kek

Kek Red Velvet Indulgence

By LiNa_Pg - Tuesday, September 27, 2016

Assalamualaikum...

Red Velvet Indulgence kek kawen campur lagi.Kali ni saya gabungkan kek kegemaran kami iaitu Red Velvet dan Indulgence Cheese Cake.Hasilnya wallaaaaa mmg mabeles kebaboom.Bayangkan rasa masam manis RV tu disatukan dengan cream cis dan coklat...fuh sangat heaven.
Kek istimewa ni khas untuk insan istimewa iatu my lovely husband..on his birthday...Happy birthday abang..semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu...muah..muah..
resepi red velvet
Simple deco..asalkan sedap mata memandang
 Nak rasa??bak mai piring hihi...nak order?boleh ajer..meh PM tepi..wasap2 pun boleh gak.kek agak sememeh siket sebab x nyabor nak ngap..walaupun gambar kurang cantik..tp rasanya sungguh sedap.

MOIST RED VELVET RESEPI
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-bahan

  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko 
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah (LiNa Pg gn red bright)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas 
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Cara-cara

  1. Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar (LiNa Pg gn susu cair jer)
  2. Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  3. Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  4. Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus.(LiNa Pg bakar suhu 150'C selama 50min) 

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Uihh..padan dengan nama tu, nampak sungguh menyelerakan. Tambah lagi SB ni peminat tengok gambar kek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai nama dan rasa tau SB..walaupin rupa tu kureng siket hahaa

      Delete
    2. As slm Malina ni klina blh lihat blog mskan kamu ...

      Delete