Tempahan Kek Raya - Edisi Tertunggak

By LiNa_Pg - Saturday, August 17, 2013

Assalamualaikum..
Ramadan telah berlalu..Syawal pun sudah menjelma...n3 masih belum timbul huhu.Itulah bila dah terbiasa menyepi..kemalasan update semaikn menjadi2.Hari ni pun nak tayang order kek jer.Asa jugak tempahan kek yg tak sempat nk snap sebab kastemer datang pick up awal pagi...
Kepada sesiapa yang berminat untuk tempah kek open house boleh inbox saya di fb Malina Lina Pg atau e-mail kepada saya (e-mail addrs ada kat side bar)

 Kek Buah Kukus Lembab, mendapat carta tertinggi time raya ni.Alhamdulillah..berbalaoi kukus selama 4jam, bila kastemer kata kek ni sedap.Bukan saiz mini ya..Ini loyang 9in.Berat anggaran 1.5-1.6kg
 Kek Buah akan tahan lama jika disimpam dengan betul.Sila simpan dalam bekas kedap udara supaya kek tidak kering.InsyaAllah kek akan bertahan selama sebulan (pada suhu bilik), 3 bulan dalam peti ais.Kalau di bahagian sejuk beku insyaAllah selama 6 bulan.(Tapi pelu dikukus semula atau masuk microwave bila nk makan)
Kek Buah menghala ke Melaka, RVC ke Terengganu dan Kek HawFlake ke Seberang Tanah Besar.RVC telah sampai dalam keadaan baik walaupun perjalanan cuaca panas.Disimpan dalam peti ais bergerak hehe
Kek Karamel, Super Moist Choclate Cake, RVC, Kek Buah Kukus.Bagus betul kastemer saya semuanya sporting time raya suma self pick up sebab saya tak sempat nk hantar.Maklumlah keje sorang..mana nk buat kek lagi n despatch lagi.Terima kasih buat semuanya.Alhamdulillah semuanya berpuas hati dengan kek masing2.
3 biji kek karamel, tempahan selepas raya (2 ari lepas) Walaupun mood membaking masih lemau gigih buat jugak untuk tidak menghampakan harapan mereka.Mabe ada jamuan/open house kot.Kesian pulak sebab masa kat kampung sudah ada yg PM nk order.Terima Kasih buat semuanya...Alhamdulillah syukur ya Alla atas rezekiMu

  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. Mood membaking masih lemaunye Lina... samalah dengan saya, kejap lagi nak siapkan tempahan mango casablanca, buka sekolah nak siapkan kek lapis pulak... waiting list punya (tempahan lepas raya, yang tak dapat sebelum raya hihihiii)... ibu jari masih rasa sakit sebab entah berapa ratus kali menekan2 puluh2 biji kek lapis guna sterika kek sebelum raya hari tu.

    ReplyDelete
  2. @Amie
    Walaupun mood lemau tp buat jugak kak amie..rezeki jangan ditolak.Lagipun tak baik menghampakan harapan orang.
    Wah banyak tul order kak amie..mesti yg kempunan tak dapat kek sebelum raya.Ni kes lambat order hehe

    ReplyDelete
  3. kita serupa lemau2 tapi kesian punya pasal buat lah jugak kan, betul kata Lina rezeki jgn di tolak, amboiii Amie bnyak nya menerika kek lapis mesti banyak masyukkk kan

    ReplyDelete
  4. salam kak..

    banyaknya tempahan..seronoknya..moga murah rezeki..selamat hari raya dan maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  5. kek buah,kek karamel,rvc yg akak buat,suma dah try kecuali hawflake tu..bila agaknya dapat merasa ye..hehe

    ReplyDelete
  6. @Bicara Kak Noor
    Tu la kak noor lemau2 pun gigih buat jugak

    ReplyDelete
  7. @Bbwana adienia
    wslm wana..alhamdulillah rezeki..
    terima kasih wana, selamat hari raya buat wana sekeluarga

    ReplyDelete
  8. @ezzyra
    Kek hawflakes ni kakda pakar dek, kakna wat pas makan yg kakda punya..sedap ada rasa masam2 manis gambir tuh

    ReplyDelete