Friday, October 13, 2017

New Side Widget...Belanja Klik Satu Kali Okey

Assalamualaikum...
Minggu depan sepanjang cuti Deepavali dan cuti sekolah tuan umah kebizian, kena setelkan hal keluarga.So, blog mmg tak terupdate lah sepanjang satu minggu okey.
Tuan umah tinggalkan satu pesanan kepada tetamu tersayang, minta belanja SUBSCRIBE youtube Channel LiNa Pg.Nanti u olls boleh layan resepi version video plak hehee..Okey daaa..Happy Holiday you olls
Kat atas tu ya..right top corner
Lagi mudah klik SUBSCRIBE CHANNEL LiNa Pg

Tenkiu semua..Sokongan padu dari u olls membakar semangat saya untuk terus berkarya (berkarya keeee?memasak la..Cook WIth Passion and patient too hahaaa)

Thursday, October 12, 2017

Pulut Serunding Kelapa

Assalamualaikum...
Pulut Serunding Kelapa Leftover nama dia.Ekceli Serunding Kelapa ni LiNa Pg guna dari hasil lebihan Kuih Cucur Badak yang dibuat tempoh hari.Maklumlah pestaim buat tersalah bajet.Mula2 plan nak buat pulut panggang tapi termalas pulak nk membalut dan membakar pulut tu.So,kita buat versi pulut serunding ajerlah.
Ya Allah sedap sungguh la la haih...Inti tu saya panaskan sekejap dalam microwave sebelum di serve bersama pulut.
Untuk pulut tu pulak saya guna resepi Pulut Inti so,resepinya hanya suaipadan gitew hahaa..yang penting sedapppp dan tak membazir.
PULUT SERUNDING
By: Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/ 
Bahan - Bahan:  
  • 1 cawan beras pulut 
  • 1 cawan santan cair
  • Garam 
  • Gula  
  • Daun pandan simpul  
Cara-Cara:  
  1. Cuci beras pulut hingga airnya jernih.LiNa Pg rendam sekejap ~15min.Kemudian toskan 
  2. Satukan santan, garam,gula ke dalam periuk kacau sehingga garam dan gula hancur.Sambil tu korang rasalah ok ke x
  3. Masukkan daun pandan dan beras ke dalam periuk berisi santan.Masak kat atas dapur gn api kecik.LiNa Pg gn api paling bawah.Time masak ni wangiiii sebab ada aroma daun pandan Kacau sekali sekala untuk mengelakkan pulut berkerak kat dasar  
  4. Bila pulut dan kering, kecilkan api (mcm masak nasi) tunggu hingga pulut betul2 masak.Dah siap  
Serunding Kelapa (LiNa Pg guna lebihan Inti cucur Badak)
Bahan-Bahan
  • 1/2 biji kelapa parut putih 
  • 2 sudu besar udang kering (tumbuk kasar) 
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk) 
  • 1 batang serai (tumbuk) 
  • 1 ulas bawang merah (tumbuk) 
  • 1/2 cm halia (tumbuk) 
  • 1 cm kunyit (kunyit) 
  • 2 sudu besar cili giling 
  • 2 sudu besar gula (atau secukupnya) 
  • Sedikit garam 
  • Minyak  
Cara-Cara 
  1. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk hingga garing, masukkan cili giling tumis hingga pecah minyak 
  2. Masukkan garam dan gula.Kacau rata. Masukkan kelapa parut,gaul sebati.Kacau hingga Inti kering.Sesuaikan rasa biar ada rasa sedikit pedas, manis2 dan masin.Tutup api.Ketepikan.Hidangkan bersama Pulut

Wednesday, October 11, 2017

Kerabu Beko Sedap Dan Unik Rasanya

Assalamualaikum...
Beberapa hari tak bersiaran sebab tuan rumah kurang sihat, demam2,selsema dan batuk.Ya Allah lama sungguh tak demam..Allah bagi sakit untuk menghapus dosa..amin.Hari ni juga anakanda saya Nisa menduduki Peperiksaan PT3 kertas terakhir semoga kakak dapat menjawab soalan dengan tenang dan beroleh kejayaan yang cemerlang.
Okey berbalik kepada tajuk n3 hari ni, Kerabu Buah Beko ni saya buat pada hari sabtu lepas..tu pun jenuh tanya kawan2 kat fb dan ig camana caranya untuk buat kerabu.Sebabnya bila saya gugel cam complicated siket kaedah penyediaannya..kerana perlu dicuci dan dibakar terlebih dahulu.Ada setengahnya direbus/celur.So, saya memang blank tak tahu baiklah bertanya kepada yang lebih arif.Kalaulah arwah bonda masih ada sudah semestinya beliaulah saya akan call dan menjadi pakar rujuk...(tetiba sedih pulak)Al-fatihah buat bondaku Rubiah bt Deraman.
Buah Beka ini juga dikenali sebagai Buah Bonglai..pokoknya tinggi (jenis pokok kayu) saya tengok gambar dari Dedaun Alam  sebabnya saya sendiri tak pernah tgk pokok dan buah yang real.Buah Bekor ni husband beli dari Pasar Malam Bayan Baru.Harganya boleh tahan mahal RM6 sekeping (sekeping ke apa ntah penjodoh bilangan untuk Buah Beko ni)
Untuk membuat kerabu Beko yang merujuk kepada blog KakWan (Pakar Masakan kelantan dll) 
Masakan Authentic
Ya Allah..sedap sungguh la Kerabu Beko ni..pertama kali saya makan ni tau.Walaupun kaedah penyediaannya agak rumit, tapi sungguh berbaloi sebab anak2 jugak suka makan Kerabu Beka ni
Ini rupa buah Bonglai/Buah Beko/Buah Beka/Buah Bekor sebelum diproses.Cam tali pinggang pun ada haha...

KERABU BEKO
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan Bahan
1 keping buah beko/buah beka/buah bonglai
1 cawan kelapa parut putih (sangai)
2 ekor ikan selayang (rebus)
1/2 cawan santan (LiNa Pg panaskan sebentar dalam microwave)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 cm halia (tumbuk)
1 batang serai (tumbuk)
1/2 labu bawang besar (mayang halus)
2 biji cili padi merah (hiris nipis-jika suka pedas)
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Sedikit perasa
Jus limau kasturi

Cara
  1. Buah beko dibakar atas api hingga kulit luarannya melepoh/menggelembong dan kehitaman.
  2. Lalukan pada air paip sambil kikis/buang kulit yang hitam.
  3. Hiris nipis.Masukkan ke dalam bekas yang besar.Ketepikan sebentar.
  4. Ikan direbus hingga masak (LiNa Pg perasakan secukupnya dengan garam,gula dan asam keping)Asingkan tulang dan ambil isinya.Ketepikan
  5. Tumbuk kasar halia,bawang merah dan serai.Kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk.
  6. Masukkan serbuk lada hitam,perasa,garam dan jus limau kasturi.Ketepikan sebentar.
  7. Sementara itu, sangai kalapa parut hingga kekuningan kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi.Gaul rata.
  8. Ambil mangkuk yang berisi buah beko yang hiris nipis tadi,masukkan hirisan baang besar.Kemudian masukkan serunding kelapa+isi ikan tadi.Gaul rata.
  9. Masukkan santan (yang telah dipanaskan sebentar dan gaul rata.Sesuaikan rasa.Jika suka pedas tambah cili padi.Kerabu Bekor sedia dihidang

Untuk lebih jelas, boleh refer YouTube LiNa Pg

Friday, October 6, 2017

Resepi Cucur Badak Mudah Dan Sedap (Sukatan Cawan)

Assalamualaikum...
Bersiaran di pagi Jumaat..n3 ringkas sahaja.Hari ni saya nak kongsikan resepi Kuih Cucur Badak.Ekceli beli keledek ni nak buat inti karipap, pastu cam malas pulak..tuka plan nak buat Cek mek molek..x jadi jugak..last2 buat cucur badak..kebetulan en.suami ada belikan kelapa parut putih..so,kita buat Kuih Cucur Badak la pulak..kuih sovoury gitew..sedikit pedas dan manis2 hujungnya hehee.Kesian betul kuih ni..keledek punya barang tapi Badak yang dapat nama kan huhu...Sapalah tukang boh surat beranak kat kuih ni..tak patut tak patut...Ok jom kita semak resepi
Serba oren-orenan..dah la guna ubi keledek oren.inti pun..oren2 jugak.Apapun Kuih Cucur Badak ni mmg sedap..makan panas2 lagi terangakta..pekena plak ngn teh O,mmg layan abes..Kalau malas nk buat inti,just masukkan gula putih.So jadilah Kuih Cek Mek Molek..senang kan
KUIH CUCUR BADAK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/

Bahan A (Doh)
  • 2 ketul ubi keledek (rebus empuk bersama sedikit garam)
  • ~1 cawan tepung gandum
Bahan B (Inti)
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 2 sudu besar udang kering (tumbuk kasar)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 batang serai (tumbuk)
  • 1 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1/2 cm halia (tumbuk)
  • 1 cm kunyit (kunyit)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar gula (atau secukupnya)
  • Sedikit garam
  • Minyak 
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk hingga garing, masukkan cili giling tumis hingga pecah minyak
  2. Masukka garam dan gula.Kacau rata.
  3. Masukkan kelapa parut,gaul sebati.Kacau hingga Inti kering.Sesuaikan rasa biar ada rasa sedikit pedas, manis2 dan masin.Tutup api.Ketepikan.
Cara Buat Doh
  1. Ubi keledek dilecek halus, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.Uli hingga adunan tidak melekat di tangan (tak perlu habiskan tepung)
  2. Ambil sedikit doh anggaran sebesar bola golf, leperkan dan masukkan inti.Tutup semula doh.Leperkan.
  3. Buat hingga doh dan inti habis.
  4. Panaskan minyak dan goreng kuih cucur badak menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.

KUIH CUCUR BADAK VERSI YOUTUBE.JANGAN LUPA SUBSCRIBE

Monday, October 2, 2017

Rendang Ayam Mudah Dan Sedap (Tidak Menggunakan Rempah)

Assalamualaikum...
Pasti ramai yang suka makan Rendang kan?Tapi teragak2 untuk mencuba buat sendiri sebab takut tak menjadi.Jangan takut untuk mencuba tak cuba kita tak tahu kebolehan diri sendiri.Kali ni saya ingin kongsikan satu resepi Rendang Ayam yang cukup mudah dan sedap.Kalau selalunya saya buat rendang daging, tapi ni guna ayam pulak sebab husband ada masalah gout so,kita guna ayam pulak.Resepi rendang kali agak mudah dan cepat sebab tak perlu tumis semuanya main lebur dalam periuk dan kacau jer hingga terbit minyak.Bahan2 yang digunakan untuk memasak rendang ni sangat simple cuma menggunakan bawang,halia,serai,lengkuas dan kunyit..santan dan kerisik tu of kos la kan?saya masak rendang ni untuk makan bersama nasi lemak sarapan pagi kemarin, merangkap dinner jugak la.Pg ni ada seketul ayam belen kuah siket lagi boleh cicah roti...Alhamdulillah tak basi pun.
Rendang banyak variasi ada rendang minang, ada rendang padang, rendang yang tumis segala bahan kisar pun ada jugak..saya sendri dah mencuba pelbagai jenis rendang..Alhamdulillah ini paling sempoi, cepat siap dan rasanya pun sedap.Paling penting mesa kanak2 biasalah orang ada anak kecik yang cerewet ni kenalah ikut tekak anak jugak.Okey lah panjang bebel hari ni.Kita semak resepi.
Kemalasan siket nk snap gambar beriya..so cincai2 ajer la sbb perut dah lapar haha...gigih buat video ni n post ke youtube.Jangan lupa subscribe Channel LiNa Pg ok

RENDANG AYAM SEDAP DAN MUDAH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
  • 10 ketul ayam
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1cam halia (kisar)
  • 1cam lengkuas (kisar)
  • 1inci kunyit (kisar)
  • 1 batang serai (kisar)
  • 3 batang serai (titik)
  • 3 helai daun limau purut (carik2/racik halus)
  • 1 asam keping
  • Garam,gula/perasa
Cara-Cara
  1. Satukan ayam ke dalam periuk,masukkan bahan kisar,cili giling,santan,serai yang dititik dan kerisik.
  2. Gaul sebati dan masak menggunakan api kecil/sederhana.
  3. Bila ayam separuh masak,tambah asam keping dan garam dan gula.Tutup periuk dan kacau sekali sekala.
  4. Bila ayam hampir empuk,masukkan daun limau purut/daun kunyit.Reneh hingga pecah minyak dan kuah pekat.
  5. Tambah daun limau purut yang diracik halus.Tutup api sedia dihidang.

Rendang Ayam LiNa Pg

Friday, September 29, 2017

Cucur Nasi Lembut,Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum...
Ada lebihan nasi sejuk tapi tak tahu nak buat apa?Kalau banyak boleh buat nasi goreng, kalau rajin bleh buat apam nasi.Kalau nak makan cepat dan kerajinan ala2 sendu jer..buat ler cucur nasi makan panas2 tambah musim ujan ni memang sedap la..Tak payah cicah apa pun mmg dah cukup sedap dah.Kali ni LiNa Pg buat yang paling sempoi jer...apa sayuran pun tak masukkan,hatta bawang pun x hiris...haaaa nampak tak tahap simple tuh camana..Okey lah hari ni kalut siket sebab Jumaat so n3 pendek2 jer la.Jom semak resepi.
Pic ni LiNa Pg snap guna hp jer...seadanya lah...malas nau nak guna kamera.Asalkan jelas kira okeylah kan
Cucur Nasi Mudah, Sedap Dan Kekal Lembut
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
  • 1 cawan nasi sejuk
  • 1 cawan air suam(anggaran)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh yis (LiNa Pg guna saf instant)
  • Sedikit garam
Cara
  1. Satukan tepung gandum,yis dan baking powder.Gaul sebati
  2. Satukan nasi sejuk,garam dan kiub ikan bilis bersama 1 cawan air suam ke dalam pengisar.Kisar hingga halus.
  3. Tuang bahan kisar ke dalam adunan tepung.Gaul rata.Biarkan seketika (~10min)
  4. Panaskan minyak dan goreng cucur hingga kuning keemasan.Sedia dihidang.
  5. Nota kecil LiNa Pg :- boleh juga ditambah ikan bilis, hirisan bawang besar, sayuran seperti karot, kucai dan sebagainya jika suka.Resepi ni adalah paling ringkas

Wednesday, September 27, 2017

LiNa Pg YouTube Channel

Assalamualaikum...
Sesajer seronok testing 'mainan baru' hehee..kemarin belajar2 buat video sambil buat editing then upload ke IG.Alang2 dah ada video yang tuan dia perasan2 cam not bad tu..saja2 gatai tangan upload ke Youtube jugak la...Ekceli resepinya sangat mudah jer...Ala Rasam Telur yang post petang kemarin tu...Video baru siap edit..
Bagi yang berminat boleh subscribe channel youtube LiNa Pg yea..senang siket..kalau nak upload video dalam blog ni mesti berat.Okey happy watching

Rasam Telur

Tuesday, September 26, 2017

Rasam Telur Resepi Ringkas Tapi Sedap Membuka Selera

Assalamualaikum...
Rasam Telur ni dah tak tahu berapa kali ulang siar dalam blog TMK.Seingat saya pertama kali mencuba, anak2 tengok pelik dan seakan takut nak cuba makan..tapi sekali dah merasa terus suka..So,mama dia apa lagi keep repeating la kannnn hahaa.Lagipun resepinya sangat ringkas dan mudah.15min pun boleh siap.Bagi yang belum pernah merasa keenakan rasam telur ni, bolehlah cuba..xcuba tak tahu..No harm to try ok..kos pun murah ajer heheee....Ok lah saya agak rajin siket untuk CnP resepi ni biarpun dah berulang2 kali membuatnya...Resepi ni jugak saya pernah kongsikan dalam Majalah Aroma lupa dah keluaran bila.Kali ni saya snap gambar guna hp jer.Memula cam malas nak post tapi bila tengok gambar pun acah2 comey jugak w'pun guna hp cap ayam jer heheee...

RASAM TELUR
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Asal ct zaliedana
Bahan-Bahan: 
3 Biji Telur (LiNa Pg gn 5 biji telur B) 
1 sudu teh Jintan Putih Biji (Tumbuk) 
1/2 Sdt Lada Hitam (Tumbuk) 
2 Ulas Bawang Putih (Tumbuk) 
4 Ulas Bawang Merah (Tumbuk) 
2-3 Tangkai Cili kering (potong dlm 1 inci) 
1-2 tangkai daun kari 
2 ulas bawang merah (mayang halus) 
1/2 sudu besar Pati Asam Jawa (atau secukup rasa) 
1/2 Kiub Pati Ayam 
Sedikit serbuk kunyit (untuk bagi nampak yellowish sket) 
Air Secukupnya 
Garam Secukup Rasa 
Minyak Utk Menumis 
Cili padi (jika suka-rcp ori tak letak cili padi) 

Cara-Cara 
Tumis hirisan bawang merah hingga garing, masukkan daun kari dan juga cili kering.
Tumis sekejap hingga nak bau. Masukkan bahan kisar/tumbuk tumis hingga pecah minyak dan naik bau, Masukkan semua bahan kecuali telur.
Setelah kuah mendidih,pecahkan telur sebiji2 kedalam kuah. Biarkan sehingga telur masak n kuning telur keras..
Seimbangkan rasa,Tutup api 
Mmg sesuai dihidangkan dengan nasi putih,ikan masin n papadom..

Monday, September 25, 2017

Resepi Laksam Lembut Dan Licin Bila Digulung (Sukatan Cawan)

Assalamualaikum...
Bila semua berkumpul di rumah terajin lah siket nak masak masakan yang jarang2 dibuat.Cara buat laksam ni tidaklah sesusah mana, bahan pun simple hanya tepung beras, gandum dan air.Cuma kena ada kerajinan nan jitu untuk mengukus setiap satu loyang tu huhuhu..Perkara kedua yang selalu membantutkan projek laksam ni ialah MALAS ya ampun untuk perisi ikan (asingkan isi dan tulang)the rest tu sap..sap soi jer nak siapkan.
Kali ni LiNa Pg tetap gunakan resepi yang sama cuma kuah laksam tu olah sendiri jer ikut selera.
 Laksam Kelantan Set lengkap, Laksam, Kuah Lemak, Ulam dan sambal.
RESEPI LAKSAM HOMEMADE MENJADI DENGAN JAYA 
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/
Sumber Kak Ilah Dan Kak Rosa 
Bahan-Bahan 
3 cawan tepung beras  
1/2 cawan tepung gandum 
1/2 sudu teh garam (secubit garam) 
5 cawan air suam  
minyak utk lenser tudung periuk  
1 tudung periuk nipis 

Caranya 
Panaskan kukusan (LiNa Pg kukus guna kuali jer) bersama tudung periuk yg disapu minyak secukupnya, keliling tudung periuk, supaya adunan mudah lekang.
Setiap kali mengukus sapu kan minyak dan tudung tak perlu dicuci. 
Campurkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam besen. 
masukkan air suam tadi kacau sebati masukkan garam kacau lagi. 
Masukkan adunan ke dalam jag sambil2 di kacau supaya adunan tepung tidak mendap.
Tuangkan separuh dari tudung periuk seperti dalam gambar (atau boleh juga disenduk ke atas tudung periuk) 
Kukuslah sehingga gelembung baru angkat.Kalau tidak gelembung nanti laksam akan patah dan tak enak/tak masak. api ketika mengukus perlu kuat supaya tepung cepat masak. 
Utk cepat proses sejuk sila guna kipas angin sebab tudung periuk 1 sahaja. kalau ada 2,3 lagi cepat. tak menang tangan la pula nanti...hehehe.(LiNa Pg gulung terus masa tengah panas lagi)elok jer kejadiannya
Sila ulang langkah di atas sehingga habis.. sila guna cawan comel kalau keluarga kalian setakat 4-5 org makan 

Update:
Cara-Cara membuat laksam..boleh refer ke youtube channel.Subscribe yea sayang2 semua...LiNa Pg Punya Channel ni


KUAH LAKSAM SEDAP 
By Malina LiNa Pg 
Bahan-Bahan kuah laksam (5 orang makan) 
6 ekor ikan selar 
1 biji bawang besar  
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1cm halia
1/2 sudu besar lada hitam 
Sedikit belacan (LiNa Pg guna yang siap bakar)
400g santan (LiNa Pg gn santan kotak ayam brand)  
garam dan gula (atau perasa)  
2 keping asam gelugur
Air secukupnya  

Cara-Cara: 
Rebus dengan sedikit garam,gula/perasa dan asam keping rebus hingga ikan masak  
Setelah ikan masak, perisi ikan iaitu asingkan isi dan tulang (simpan air rebusan ikan)
Satukan bawang besar, bawang putih, halia,belacan,lada hitam,isi ikan ke dalam blender serta masukkan sedikit air rebusan dlm supaya senang utk kisaran.  
Masukkan bahan kisar dlm periuk,masukkan santan,asam keping, garam dan gula  
Masak dengan api sederhana hingga mendidih (kuah mestilah sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak)

Tuesday, September 19, 2017

Nasi Kerabu Lagi

Assalamualaikum...
Bila balik dari kampung (masa raya haji) terus semangat nak buat Nasi Kerabu hehee.Bukan apa sebab dah gigih kutip bunga telang dari laman Teratak Bonda,mesti teruja nak buat nasi kerabu ni.Kebiasaannya mmg selalu bertangguh jugak nak buat sbb banyak bahan lain yang diperlukan (yang selalu tak ada kat dapur) seperti Kelapa Parut dan santan segar.So,saya keringkan dulu bunga telang tu dan simpan dalam bekas kedap udara.Alhamdulillah boleh digunakan walaupun sudah berminggu tersimpan.
Kali ni Nasi Kerabu Bunga Telang yang saya buat agak ringkas sahaja iaitu Nasi, Serunding Kelapa Ikan Kelapa,Tumis,Telur Masin(kali ni beli jer)yang dulu buat sendiri.Ulam pun serba ringkas.Tapi tak ketinggalan Budu dan Sambal Jate la kannnn?Tak ada sambal jatey ni cam tak lengkap la nasi kerabu.Resepi sama juga cam yang version dulu
Serba ringkas jer kali ni.Resepi tgk kat n3 sebelum ni ya...sama jer

Thursday, September 14, 2017

Resepi Kerabu Peria Sangat Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Suka makan peria tak?Saya sendiri pun bukan suka sangat makan peria ni,tapi sebab en.suami ada masalah gout dia selalu beli sebab Peria ni sangat bagus untuk kurangkan/hilangkan asic uric yang terkumpul tu.Jadi saya kenalah olah sayur peria ni dengan pelbagai cara.Selalunya buat sayur goreng,masak lemak macam tu jer.Kali ni makan secara 'raw'hahaaa..Pahit tak?kalau ratah adalah siket rasa pahit, tapi kalau makan bersama nasi takde pun rasa pahit tu.Petua hilangkan/kurangkan rasa pahit peria ialah dengan merendam dalam air garam.Lepas tu masak macam biasa.
Okey jom kita semak resepi Kerabu Peria ni..pahit2 itulah ubat kan?Resepi cukup mudah.Kalau buat banyak simpan jer dalam peti ais.Resepi ni tidak menggunakan santan.Kalau bersantan atau menggunakan kelapa parut, kerabu tak boleh simpan lama, nanti basi.
Sedap tau..harus cuba
KERABU PERIA KATAK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
  • 2 biji peria katak saiz kecil
  • 1/2 batang karot (potong bentuk batang mancis)
  • 2 biji cili merah (hiris nipis)
  • 1/2 cawan ikan bilis (goreng garing)
  • 1/2 labu bawang besar (hiris nipis)
  • 1 batang serai (hiris nipis)
  • 1 kuntum bunga kantan (hiris nipis)
  • 3 biji limau kasturi (ambil jus)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam,gula dan perasa

Cara-Cara
  1. Peria dibelah dua, buang biji dan hiris nipis.Rendam dalam air garam (LiNa Pg rendam selama ~20min untuk kurangkan rasa pahit).Kemudian bilas dan toskan.
  2. Satukan jus limau kasturi,garam,gula,sos ikan,bawang dan hirisan cili.Sesuaikan rasa.Kena ada rasa masam,manis,masin dan sedikit pedas.Kalau nak pedas lagi tambah cili padi
  3. Masukkan karot,peria,serai dan bunga kantan.Gaul sebati.Simpan dalam peti ais selama 20min supaya kerabu mesra.Tabur ikan bilis goreng semasa menghidang.

Wednesday, September 13, 2017

Gulai Daun Kesum Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum
Hari ni saya nak kongsikan satu resepi Gulai yang sangat mudah.Gulai Daun Kesum ni hanya guna bahan basic sahaja.Tak perlu halba campur dan daun kari.Daun kesum tu wajib la letak kan?Kalauu tak, tak menjadilah Gulai Daun Kesum heheee..
Ekceli gulai daun kesum ni lebih sedap jika menggunakan udang, tapi kali ni LiNa Pg guna Ikan Bawal jer.
Okeylah takde idea nak karang panjang2, mood update blog pun x berapa nak mari, jom la kita semak resepi
Sengaja buat kuah pekat camni sebab anak dan suami suka cicah dengan roti
GULAI BAWAL DAUN KESUM 
By : Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber AllaDaud 
Bahan-Bahan: 
4 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1cm kunyit hidup (tumbuk) LiNa Pg tak letak
Sedikit halia dan lengkuas (tumbuk)LiNa Pg x letak
2 ulas bawang merah (mayang halus)
1 ulas bawang putih (mayang halus)
1 sudu besar rempah gulai bunga ros (LiNa Pg add 1sb rempah kari Babas)
1 cawan santan pekat (LiNa pg gn 200ml santan kotak) 
1 sudu besar kerisik 
2 sudu besar cili giling
Udang 6 ekor (LiNa Pg gn 1 ekor ikan bawal) 
Daun kesum secukupnya
1 biji cili merah (belah 2)
1 biji cili hijau (belah 2) 
Air secukupnya
sedikit air asam jawa 
garam dan gula/perasa 
Sedikit minyak

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang yang dimayang halus hingga wangi, masukkan bahan tumbuk.Tumis hingga garing.
  2. Masukkan cili giling dan rempah gulai bancuh dengan sedikit air (jadikan pes) masukkan ke dalam tumisan.Tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan air asam jawa dan grm secukup rasa,santan dan tambah air secukupnya.
  4. Masukkan ikan bawal dan cili merah.Biarkan sekejap hingga ikan masak.Sesuaikan rasa.Tutup api.Sedia dihidang
Gulai daun kesum ni digandingkan dengan sambal belacan goreng/sambal getuk jawa memang sedap.Tak perlu banyak2 lauk.Sekadar tambahan telur dadar sahaja sudah memadai 

Monday, September 11, 2017

Akhirnya Berjaya Buat Ketupat Daun Palas Kelantan

Assalamualaikum semua...
Dah lama berangan nak buat Ketupat Palas Kelantan ni.Walaupun kami sekeluarga ni bukan penggemar makanan pulut ni tetapi keinginan untuk belajar membalut ketupat palas tu terus membuak2.Sejak dari raya puasa lagi saya dah pesan dekat suami kalau terjumpa daun palas kat market beli la sedikit untuk saya belajar balut ketupat palas ni.Tapi nampaknya dari raya puasa dulu tak ada rezeki sebab tak ada jual pun kat pasar.
Nak dijadikan cerita, lps bercuti raya haji, en.suami ke pasar tun sardon, tetiba en.suami bawa balik daun palas plak..hades kenalah buat kan?Kang bernanah tinge kena sembur kalau tak buat hahaa..haritu beriya2 sangat..padan muka.Gigih jugaklah gugel kat youtube cara balut ketupat.Bila daun dah buka dan santan pun dah dibeli, apa lagi terus lah buat ketupat palas ni.Daun palas ni agak kecil mencabar jugaklah untuk membalut ketupat ni tambahan pulak saya tak berapa mahir.Boleh kata tak pandai la hehee..Kalau pandai takde maknanya nak tengok youtube kan kikiiiii.Memandangkan daun palas ni sedikit sahaja,lepas buka daun adalah ~30biji.So saya back siket dengan daun pisang.Ada lebihan dari yang buat pulut kuning tempoh hari.Saya simpan elok2 dalam peti ais.Yea lah daun pisang ni bukan depa mau juai selai dua...setimbun gitu depa jual..Pasrah jer la...
Resepi Ketupat Daun Palas ni saya gunakan resepi Ketupat Daun Pisang.Boleh tengok kat SINI malas nak CnP huhu..lepas balut tu saya rebus supaya ketupat tahan lama.Kalau nak kukus pun boleh.
Ketupat Palas Kelantan memang makan macam ni cicah dengan nissey cair.Tahu tak apa tu nissey cair heheee?Sirap Gula Melaka pekat2..mmg heaven betul.Cara old skool Ketupat Palas Kelantan dihidangkan.
versi daun palas tu saya balut dengan en.suami versi daun pisang tu sulung yang balut.Kalau daun pisang semua mmg dah pandai sebab selalu buat.daun palas tu mama pu terkial2 kadang2 sesat jugak nak membalutnya hahaa..Pakat gelak ngn abahnya.Final produk not bad la pada mataku.Dah siap balut, rebus hingga airnya kering/sering.

Thursday, September 7, 2017

Tempahan Kek Buah Dan Kek Karamel

Assalamualaikum..
Seisi panaskan blog dulu..hari ni kita tepek gambar kek jer.Nak karang ayat pun lemau jer.Camnilah kalau lama x update blog mulalah kemalasan melanda.
***Terima kasih semua pengunjung blog TMK,walaupun sepi tanpa n3 tapi visitor tetap meriah, tambahan di pagi raya.Agaknya mencari resepi daging.Terkejut bila hari cuti pun pageview 10K.Sayang u olls ketat**
Ini jer yg saya snap...yg awal2 tu xdan nk snap.Kekalutan dan kemalasan.Terima kasih semua.

Monday, August 21, 2017

Murtabak Sedap Dan Mudah Dibuat Hanya Guna Kulit Popia

Assalamualaikum...
Murtabak Kulit Popia ni sangat popular sekitar tahun 2013.Saya juga dah membuatnya semasa tengah hot dulu.Rupanya saya tak buat n3 pasal Murtabak tu.Hadoi agaknya sebab masa tu saya semasa arwah bonda dan adik beradik datang ke Penang.Seingat saya semasa Konvo adik bongsu kami.Maybe sebab kalut ramai2 tetamu saya lupa nak snap gambar.
Kali ni buat lagi sebab nak abeskan stok daging kisar dalam peti ais yang dah agak lama bertapa.Kita clearkan esbok yg sarat dengan muatan haba tentu  Murtabak ni pun idea spontan jer versi durhaka.LiNa Pg hanya guna inti karipap yang dimodified sedikit tambah telur dan hirisan, kemudian balut dengan kulit popia heheee..senang kije.Bab mendurhaka ni LiNa Pg memang terrer...Kalau korang ada keeper resepi untuk inti karipap tu boleh jugaklah tiru versi LiNa Pg ni..Okey jom kita semak resepi
MURTABAK KULIT POPIA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Asal Minami 133 @myresipi
C&P embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-bahan ( 6 keping )
100 g daging cincang (LiNa Pg guna 500g)
2 biji ubi kentang (LiNa Pg guna kentang holland)
1 sudu setengah rempah kari 
1/2 biji bawang besar 
1 ulas bawang putih 
2 sudu kecil garam (secukupnya)
Perasa/gula
2 biji telur 
1 biji bawang cincang (LiNa Pg dadu kasar)
Daun sup (LiNa Pg skip)
Kulit popia saiz besar
Minyak

Cara-cara

  1. Mula2 buat inti utk murtabak (LiNa Pg guna inti karipap sebab dah ada ready stock)caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang. 
  2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang. 
  3. Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. Pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. masukkan bawang cincang. kacau sehingga sebati. 
  5. Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia. 
  6. Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak (Refer gambar kat bawah).Terbalikkan murtabak dan masak sebelah lagi.Angkat dan hidangkan

PENCICAH CUKA MURTABAK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Tuan Tanah Rostina wind of change 
Bahan2:
*Bawang besar (dihiris nipis) LiNa Pg guna 2 labu saiz kecil
*Cuka makan (2 sudu besar)
*Garam (1/2 sudu teh)
*Gula (2 sudu besar)
*Pewarna makanan (biasanya warna merah)
*Air suam (6 sudu besar)LiNa Pg guna 3/4 cawan air panas 

CARA2

  1. Hiris bawang nipis2 dan rendamkan di dalam pewarna makanan ( titikkan 1 titik pewarna merah di dalam semangkuk air).
  2. Dalam mangkuk yang lain,masukkan cuka, ditambah dengan garam dan gula.
  3. Akhir sekali masukkan bawang tadi (ambil bawang sahaja)
  4. Sedia untuk dijadikan pencicah murtabak.

Ada masa free kita buat dan frozenkan jer.Nak makan goreng sekejap..setel

Friday, August 18, 2017

Pulut Inti Sedap Sepanjang Masa

Assalamualaikum...
Sebenarnya tak plan pun nak buat Pulut Inti ni sbb tak ada tukang makan.Setakat nak makan seketoi dua tu baik beli ajer kat kedai lagi senang.Tapi hari rabu lepas saya ada buat tempahan pulut kuning,so ada sedikit lebihan santan pekat yang telah dimasak bersama garam dan gula.Mula2 rasa nak buang jer,tapi rasa sayang pulak sebab santannya mahal sekarang ni RM12 sekilo, husband saya beli kat Pasar Dato Kermat.Hurmmmm santan pun naikkkkk jer.
So, balance santan pekat tu saya guna untuk buat Pulut Inti ni.Guna 1 cawan jer beras pulut.Lagipun saya masih ada stok Inti Kelapa Serbaguna tu dalam peti ais.So, cepat la siap.Daun pisang memang dah beli untuk mengukus Pulut Kuning.Tanak pulut tu kejap jer...dah boleh makan.Alhamdulillah tak membazir.
LiNa Pg tanak jer pulut tu sebab siket jer.Ngam2 dgn Inti Kelapa yang masih berbaki
Lemak2 santan segar makan pulak dengan Inti Kelapa yang manis tu..memang sedap.
RESEPI PULUT INTI 
By: Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan - Bahan: 
1 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat  
Garam Gula 
Daun pandan simpul 

Cara-Cara: 
  1. Cuci beras pulut hingga airnya jernih.LiNa Pg rendam sekejap ~15min.Kemudian toskan
  2. Satukan santan, garam,gula ke dalam periuk kacau sehingga garam dan gula hancur.Sambil tu korang rasalah ok ke x?(part ni LiNa Pg guna santan lebihan pulut kuning mmg dah rok lemak2 manisnya
  3. Masukkan daun pandan dan beras ke dalam periuk berisi santan.Masak kat atas dapur gn api kecik.LiNa Pg gn api paling bawah.Time masak ni wangiiii sebab ada aroma daun pandan Kacau sekali sekala untuk mengelakkan pulut berkerak kat dasar 
  4. Bila pulut dan kering, kecilkan api (mcm masak nasi) tunggu hingga pulut betul2 masak.Dah siap 

INTI KELAPA (LiNa Pg guna stok Inti Kelapa SerbaGuna)
Bahan-Bahan: 
1/2 biji kelapa parut 
1 ketul gula kabong (potong kecil2) 
1/2 cawan air 
1 helai daun pandan simpul 
Gula jika perlu 
Secubit garam 

Cara-Cara: 
  1. Satukan kelapa parut, gula kabong, daun pandan ke dalam kuali dan kacau rata.Gula kabong akan mula mencair.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus kacau.Kacau hingga gula kabong hancur dan inti sebati .Masukkan secubit garam.Sesuaikan 
Pulut Kuning yang ditempah oleh jiran saya kak mai.Kerana Pulut Kuning badan binasa  inilah terhasilnya Pulut Inti.
FYI Pulut Kuning ni saya buat untuk kenalan terdekat sahaja.

Tuesday, August 15, 2017

Karipap Rangup Dan Sedap

Assalamualaikum...
Ada pelbagai resepi untuk membuat doh karipap ni.Ada yang menggunakan 3 jenis tepung ada yang hanya menggunakan tepung gandum sahaja.Apa jua bahan yang digunakan ianya bertujuan untuk mendapatkan pastry karipap yang rapuh, rangup dan sedap.Bagi saya suka resepi yang paling simple jer iaitu menggunakan tepung gandum sahaja.Bahan simple tapi karipap yang dihasilkan sangat rangup dan sedap.Dah sejuk pun masih rangup lagi.Saya menggunakan inti Kentang holland dan isi ayam yang didadu kasar.Sengaja buat kasar2 siket sebab bila makan tergigit isi ayam tu memang sedap.Hurmm penat2 mama buat karipap untuk bekal budak sarah tu buleh plak minta donut huhu..Hujan2 malas nak ooi nak mendonut jenuh nak tunggu proofing.Tunggu la cuaca panas siket ok.
Resepi karipap ni saya ambil dari umah Hana Memories jaman dia rajin berblogging dulu masa dok di Jepun sinun.La ni mana pi pun xtau dah..semoga hana & family sihat2 selalu.Rindu dengan dia
Makan karipap panas2 di kala hujan membasahi bumi, mmg sedappp.
Resepi Karipap Rangup Dan Inti sedap
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan A (Doh Karipap)
250g tepung gandum (LiNa Pg gn 2 cawan)
2 sudu besar marjerin (LiNa Pg guna Daisy)*Panaskan
2 sudu besar minyak masak *panaskan
garam
air 

Bahan B (Inti Karipap)
5 biji kentang/keledek 
200g daging/ayam cincang (LiNa Pg gn dada ayam dadu kasar)
1 tangkai daun kari
Daun sup (LiNa Pg skip sbb takut over power rasa inti)
2+1/2 sudu besar kari ayam/daging (LiNa Pg gn 1sb)
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
gula - jika perlu
air

Cara (Untuk Doh)

  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). 
  2. Gaul rata guna sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan air sedikit2. Uli doh hingga tidak melekat di tangan dan boleh dicanai serta mudah ketika mengelim.Tutup doh (LiNa Pg rehatkan doh sebentar ~30min)

Cara Untuk buat inti

  1. kentang/keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  2. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang/keledek, ayam/daging, air dan garam secukup rasa. 
  3. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam/daging masak dan air kering.last skali taburkan daun sup yg dipotong halus.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  5. Masukkan inti kentang kemudian kelim/cetak mcm biasa.
  6. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn.
Note
Inti karipap ni agak banyak, LiNa Pg adun lagi 1x doh karipap.

Monday, August 14, 2017

Marble Moist Butter Cake (Kek Marble Lembut Dan Sedap)

Assalamualaikum...
Sejak dua menjak ni viral betul soft marble cake kat fb.Macam2 versi.Saya ni bukan peminat kek mentega pun, kalau buat cis kek tu memang laku la kat rumah ni.Tengok butter ada dalam peti ais, so godek2 jugak la buat kek marble ni.Versi yang saya ni klasik siket dan lembut.Kombinasi la kiranya.Hurmmmm sedap jugak sesekali layan kek old skool camni sekali sekala...Paling best anak2 pun laju jer makan.Kena dengan selera la tu
 Maaf la ya gambar gelap siket sebab sekarang ni asyik mendung dan hujan jer..
Ishhh..merekah plak dia.Kan dah cacat siket tu

Friday, August 11, 2017

Kari Ikan Gaya Goa Sedap Dan Mudah Tak Guna Rempah Kari

Assalamualaikum
Pertama kali saya buat kari ikan gaya Goa ni..memang sedap sangat.Rasanya seakan2 kari ikan yang saya makan di Simpang Pulai (bersama capati)rempah yang digunakan boleh kira homemade la sebab campur jintan dan sepapatnya, kunyit dan segala bahan asas dalam masakan.Kuahnya boleh cicah dengan roti.Pedasnya sedang2 saja,ada kemasaman..pendek kata sesedap tekak la.U olls kena cuba tau..seriyes saya bagi 5*Resepi Chef Wan mestilah sedap kan...Tapi saya cuci mata di blog Che Mat
 Maaf la gambar ni live dari periuk..sesaja snap n post kat IG..Bila makan, mak aih sedap sangat.Tapi ikannya dah abes..so yg ni jer gambar yang ada huhu..Takpe la asalkan boleh tepek gambar untuk rujukan resepi akan datang
KARI IKAN GAYA GOA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan Bahan 
1 ekor ikan nyok nyok (LiNa Pg potong beberapa bhgn)
3 biji tomato*
3 biji cili hijau*
3 sudu besar serbuk ketumbar*
3 sudu besar serbuk jintan putih*
1 sudu besar jintan manis (LiNa Pg tambah rcp asal xde)*
2 sudu kecil serbuk kunyit(LiNa Pg letak 1 sk)*
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
1/2 sudu besar biji sawi (LiNa Pg ganti dgn 1 sk halba campur)
4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan)
500 ml santan 
1/2 cawan jus asam jawa 
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-

  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. 
  3. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata.
*****************
Selingan...Tempahan hari ni Kek Minyak dan Brownies.tq kak mai

Thursday, August 10, 2017

Kuih Belebat Ubi Keledek Sedap Resepi Guna Sukatan Cawan

Assalamualaikum...
Kuih Belebat Ubi Keledek merupakan Kuih Muih Tradisional negeri Kelantan.Teringat masa kecil dulu kuih Blebak atau Kuih Belebat Ubi Stelo ni banyak dijual di kedai2 makan yang menjual sarapan..sekarang ni hanya ada kuih donut, dan kuih muih yang biasa (yang boleh dibeli di negeri lain juagk)hurmmm..terasa sayang pulak kalau Kuih Belebat Ubi ni hilang terus kalau tidak dipanjangkan resepi kepada anak cucu (cucu takde lagi hahaha)Rentetan (cewah ayat tak boleh blah) dari kejayaan menghasilkan Kuih Tepung Bungkus husband saya cakap, boleh la cuba buat kuih belebat pulak, dah agak lama tak makan kuih tu.Memang betul rasanya berkurun jugak tak merasa keenakan Kuih Belebat ni.So, saya cuma olah semula resepi Kuih Tepung Bungkus tu dan masukkan ubi keledek ke dalam tu.Alhamdulillah..eksperimen berjaya...Blebak Ubi stelo yang dihasilkan memenuhi citarasa.Kalau ada yang berminat nak mencuba Kuih Muih Lama ni bolehlah ikut versi LiNa Pg..tekturnya sedikit lembut dan manis sedang2 saja
 Sedap tau..lembut, lemak manis bila tergigit bongkah2 ubi keledek jepun tu..mak aih sedapppp ngat
Kuih Belebat Ubi Keledek
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan Bahan
4 ketul keledek jepun (keledek ni kecik jer) ~300g
1 cawan tepung beras 
3 cawan santan (LiNa Pg gn  santan Ayam brand 200ml+2 cawan air)
5 sudu besar gula (Terpulang selera)
sikit garam 
1 helai daun pandan simpul
Daun pisang

Cara Cara

  1. Rebus/stim keledek hingga masak.Kemudian dadu/potong memanjang (Ikut suka la nak potong macam mana pun)
  2. Satukan tepung beras, santan, gula,garam dan daun pandan.Kacau terlebih dahulu supaya gula dan garam hancur.
  3. Masak atas dapur hingga pekat, api kecil sahaja(sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul2)kemudian masukkan ubi keledek.Kacau dengan cermat supaya ubi tidak hancur.Ketepikan.
  4. Ambil daun pisang, potong selebar tapak tangan..layurkan atas api dan lap bersih.
  5. Ambil adunan kuih anggaran 2 sudu besar dan balut seperti membalut pulut inti.Boleh refer gambar LiNa Pg dalam pengukus tu)
  6. Kukus selama 10min.Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
  7. Sejukkan terlebih dahulu supaya kuih 'set' kemudian bolehlah dihidang.

Tuesday, August 8, 2017

Nasi Kerabu Biru Ya Ampunnn Sedapnya

Assalamualaikum...
Nasi Kerabu ni banyak betul aksesorinya.Memang kena ada kerajinan baru boleh buat.Bagi saya lebih mudah membuat Nasi Beriani atau Nasi2 berperisa yang lain.Walaupun agak renyah tapi berbaloi2 bila dimakan sangat2 menepati citarasa.Saya masak bersama adik2 dan makan bersama2.Buat ramai2 cepat siket la siap.Nasi Kerabu ni terdiri daripada Nasi, Sambal Ikan,Tumis,Budu,Solok, Sambal Jate dan ulaman.Terlebih rajin jugak sebab Telur Masin Homemade hihi.LiNa Pg guna telur ayam jer yang dijeruk dalam air garam.Alhamdulillah sedap..lemak2 masin.Kalau nak buat ikan celup tepung,daging bakar atau ayam pun okey jugak.
Hari ni saya blurr tak tahu nak karang apa.Jom la kita layan gambar2.Nasi Kerabu ni ramai dah yang pandai buat.So,layan gambar dulu..Nanti senang saya masukkan resepi.
Nasi Kerabu Kelantan and the geng.Nasi, Sambal Ikan, Keropok, Ayam Goreng Berempah,Solok Lada, Tumis dan Budu.Lengkap semuanya..Alhamdulillah sedap.Untuk Sambal Jate Nasi Kerabu boleh tengok SINI
Nasi Kerabu Bunga Telang.Wangi aroma daun pandan dan daun limau purut.Kaler pucat siket sebab bunga telang ada 5 kuntum jer..Impot dari laman bonda.
Untuk Nasi masak macam biasa jer.Sukatan air bergantung kepada jenis beras.LiNa Pg guna beras basmati ratio 1:1
Sambal Ikan..Mewah dengan isi ikan.Yg ni nanti kemudian update sebab panjang nak menaip 
Sambal Ikan Kelapa Parut
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan bahan:
2 cawan kelapa parut putih 
6 ekor ikan kembung mabong saiz sederhana
1 asam keping
5 ulas bawang merah
2 batang serai
1cm halia
Garam dan gula/perasa

Cara cara:
  1. Sangai/goreng kelapa parut dengan api kecil hingga sedikit perang.Jangan terlalu garing nanti makan rasa bersepah.
  2. Rebus ikan hingga masak bersama asam keping dan sedikit garam.Ambil isinya.
  3. Tumbuk bawang merah, halia serai hingga hancur.Masukkan isi ikan dan tumbuk kasar (LiNa Pg suka tektur yang masih kasar2 sebab bila makan tergigit isi ikan lagi sedap) 
  4. Masukkan garam dan gula/perasa
  5. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam kelapa parut yang disangai.Goreng dan gaul2 sekejap supaya bawang mesra dengan kelapa parut.
  6. Sesuaikan rasa.kemudian bolehlah dihidangkan

 Solok Lada.LiNa Pg rebus sebab tu nampak comot2.Kalau kukus cantik siket.Tapi lebih sedap versi rebus hingga airnya hampir kering.
Solok Lada Sedap
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan - Bahan
  • 2 ekor ikan kembung @ apa2 ikan (LiNa Pg guna 4 ekor ikan selar)
  • 10 biji Lada solok/Cili Hijau - belah tengah buang biji
  • 1 cawan kelapa - sangai hgga kekuningan (LiNa Pg tak sangai pun)
  • 3  ulas bawang merah
  • 2  ulas bawang putih
  • Sedikit halia (LiNa Pg guna 1/2 cm)
  • 1 batang serai - dihiris nipis
  • 10 biji lada hitam @ aji shio
  • 1 biji telor
  • 1 Asam keping
  • Sedikit garam
  • nisan/gula melaka
  • 1 cawan santan sederhana pekat
CARA - CARA
  1. Rebus ikan hingga masak bersama sedikit garam dan asam keping.Ambil isinya.
  2. Tumbuk lada hitam,serai,halia ,bawang,dan nisan, kemudian masukkan isi ikan, tumbuk seketika hingga bergaul mesra.Sesuaikan rasa
  3. Keluarkan bahan2 tumbuk tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar.  Selepas itu masukkan kelapa yang telah di goreng tadi kedalam bekas(  kalo rajin kelapa ni di tumbuk sedikit untuk menghaluskannya ).
  4. Gaul mesrakan bahan2 tersebut. 
  5. Pecahkan sebiji telor dan gaul rata. Kemudian bolehlah disumbatkan kedalam lada tadi. Buatlah sehingga habis
  6. Susunkan didalam periuk, kemudian masukkan secawan santan. Tutup periuk dan masaklah dengan api yang perlahan sehingga kering (dalam 10 minit)
Tumis Nasi Kerabu
 Budu ni special siket..sbb bukan pese tuang dar botol.Ianya dimasak sekejap atas dapur.So,makan banyak pun x terlalu masin...Sedapppp tuang banyak2
Telur Masin Homemade.Guna telur ayam jer..peram 2 minggu.Jimat duit kan.Telur Masin ni mahal ya ampun sekarang ni

Friday, August 4, 2017

Kuih Tepung Bungkus Sedap

Assalamualaikum..
Kuih Tepung Bungkus juga dikenali sebagai Kuih Puteri Dua Sebilik.So,jangan pandai pandai nak sekodeng puteri yang dok dalam bilik tu ya.Kalau di negeri Kelantan Kuih Tepung Bungkus dikenali sebagai Kuih Tepung Bukuh hahaa..bukuh dalam bahasa Kelantan bermaksud Bungkus..sama jer tuh.Kebiasaanya ada dijual di kedai2 makan yang menjual sarapan pagi.Kuih Tepung Bungkus ni sangat sedap...inti kelapa parut disira dengan gula merah/gula melaka terasa manis dan sedikit masin,lapisan luarnya pulak leman2 masin dan lembut..sungguh enak dinikmati..goyang2 inul gitu.Secara jujurnya inilah kali pertama saya buat kuih tepung bungkus ni.Ingatkan susah sangat, tapi bila study resepinya taklah susah sangat..cuma mengambil masa yang lama sebab banyak step.Saya kan masih dalam misi menghabiskan kelapa parut hihi.Inti Kelapa tu saya guna Inti Kelapa Parut Serbaguna yang sememangnya telah saya siapkan terlebih awal.Simpan jer dalam peti ais.Nak guna cuma ambil jer kuantiti yang diperlukan.Sudah mudah.Okey jom kita semak cara cara untuk membuat Kuih Puteri 2 sebilik ni.Resepi Kuih Tepung Bungkus ni saya adaptasi dari blog kak Hanieliza

Kuih Tepung Bungkus
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan A (Untuk Inti) 
LiNa Pg guna Inti Kelapa Serba Guna cuma tambah gandum siket

  • 1/2 biji kelapa muda parut
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 s/b gula
  • 1 s/b tepung gandum
  • 4 s/b air
  • 1 helai daun pandan

Bahan B (Onde-Onde/Salutan Inti Kelapa) 
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan air (atau secukupnya)
Bahan C (Lapisan Putih Lemak Masin)

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • sikit garam
  • Daun pisang

Cara-Cara (Untuk Inti)

  1. Satukan semua bahan A kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan (Gambar 1)
  3. Jadikan inti bebola kecil.LiNa Pg buat saiz guli.Ketepikan dahulu (refer gambar 3)
Cara-Cara (Bahan B)Onde-Onde Salut Inti Kelapa
  1. Uli tepung pulut bersama air.Masukkan air sedikit demi sedikit, Uli hingga doh tidak melekat di tangan (seperti membuat kuih Buah Melaka/Onde2) (Refer Gambar 2)
  2. Ambil sedikit doh agak2 la boleh masukkan inti kelapa (Refer gambar 3)kaedahnya sama seperti kuih buah melaka
Cara-Cara (Bahan C)
  1. Bancuh tepung beras bersama santan dan secubit garam. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat (Refer gambar 4)
  2. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran selebar tapak tangan.Lap dan bersihkan.
  3. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti (Refer gambar 5)
  4. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit (Refer gambar 6 dan 7)
  5. Sejukkan dan hidangkan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...