perlahan2 supaya lapisan kastad dan jelly tidak bercampur.Sejukkan sebentar sebelum didinginkan ke dalam peti ais

    Tuesday, July 16, 2013

    Tenggiri Goreng Berempah Beriani

    Assalamualaikum...
    Hari ni menu simple jer, ikan goreng ajer ya.TV sangat mempengaruhi saya haha, hasil menonton Ketuk2 Ramadan, terus saya buat Ikan Tenggiri goreng ni.Tapi disebabkan saya tidak menonton hingga tamat siaran jadi hasilnya sekerat jalan.Tak tahulah Sheila Rusly wat apa ngan ikan tenggiri dia sebab dimasak bersama nasi beriani.Walaupun resepi tak complete tp sedap Tenggiri Goreng Berempah Beriani ni, tambah lak ada mayonis memberi sedikit impact masam.Semoga dapat memberi sedikit idea kepada suri rumah untuk juadah berbuka atau untuk bersahur.Sedap makan time panas2
    Digoreng2 garing2 memang sedap...Tapi kena goreng last minit ya..makan time panas ngan nasi panas memang sedap

    RESEPI TENGGIRI GORENG BEREMPAH BERIANI
    Sumber : Ketuk-Ketuk Ramadan
    Sumber : LiNa Pg

    Bahan-Bahan:
    • 4 ketul isi ikan tenggiri (cuci bersih dan lap dengan kitchen towel)
    • Sedikit jus lemon
    • 2 sudu besar rempah beriani
    • 1-2 sudu besar mayonis
    • 1/2 kiub ikan bilis
    • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
    • 2 ulas bawang merah (tumbuk)
    • Minyak untuk menggoreng
    Cara-Cara:
    1. Perasakan isi ikan dengan kiub ikan bilis dan jus lemon
    2. Lumurkan dengan rempah beriani dan juga yogurt
    3. Gaul dengan bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk
    4. Perap selama setengah jam.Kemudian goreng hingga garing

    Monday, July 15, 2013

    Resepi Ayam Kicap Berempah Dan Berkerisik

    Assalamualaikum...
    Salam ceria di pagi Isnin (walaupun cuaca tak bape nak ceria, mendung jer pagi hehe).Actualy ni menu minggu lepas lagi.Dah jem tak tau nk masak apa?Time tu ngah dok wassup ngan DJ,so DJ cadangkan buat ayam kicap berkerisik ni.Terus terjah blog DJ, usyar bahan2..owh simple jer.Watak utama iaitu kerisik dan kicap kompom ada...yang tadak cuma halia jer.Lengkuas ada sket, serai pun sebatang ala-ala nk monopouse dah huhu.APa lagi terus on la Ayam Kicap Berempah Dan Berkerisik ni.Alhamdulillah memang sedap...Hurm..kalau masih belum idea nk masak apa, bolehlah cuba resepi ni...Tp janji kerisik n kicap kena ada, jangan dok mendurhaka lak.Kang jadi ayam goreng kicap jer nanti.Lain lak rasanya..Jom kite semak resepi.
    Ayam ni masak kol 7.15pm, kelam kabut snap.Dah amek gambo petang2 ni macam2 la jadinya..hurm layan ajerlah seadanya...
    RESEPI AYAM KICAP BEREMPAH DAN BERKERISIK
    Sumber : LiNa Pg

    Bahan-Bahan :

    • 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka dan dicuci bersih)
    • 1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
    • 1 sudu makan cili kisar/cili giling
    • 2 sudu makan kicap pekat
    • 2 sudu makan kicap manis atau secukupnya
    • sedikit kicap manis (LiNa Pg gn kicap mee Tamin)
    • sedikit hirisan daun sup (LiNa Pg xletak tadak stok)
    • sedikit madu/gula dan garam
    • sedikit air asam jawa (LiNa Pg gn 4 asam keping)
    • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
    • 3 sudu makan kerisik (LiNa Pg gn 1 paket kecil 40g)
    Bahan-Bahan Kisar :

    • 5 biji bawang merah
    • 1 labu bawang besar
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 inci halia (LiNa Pg xletak tadak stok)
    • 1/2 inci lengkuas
    • 1 batang serai

    Cara-cara :

    1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan 1 sudu makan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
    2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
    3. Masukkan kicap pekat dan kacau sebati.
    4. Kemudian masukkan ayam dan kerisik. Gaulkan rata-rata. 
    5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
    6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. 

    Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!
    ***sebelum menumis, kalau nak goreng ayam tu separuh masak pun boleh.

    Note:
    LiNa Pg perasakan ayam dengan garam kunyit dan digoreng 1/2 masak.Kemudian digaul dengan kicap dan lada hitam.Perap selama setengan jam.Seterusnya ikut step no.2

    Sunday, July 14, 2013

    Siakap Stim

    Assalamualaikum...
    Apa khabar semua?Masih tercari-cari juadah untuk berbuka?Hurm..kalau ada ikan siakap dalam peti ais bolehlah mecuba Ikan Siakap Stim ni.Menu sihat untuk seisi keluaga.Bulan puasa ni, jangan ingatt nk yg sedap saje, kena pikirkan juga menu sihat hehehe.Apa pun kesihatan mestilah diutamakan.Kali ni saya buat siakap stim letak sekali ngan sayur2, so tak yah masak sayur dah.Senang kije.Memang dasar la kana hahaha.
    Selalu lupa nk letak hirisan lemon/limau nipis kata atas ikan pas siap masak.Chef2 kata kalau menu ikan, mesti/wajib hirisan limau/lemon kata atas sebelum menghidang.Takpelah bukan masyk masterchef pun kan 

    SIAKAP STIM
    By: LiNa Pg
    Bahan-Bahan:
    • 1 ekor ikan siakap (saiz sederhana) cuci bersih, lapkan dengan kitchen towel
    • 1 biji lemon/limau nipis
    • 2 ulas bawang merah (hiris)2 ulas bawang putih (hiris)
    • Sedkit sayur-sayuran (LiNa Pg guna brokoli dan mixed vege)
    • 3 batang serai (hiris)
    • 1 biji cili merah (hiris nipis)
    • 5 biji cili padi
    • 1 cm halia (mayang)
    • Tomato/Tomato ceri
    • Sedikit garam
    • 1/2 kiub pati ikan bilis
    • 2 sb sos ikan
    • Sedikit minyak
    • Air
    Cara-Cara:
    1. Perasakan ikan dengan sedikit garam dan perahkan jus lemon ke atas isi ikan (lina pg guna sebelah lemon).Lagi sebelah lemon diperahkan ke dalam kuah
    2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, serai dan halia hingga wangi dan sedikit layu (jangan sampai garing)
    3. Masukkan air, tomato, mix vege, cili merah, jus lemon,juga kiub ikan bilis dan juga sos ikan.Biarkan mendidih sebentar.Jangan letak garam sebab ikan dah diperap ngan garam
    4. Masukkan ikan dan juga sayur brokoli dan cili  padi.Sesuaikan rasa.Tambah garam/perasa jika perlu.Renihkan sebentar hingga ikan masak.Tutup api

    Friday, July 12, 2013

    Resepi Puding Sagu Gula Melaka

    Assalamualaikum...
    Dah tiga hari kite semua berpuasa, arini baru berkesempatan untuk update blog...Walaupun sepi tanpa n3 terbaru tapi TMK tetap menerima kunjungan di luar jangkaan.Terima kasih buat semua tetamu kehormat TMK.Juga terima kasih buat kongsi resepi yang menaikkan trafic blog suam2 kuku ni.
    Okey berbalik kepada tajuk n3 arini Puding Sagu Gula Melaka ni sebenarnya saya buat pada hari pertama berbuka puasa.Agak terlewat sket untuk n3.Tapi tak mengapa saya paparkan juga supaya dapat memberi sedikit idea kepada ibu2 untuk menyediakan juadah berbuka petang nanti.Agak mudah dan yg pasti sangat sedap (pada tekak kami sekeluarga).Sebelum ni saya pernah buat tp mengguna resepi yang berbeza.Bleh tengok SINI dan juga SINI.
    Wat kaler maler bagi nampak meriah sedikit hehe.Berminat??Jom kite semak
    Sedap ni, makan pas didinginkan..nyaman n lembut jer..Terasa lemak manis nyum2..

    RESEPI PUDING SAGU GULA MELAKA
    By : LiNa Pg

    Bahan (Puding Sagu)
    • 1 cawan sagu kecil
    • 3 cawan air 
    • 3 sb gula
    • 2 helai daun pandan simpul
    Cara-Cara:
    1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan
    2. Didihkan air bersama daun pandan.Kemudian masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi
    3. Kacau2 selalu supaya tidak berkerak.Jika air hampir kering tp sagu masih belum jernih, boleh ditambah sedikit air (sket jer taw..kang byk sangat jadi lembik lak)
    4. Bila sagu hampir jenih keseluruhannya barulah dimasukkan gula.Tutup api.
    5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kaler peberet masing2.Kacau menggunakan garfu.Masukkan ke dalam acuan/loyang.Sejukkan
    Untuk Manisan (Gula Melaka)
    • 1 ketul gula nipah
    • 1/2 cawan gula merah
    • 1 cawan air
    • 1 helai daun pandan simpul
    Cara-Cara:
    Satukan suma bahan, masak hingga gula larut dan agak pekat.Tutup api, tapis dan sejukkan.

    Note:
    Untuk menghidang, keluarkan puding sagu dari acuan.Kalau menggunakan loyang potong kecil2 supaya senang nk makan.Curahkan santan/susu cair dan sirap gula melaka.
    LiNa Pg hanya menggunakan susu cair sebagai bahan pelemak dalam puding ini.Kalau ingin resepi santan, kena gugel pada sumber lain.

    sangat membanggakan saya.Trafic TMK naik mendadak pada bulan puasa ni.Biasa2 tuh dalam 1k-2k sahaja. Tp 2-3 ari ni naik hingga 4k lebih untuk unique visitor.Kalau page view tu hingga 12000 untuk kemarin sahaja.Alhamdulillah

    Tuesday, July 9, 2013

    Daging Sekilo Bawang Sekilo...Lagi

    Assalamualaikum...
    Terjebak sudah dengan keenakan Daging Sekilo Bawang Sekilo (DSBS) ni.Okeylah buatkan ajerlah sebelum posa ni, lagipun senang jer cuma perlukan sedikit kesabaran untuk tggu bawang hancur.
    Kali ni saya tak buat ketupat, rasanya malas beno nk membalutnya.Untuk jalan pintas kami makan ngan lemang.Kira spesel gak kan ala-ala menu raya gitu ahaks..TAPI lemang segera ajer.Beli yang nona punya dalam pack tuh.Ikut jer arahan kat belakang plastik tuh dah siap.Bila makan ngan hurmmm..ketupat daun pisang jauhhhhhh lagi sedap dari lemang pasang siap ni.Takpolah...dah malas nk buat kan...makan ajerlah..
     Sedap..Daging Sekilo Bawang Sekilo.Sapa tak buat rugi taw..Tak cuba tak taw keenakannya..
    Kali ni sy gunakan santan kotak ajer, kurang berminyak sket..tp rasa menten sedap

    RESEPI DAGING SEKILO BAWANG SEKILO
    Sumber : Kak Amie
    Sumber2: LiNa Pg

    Bahan-bahan:
    • 1 kg daging (potong kecil-kecil)
    • 500ml  santan cair (Lina pg guna air jer-tambah ikut suka)
    • 250ml santan pekat
    • 3 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang
    • 1 kg bawang besar (potong kasar-kasar)
    • 13 biji cili merah (potong nipis-nipis)
    • 3 biji bawang putih (tumbuk)
    • 2cm halia (tumbuk)
    • 5 cm kulit kayu manis
    • 1 kuntum bunga lawang
    • garam & gula / perasa pilihan
    • 2 batang serai titik (Lina pg tambah rcp asal tadak)
    • minyak
    • 1 sudu teh pati asam jawa (Lina pg guna 5 asam keping)
    • 40g kerisik (Lina pg tambah rcp asal tadak)
    Cara:
    1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang dan serai hingga wangi.
    2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
    3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga daging layu.
    4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
    5. Kemudian masukkan 500ml santan cair (lina pg masukkan air jer) dan perlahankan api. Tutup kuali.
    6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula / perasa pilihan serta pati asam jawa dan kerisik.Gunakan api perlahan.
    7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah  kuah pekat dan terbit minyak.
    8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit / ketupat / roti dll.
    Esok kite semua akan mula berpuasa.Dikesempatan ini juga saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadat Puasa .Semoga kedatangan bulan yang mulia ini kita semua mendapat rahmat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
     * * * SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA * * *

    Monday, July 8, 2013

    Tempahan Hari Ini

    Assalamualaikum..
    Memandangkan tadak n3 masak2, so kite tayang ajerlah tempahan kek untuk pagi ni.Alhamdulillah syukur..masih ada lagi tempahan walaupun sudah penghujung Syaaban.Ingatkan nk masuk bulan posa, tadak tempahan dah...Semua kek ni telah selamat diambil oleh tuan punya.Terima kasih buat semuanya..
    Owh..sebelum terlupa, tempahan kek untuk Aidilfitri masih ada beberapa kekosongan ya.Masih ada masa untuk order.Saya akan tutup tempahan bila2 masa sahaja bila sudah memenuhi koata yg mampu saya buat.
    Inilah pestaim menerima tempahan kek karamel coklat moist.Tang karamel tuh menten gelombang gak sket tp jauh lebih cantik dari yg pestaim buat dulu.Bila buat yang tempahan punya barulah saya timbang, rupanya berat sebenar kek karamel coklat moist ialah 1.9kg (Mak aih berat rupanya).Untuk RVC juga saya telah adjust menjadikan berat ni 1.5k

    Wednesday, July 3, 2013

    Resepi Roti Jala

    Assalamualaikum...
    Menu bekfast pagi ni, kemarin wat gulai ayam, pas dinner tengok masih berbaki kuah gulai ayam tu, terus terfikir nk buat roti jala.Dah lama benar tak makan roti jala sejak pandai buat Roti Puri hihi.Cam dianak tirikan pulak.Kalu dulu, asal buat gulai ayam, petang mesti disusuli ngan roti jala..sekarang ni kureng rajin nk menjala hihi..Malam tadi gigih jugak la 'menebar jala' membuat roti kirai/roti jala ni.Memang 'ke laut' lah hasil jalaan orang tak bape nk pandai ni huhu.Kalau tengok hasil rakan2 blogger lain nampka cantik dan kemas jer petak2 tu macam2 ukur ngan ruler jer.Tapi tak mengapalah janji sedap di tekak hehe (Ayat tak leh blah punya kabe line).
    Meh la kite semak resepi.Ekceli senang jer kekdahnya..cair tambah jer tepung, pekat sangat tambah air sket2..gitu ajer lah...
    pic dari enpon ajer neh..nak wat sarapan weh anak2 nk gi skool, mana sempat nak tonggang tonggek ngan kamera bagai.Janji ada nampak rupa paras roti jala, kira orait la kan?
    RESEPI ROTI JALA

    Bahan-Bahan:
    • 2 cawan tepung gandum
    • 2 cawan cecair (LiNa Pg gn 1/2 cwn susu cair+11/2 cawan air)
    • 1 sk garam
    • 1 biji telur
    • 2 sb minyak masak/butter cair
    Cara:
    1. Satukan semua bahan ke dalam blender dan blend sebati
    2. Masukkan pewarna kegemaran.Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala (LiNa Pg gn acuan botol muncung 3) Boleh refer SINI
    3. Panaskan kuali non-stick pan (LiNa Pg gn pemanggang ajaib jer-bahagian penutup yg licin tuh, kalau bawah ada line2 kan)
    4. Kirai/jalan adunan ke atas non-stick pan, biarkan selama 1minit (hingga masak).Kemudian angkat.Lipat/gulung
    5. Sedap di makan bersama GULAI AYAM.

    Tuesday, July 2, 2013

    Resepi Nasi Ayam Mudah

    Assalamualaikum...
    Salam siaran selepas 2-3ari menyepi.Hari ni saya nk kongsikan Resepi Nasi Ayam yang sangat ringkas.Kita wat yang senang2 dulu..pasni baru cari resepi yang spesel pulak hihi.Ekceli sy pernah buat dulu masa baru berjinak ngan myR.Memang sedap dan senang.Kiranya sekali harung jer menu.Meh kita semak resepi.Resepi kat bawah ni saya dah simplify supaya senang korang nk rujuk, versi asal sila klik pada link tuan tanah kat myR tuh.
    Simple jer..pic pun amek ngan henpon jer ni..Anak saya suka drumstick yg seketul camni.Kalau potong tak jadi drumstick kata depa haha

    RESEPI NASI AYAM MUDAH.
    Rujukan : MyR (nadia)
    Sumber : LiNa Pg

    BAHAN-BAHAN
    SUP

    • 1 ekor ayam potong 12 (cuci bersih)
    • 1 sup bunjut
    • 2 sb mentega/minyak
    • 1/2sk serbuk lada putih (LiNa Pg tak letak)
    • 1/2 inci halia (tumbuk)
    • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
    • 1 batang kulit kayu manis (LiNa Pg tambah rcp asal tadak)
    • 1 kuntum bunga lawang (LiNa Pg tambah rcp asal tadak)
    • 2 kiub ayam maggie
    Cara-Cara:
    1. Panaskan mentega, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
    2. Masukkan ayam, kacau sebentar untuk kecutkan ayam.Tambah air hingga paras yg diinginkan(kena lebih dari sup biasa sebab nak guna untuk nasi)
    3. Masukkan sup bunjut dan kiub ayam.
    4. Masak hingga ayam empuk.
    AYAM
    Bahan-Bahan:
    • 12 ketul ayam (dari sup)
    • 2 sb kicap pekat manis (boleh tambah/kurang)
    • 2 sb sos tiram (boleh tambah/kuranf)
    • 2 sb madu
    CARA:
    1. Keluarkan ayam dari sup.Perap ngan semua bahan.(Perap selama 30min)
    2. Goreng secara deep fry. (Goreng sekejap jer sebab ayam dah masak).Angkat dan toskan
    NASI
    Bahan-Bahan:
    • 4 cawan beras
    • 4 cawan sup
    • 2 helai daun pandan simpul
    • Kunyit/kaler kuning (jika suka)
    Cara:
    1. Satukan semua bahan. Masak seperti masak nasi biasa
    KUAH KICAP
    Bahan-Bahan:
    • 1 ulas bawang putih (tumbuk/mayang)
    • Lebihan jus perapan ayam (pas goreng jgn buang bahan perapan tuh)
    Cara-Cara:
    1. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan lebihan perapan ayam.Tumis sekejap.
    2. Tambah 1 cawan sup ayam.
    3. Boleh tambah kicap, sos tiram (jika suka)
    SOS
    Bahan-Bahan
    • 1 ulas bawang putih (blend)
    • 1 ulas bawang merah (blend)
    • 5 biji cili merah (blend)
    • 1 biji tomato (buang biji-blend)
    • 1sb cuka
    • 1 cawan sup ayam
    Cara-Cara:
    1. Satukan semua bahan dan dimasak atas api sekejap.Dah siap
    ******************************************************************
    selit RVC kemarin nyer order hihi...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...