Thursday, April 27, 2017

Telur Masak Asam Resepi Simple Tapi Sedap

Assalamualaikum...
Ni betul2 dah kering idea xtau nak masak apa.Ayam pun goreng bodow jer, so kita buat satu side dish yang berkuah.Mula2 berangan nak buat Rasam Telur tapi cam malas plak nk kuarkan rempah ratus tu dan menumbuk bagai.So,kita mudahkan siket ubahsuai rasam jadilah Telur Masak Asam.Ada unsur masam dan sedikit pedas dari cili kering.Yang ni tak berempah la..daun kari pun elekk...Walaupun resepi cincai2 jer tapi jangan dipandang sebelah mata...slurppp slurppp anak2 hirup kuah tu.Ingatkan boleh membawa ke dinner rupanya licin di tengahari huhu..Ni kalau buat lauk tambahan untuk sahur bulan posa nnt,memang laku ni gayanya.Jom la kita semak resepi sempoi ni
Resepi menggunakan telur, resepi mudah dan sedap,
Telur Masak Asam..simplify dari Resepi Rasam Telur

RESEPI TELUR MASAK ASAM
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan-Bahan:

  • 4 biji telur
  • 4 biji cili kering (LiNa Pg potong anggaran 1 inci)
  • 3 ulas bawang merah (mayang halus)
  •  1 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 1 sudu kecil pati asam jawa (atau secukup rasa)
  • Tomato (xletak pun xpe)
  • 1/2 kiub pati ayam (atau garam+gula/perasa)
  • Air secukupnya
  • Minyak


Cara-Cara

  1. Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga garing, masukkan cili kering.Tumis sekejap hingga nak bau.
  2. Masukkan paste asam jawa ke dalam tumisan.Kacau sebentar.
  3. Masukkan air secukupnya.Masukkan kiub ikan bilis (atau garam dan gula/perasa)
  4. Biarkan mendidih.Sesuaikan rasa terlebih dahulu.Cukup masam dan masinnya.
  5. Pecahkan telur satu persatu biarkan telur kuning masak/ keras sedikit (set).
  6. Tutup api, sedia dihidang

4 comments:

Phong Hong said... Balas

From rasam menjadi telur masak asam. Best juga ni. Lebih kurang macam hot and sour soup.

tiga lalat said... Balas

tgk gmbr pon sedapp., ;p

LiNa_Pg said... Balas

Haha..gitu la kekdahnya PH

LiNa_Pg said... Balas

Sedappp..masam² pedas² manja

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...