Resepi Tom Yam Kung (Tom Yam Udang)

By LiNa_Pg - Thursday, March 05, 2015

Assalamualaikum...
Sejak pandai buat tom yam ni..tiap2 minggu asyik buat buat tom yam jer hahaaa..Kalau makan tomyam tu mmg biasa sangat dah tiap2 mggu mesti makan (tapi kat kedai punya) sbb si sulung tu suka sangat makan tom yam.Kalau dulu asyik fail jer buat.Tapi skrg ni cam kemaruk tul ngan tom yam..skrg ni rasa macam xheran dah Tom Yam kat Siam Express haha..Dashyat tul penangan tom yam resepi orang Bahrain ni hahaaa...tenkiu Maz..Kali ni buat guna udang besau gedabak.Sangat puas ati..terkujat bila en.suami kat 8 ekoq udang ni harga rm42.Mak ai..mahainya..Alhamdulillah berbaloi udang mahai dapat makan tom yam sedap..Kalau tidak...masak la tinge muahahaaaa

Sedapnya...hirup kuah sampai licin...
RESEPI TOM YAM SEAFOOD
By: LiNa Pg
Sumber : Maz IlhamDapur

Bahan-bahan
  • 8 ekor udang saiz besar 
  • 2 batang serai - ketuk 
  • 2 inci lengkuas - hiris nipis/ketuk 
  • 2sb pes tomyam - maz guna pes thai yang dalam botol tutup biru (LiNa pg pun sama gak)
  • 1/3 cawan santan (LiNa Pg gn 1/4cawan)
  • 5-6 helai daun limau purut 
  • 1 biji limau nipis - amik jus
  • 1 biji tomato belah 
  • 1 labu bawang besar - belah 8 
  • 2-3 biji cili padi - ketuk 
  • daun ketumbar 
  • garam dan gula/perasa secukup rasa 
  • 2 sb sos ikan (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)
  • Air
Cara
  1. Masukkan serai dan lengkuas ke dalam periuk bersama 2-3 cawan air (bersesuaian dengan bahan rempah dan santan). 
  2. Kemudian masukkan santan dan masak hingga mendidih sambil dikacau sekali sekala.
  3. Masuk semua bahan lain dan udang kecuali daun ketumbar
  4. Perasa secukup rasa biar ada rasa masam sikit dan udang masak dalam 4-5 minit.
  5. Padamkan api dan tabur daun ketumbar.

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. saya pun suka tomyam gak. kalau boleh setiap malam buat. hahahaha :D

    ReplyDelete
  2. @Umi Nazrah
    Hahaaa tu la bila jumpa rcp yg kena ngan selera mesti buat berulang kali..

    ReplyDelete
  3. alahai, sedapnya nampak..wana ni peminat tomyam..tak kisah tom yam apupun..janji tom yam..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap wana tom yam ni..harus cuba tu hihiii

      Delete
  4. Amboiii sopannya udg dia posing...Alhamdulillah kena dgn slera lina sklrga...kita pun kerap jgk duk menumyam..mnu cepat dan sedappp...buat sdrik ni memang jimat deh...pastu satni ingat nk wak tomyam plok..last2 tkar mnu...ni kli ke 3 dh komen..asik xlepas je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish...ish...awat lak x lepas komen.Ada kesilapan teknikal gamaknya
      Dah byk kali ulang siar tomyam ni.Cuma x snap jer..kali ni snap sbb udang besau hihii

      Delete