Resepi Asam Rebus Ikan Kembung Dan Tempahan Kek Karamel Coklat Moist

By LiNa_Pg - Friday, December 20, 2013

Assalamualaikum...
Sebenarnya ni adalah n3 basi..dah lama buat termiss lak nk buat n3...selalu kalau membaking dan post gambar kek kat fb, ramai la yg minta resepi kek, jadinya n3 kek potong Q.Selongkar dalam folder adalah gambar ikan ni...kalau tak silap buat asam rebus ni time hujan mencurah2 membasahi bumi Pulau Mutiara ni..la ni cuaca pun bertukar dengan panas lit2 hehee..
Okey jom kite semak resepi

walaupun simple, tp sedap ni hirup kuah sampai licin

RESEPI ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
Kongsi Bersama : LiNa Pg

Bahan-bahan:
3 keping ikan tenggiri (LiNa Pg gn ikan kembung)
600ml air
1 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
2 biji tomato - belah 2
7 biji kacang bendi - buang tangkai & ekor
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
5 biji cili merah - buang biji
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit belacan

Cara:
1. Masukkan air di  dalam periuk. Masukkan semua bahan kisar, serai dan asam gelugur.
2. Biarkan  masak hingga mendidih.
3. Masukkan ikan tenggiri dan masak lagi selama 5 minit. Kemudian masukkan tomato.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Selit gak order kemarin.Sebiji ajer pon hihiiii
Kalau berminat nak rasa boleh order yea...

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Hohooo... resepi paling simple , tapi menambah nasi dua tiga pinggan...

    tabik kat Lina masih lagi aktif terima tempahan, kita ni... rasanya nak gulung tikar he heheh

    ReplyDelete
  2. Mak sye punye resepi plak
    4 ekor ikan kembung
    Halia
    Kunyit
    Bwg merah
    Bwg putih
    Cili
    Asam keping 2
    5 kuntum bunga kantan
    1 biji nenas

    Cara2: kisar sume bumbu(bwng, cili, halia, kunyit) kemudian rebus nenas smpai didih, pas2 msukkn bhn yg dikisar td brsama asam keping tggu smpi didih kmudian msukkn ikan dan bunga kantan. Garam secukup rasa. Sedia dihidang ermm...dap 😊

    ReplyDelete