Nasi Daging Air Asam Resepi Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Tuesday, October 18, 2016

Assalamualaikum
Juadah ahad lepas lagi ni.Wk end ditemani hujan lebat, jd kami tak ke mana2.Dok kat umah makan dan layan tv jer.Alang2 semua ada, mama dia rajin siket buat nasi berperisa.Tak susah mana pun.Lagi pun Nasi Daging dah ada lauk siap2 kat dalam tu.Buat air asam kira dah setel la hihi.Tapi disebabkan en.husband x boleh sangat makan daging, so saya buat jugak lauk sampingan ayam.Kalau nak tengok resepi Nasi Daging versi terdahulu boleh tengok SINI 
Kali ni saya buat Nasi Daging Berempah jugak tapi resepinya lebih ringkas dan cepat jer siap.Yg penting sedap.
Dapur agak gelap sebab hujan sepanjang hari.So gambar x berapa nak clear.Tak pe la kan nak buat camana...Asalkan boleh tepek resepi kira orait la tu

Nasi Daging, masak nasi daging guna dapur gas, cara buat air asam, air asam budu
Gandingan mantap Nasi Daging Dan Air Asam Budu.Simple yet tasty..kalau korang sukakan lauk yg banyak boleh jer tambah ayam masak merah jugak.

RESEPI NASI DAGING BEREMPAH 
By : Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan - Bahan  
  • 3 cawan beras basmati  
  • 3 1/2 cawan air rebusan daging/air biasa
  • 200g Daging (hiris nipis)
  • 1/2 cawan susu cair 
  • 2 sb mentega 
  • 1 sudu besar RSSTM jadikan pes (Boleh gantikan dgn serbuk sup)
  • 1 labu bawang besar (cincang halus)
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • sehiris halia (mayang halus)
  • 2 helai daun bay 
  • 1 helai daun pandan simpul 
  • 1 kiub ayam 
  • Rempah 4 beradik. 
  • Kismis, gajus, daun pudina (untuk hiasan)

Cara-Cara

  1. Beras basmati dicuci bersih dan rendam selama 20-30min.Kemudian toskan
  2. Panas sedikit minyak/butter, tumiskan rempah 4 beradik dan juga bawang besar, bawang putih,halia,daun bay, dan daun pandan hingga naik bau.
  3. Masukkan rempah sup (atau RSSTM)Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan hirisan daging, kacau sebati dengan rempah hingga daging kecut (berubah warna menjadi pucat/putih)
  5. Tambah air, susu cair cair dan juga kiub ayam biarkan hingga mendidih.
  6. Masukkan beras basmati dan kacau sebentar.Biarkan nasi kering (sambil kacau sekali sekala untuk mengelak nasi berkerak di bahagian dasar periuk)
  7. Bila nasi kering, kecilkan api.Masak nasi seperti biasa.Bila nasi masak, tutup api. Gembur2kan nasi menggunakan garfu.Taburkan daun pudina, kismis dan gajus.Tapi LiNa Pg xde aksesori kali ni..cuma taburkan daun ketumbar ajer.

Nasi Daging Sedap, Resepi Nasi Daging, Nasi Daging LiNa Pg
 Nasi Daging live dr periuk..ekceli ni daging korban yg kakak ipar bagi.Agak lama tersimpan.Tapi masih kekal manis dan fresh
air

AIR ASAM BUDU MABELES
By Malina LiNa Pg
Asal ct zaliedana

Bahan Kisar/Tumbuk 

  • 3 biji cili padi (tumbuk/kisar)
  • 2 biji cili merah (tumbuk/kisar)
  • Sedikit Belacan Bakar (tumbuk/kisar)
  • 1 labu Bawang Besar hiris nipis 
  • 1 Biji Tomato dadu/Hiris nipis 
  • 1 biji Cili Merah hiris nipis 
  • 2 biji Cili Padi Hiris 
  • Air Asam Jawa Secukupnya 
  • 1 biji Air Perahan Limau Kasturi 
  • 1 Sudu Besar Sos Ikan 
  • 1sudu Besar Budu 
  • Garam dan Gula/perasa secukup rasa 
Cara Penyediaan: 
  1. Campurkan smua bhn yg dihiris dengan bahan kisar kasar (LiNa Pg tumbuk jer) bersama budu, air asam jawa dan sos ikan gaul sehingga sebati. 
  2. Perahkan jus limau.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Simpan sekejap dalam peti ais supaya mesra semua bahan.
  3. Sedia untuk dihidang bersama Nasi Daging atau ikan bakar, kerang rebus dan sebagainya

  • Share:

You Might Also Like

1 comments