Mi Goreng Sempoi Yang Sedap

By LiNa_Pg - Tuesday, December 08, 2015

Assalamualaikum....
Mi Goreng jer n3 arini?hihi..cam tadak benda lain nak post kan?Jangan pandang lekeh pada mi goreng, sbb kadang2 resepi yg kita selalu buat belum tentu tip top..Saya sndri pun tak ada resepi khusus untuk mi goreng.Main campak2 ajer.Bila boring ngn rasa yg campak2 tu saya mulalah gugel cari resepi yg lain.Walaupun hanya mi goreng, nak jugak ada kelainan..kalau asyik versi sama, bosan jugak kan?Kalau bukan time cuti sekolah masih ok lagi.Jarang2 makan mi..Tp musim cuti kerap sangat mi goreng, bihun goreng.Kalau bukan untuk sarapan pagi..Jadi santapan makan malam pulak.Cari punya cari resepi mee goreng ni terjumpa kat rumah kak AZIE KITCHEN.Tektur mi goreng yg saya suka, ada kelainan bila letak sos tomato saat akhir tu.Nak tau apa beza dari segi rasa, kenalah cuba sndri hehee.Thanks kak azie

Mi Goreng Sempoi LiNa Pg
mi Goreng ni basah2 siket dan bersalut.
Snap terus dari kuali, tak sempat nak posing cantik2.Snap gn HP jer dah la pagi2 lagi, agak gelap siket.Tapi xpe la janji ada gambar dan boleh tepek resepi untuk rujukan anak cucu.

RESEPI MI GORENG

Bahan bahan:

  • 1 pek mee kuning
  • Ayam atau daging - potong kecil
  • 10 ekor udang saiz sederhana
  • 4 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Sayur sawi
  • Garam
  • Kicap
  • Sos tomato
  • Sos cili

Bahan Hiasan

  • Cili merah - hiris
  • Daun bawang - hiris (Lupa plak nk letak)
  • Bawang goreng
  • Limau nipis/limau kasturi - hiris

Cara cara:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili garing. Masukkan ayam atau daging. Masukkan sedikit air dan goreng lagi hingga masak.
  2. Bila ayam masak, masukkan garam, sos tomato, sos cili. Jika mahu masukkan buah tomato yang dipotong 4, boleh juga dimasukkan masa ini. Kacau rata dan biar agak berkuah pada masa ini. Kuah ini yang akan menyerap dan melembutkan mee nanti.
  3. Masukkan mee kuning ke dalam kuali dan tuangkan sedikit kicap dan sayur sawi. Pada masa ini bolehlah ditambahkan lagi sos tomato. Masak sehingga kuah menjadi kering dan mee pun lembut dan bersalut dengan perencah.
  4. Boleh lah diangkat apabila sayur sudah layu. Masa dihidang, taburkan cili merah, daun bawang dan bawang goreng. Akhir sekali sebelum dimakan, perah sedikit air asam limau nipis. Tanpa air limau nipis, mee goreng menjadi tidak lengkap pada selera saya

  • Share:

You Might Also Like

0 comments