Thursday, May 25, 2017

Jus Soya Kurma Enak Berkhasiat

STICKY POST SILA SKROL KE BAWAH UTK N3 TERBARU

Assalamualaikum...
Hai semua.Lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan.Ramadan merupakan bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa. 
Okeylah hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang amat mudah.Bukan setakat mudah, tapi juga enak dan berkhasiat.Resepi hari ini ialah Jus Soya Kurma.Sudah tentulah Susu Soya Yeo's menjadi pilihan semulajadi kami sekeluarga, sebab ianya Halal dan juga kaya dengan pelbagai vitamin dan khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan kita.Lepas penat berpuasa seharian, badan kenalah disegarkan semula.Paling best tak payah tambah gula dah manis dari Kurma dan susu soya Yeo's sudah mencukupi kemanisan sesedap rasa.
Resepi Mudah minuman buka puasa
enak bukan?gabungan mantap kurma dan susu soya yeo's
RESEPI JUS SOYA KURMA
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan
  • 1 kotak (250ml) susu soya Yeo's
  • 3 biji buah kurma (buang biji)
  • ketulan ais (jika suka)
Cara-Cara
  1. Tuang susu soya Yeo's ke dalam pengisar.Masukkan buah kurma (tanpa biji).Kisar halus
  2. Tuang ke dalam gelas.Tambah ketulan ais
Note: Jika suka jus yang tiada serat, boleh tapis sebelum tuang ke dalam gelas.LiNa Pg tak tapis..suka serat 2 kurma tu
 Mudah kan?
Resepi yang cukup mudah, sangat cepat disediakan.Bulan puasa setiap saatnya lebih afdal diisi dengan amal ibadat, bukan terperap kat dapur semata.Resepi mudah, berkhasiat dan enak dinikmat adalah pilihan bijak surirumah yang memilih Yeo's sebagai pilihan semulajadi mereka.
Berkat Dirasa Bersama, adalah lebih bermakna kerana kita gandakan kebaikannya bersama mereka yang ada disekeliling kita. Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd “Yeo’s” ingin mengambarkan Ramadan sebagai bulan yang penuh Berkat dan cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan dirasai bersama. Jadi gandakan rasa itu dengan berkongsi minuman Yeo’s di bulan Ramadan yang mulia ini!

Maklumat lanjut menerusi www.yeos.com.my 
Hubungi talian 1300-80-2828

Tuesday, May 16, 2017

Snek Makaroni Rangup

Assalamualaikum...
Terjebak jugak ngn kudapan yang viral kat fb neh.Ekceli agak cuak jugak sebenarnya antara nak cuba dan tak nak.Bukan apa,sebab ada yang kata kerasss, sakit geraham nak kunyah.Adesss terus terbantut semangat nk try.Tapi bak kata orang tua.Tak cuba xtau kan?So, saya buat jugaklah siket...kalau tak jadi,buang ajerlah hihi...Alhamdulillah percubaan berjaya.Agaknya bernasib baik kot kikiii.Banyak jugak hasilnya.Saya simpan dalam bekas kedap udara.Memang rangup.Kalau yg rajin boleh buat kudapan raya nanti.tak yah beli muruku bagai dah.Saya tak rajin nak buat banyak2 kih3.Takat makan anak beranak bolehlah.Snek Makaroni Rangup ni sangatlah mudah.Kalau u olls nk guna yg jenis lain pun ok spiral or whatever la kan..Rebus jangan sampai lembik sangat..sekadar al dente.Resepinya kat gambar tu jer la.Tq rakan MHNI
 Rasanya macam makan siput (kuih dolu2 tu) krup krapp...sedapppp
Resepi..pandai-pandailak teropong..Mudah jer kan?

Monday, May 15, 2017

Ayam Rempah Hijau Dato' Chef Haji Ismail

Assalamualaikum...
Panjang tajuk tu...ekceli ni resepi tertangguh.Ayam Rempah Hijau tu saya masak masa attand Cooking Class bersama Pensonic dan Chef Mail.Bawa balik dalam tupperware.Boh dalam pinggan snap hahaa..Resepi chef tapi masak sendri kat station masing2.Kenalah tepek dalam blog untuk kenangan.Sedap tau Chicken Green Curry ni..tapi warnanya gelap siket sbb ada guna rempah kurma.Kalau u olls nak try dipersilakan.Ayam Kari Hijau ni tak guna santan tau..tp ganti dengan buttermilk.Cerita pasal Pensonic Chef Mail Live Cooking Tour 2017, boleh tengok SINI
Chef's Like Produk, Pensonic Cooking Class
 Wangi betul aroma rempah+daun ketumbar+daun pudina memikat selera.Sengaja saya letakkan nama Pensonic kat situ..abadikan kenangan.
 
Nampak x?pandai2 la korang teropong..Real punya resipi chef Mail ni..Posa nanti buat taw
ni satu bekas saya bawa balik, Tupperware pun nama pensonic hehee

jangan lupa tonton Chef Mail Masak Bersama Pensonic ptg ni di TV3 jam 6.00pm-6.30pm.Kawan saya tau ptg ni.

Sunday, May 14, 2017

Tips Kulit Licin, Sihat dan Berseri Dengan Langkah Mudah

STICKY POST..SKROL KE BAWAH UNTUK N3 TEBARU

Assalamualaikum...
Pasti ramai yang idamkan kulit licin, sihat, bebas jerawat dan juga berseri kan?Kalau sebut spa atau facial wajah, mesti ramai yang malas..sebab xde masa untuk semua tu.Betul tak?Meh saya nak kongsikan tips bagaimana nak dapatkan kulit yang licin, sihat dengan beberapa langkah mudah.Pstt kalau nak tahu, saya ni sebenarnya kurang rajin jugak kalau banyak benda nk kena tenyeh.
Hurmm intro bukan main lagi tuh.Meh kita flash back siket hihi.Masih ingat lagi tentang shooting saya bersama Pensonic tempoh hari?Boleh recap kat SINI Saya ni seorang yang sangat2 sempoi nak keluar rumah hanya pakai lipblam dan foundation jer.Bedak tu kalau kenduri atau acara rasmi jer.Pada hari tersebut kulit wajah saya telah ditatarias oleh Make Up Artis(MUA) Profesional (khaibaha).Tau saja lah kan nk kuar tv mmg wajiblah make up.Nak tahu apa yang khaibaha cakap, kulit saya sangat healthy..licin dan bersih..xde jerawat.Mak aih kembang mak nak..Saya cakap guna Mamadil jer.Cuci muka akak rajin la.Paling best Mamadil ni guna sabun jer xyah toner bagai, moisturiser pun tak perlu.Senang sangat.Dengan Mamadil ni penjagaan sambil merawat kulit wajah yang cukup ringkas tapi hasilnya sangat wow.
Nampak simple tp tebal jugak tu setepek kat mukaku yang suci murni hahaaa.Masa dok make up tu.Khaibaha cakap, nnt balik akak cuci guna make up remover tau.Kalau guna cleanser biasa maybe x keluar.Saya cakap, xde make up removal tu.Dia gelak tau...pastu dia sambung ye la...tak make up mana nak beli benda tu.Guna wet tisu pun ok katanya.Saya pun katalah xpe la dik, nnt abes shooting akak singgah beli la..wet tisu pun mmg xde kat umah.Bukan ada anak kecil pun kan.
Dek kerana kepenatan seharian di lokasi, on da way balik ke rumah, saya terlupa untuk singgah beli make up removal, tisu basah pun x beli.Ya Allah dengan penatnya kalut nk solat lagi.Saya tawakkal jer cuci muka dengan sabun magic ni Beuty Sara Collaloe Soap.Surprisingly mmg tanggal semua make up tu...sekali ngn eye shadow saya tenyeh sekali.Tang maskara tu kena gosok 2-3x gak la.Alhamdulillah bersih muka saya.Syukur cepat2 boleh tunaikan solat.
Satu tips yang saya nak kongsikan, selepas cuci muka biarkan air kering dengan sendiri.Kalau ada "white head" yg keluar atas hidung, tepi hidung, di dagu, selepas cuci muka dgn Collaloe soap, ambil  jer towel lembut dgn sapukan saja sehingga ia tanggal.
Collaloe Soap Mamadil ni bukan blh guna di muka saja malah di bdn juga. Kulit akan cerah dan gebu.InshaAllah.Saya jenis yang jimat cermat.Seketul sabun tu saya potong kecil2 9 bahagian hahaa..Ambil satu bahagian~1in jer letak dalam bilik air.The rest saya simpan dalam kotak.Bila dah abes, baru ambil ketulan yg baru.Tahan 4-6 bulan..save duit saya kikiiii...Ops..saya rajin tau bab cuci muka ni mmg 2x sehari.Tapi menjimatkan
KKM NO: Collaloe Soap Mamadil(collagen+aloevera) NOT150902353K
HARGA RM30
Boleh pos jugak tau.Pertanyaan lanjut, kontek no kat bawah ni
KALAU AREA BAYAN BARU, BAYAN LEPAS, RELAU, SUNGAI ARA FREE DELIVERY
Rugi kalau tak beli.Nak order?wasap 017-9113347 
Awat lak tetiba kuar gambar mak jemah ni?hehee..ni nak kabor muka mak jemah hanya pakai foundation, sapuan tipis bedak mamadil dan lipsmoist.Itu jer..sangat ringkas.
FOUNDATION
No. KKM : NOT 140704146 K
Cara penjagaan wajah yang bijak, tidak perlu banyak item.Saya hanya cuci muka guna Collaloe Soap, lps tu pakai foundation.Kalau nak keluar ke majlis saya pakai bedak.Kalau santai2 jer mmg x pakai.Rutin yang minimum tapi hasilnya maksimum.Kenapa?
Sebabnya Foundation Mamadil adalah yang pertama ber'make up SAMBIL MERAWAT KULIT WAJAH.BUKAN HANYA CANTIK DI LUARAN, TAPI SEKALIGUS MERAWAT DARI DALAM.HEBATKAN?
Manfaat dan Kebaikan:
Foundation ni sangat sesuai untuk wanita yang mengejar masa,kenapa?
Tidak perlu penyegar (Toner).
Tidak perlu krim pelembab (Moisturizer).
Tidak perlu krim pelindung matahari (Sunblock).
✅ Pemakaiannya dijamin segar sepanjang hari, tidak nampak berpeluh @ pecah minyak.
✅ Berfungsi untuk menganjalkan kulit malah mampu memperbaiki kerosakan kulit sedia ada. Bertindak sebagai pelindung matahari, anti-penuaan dan pencerah kulit.
✅ Mengandungi bahan aktif sebagai ANTI PENUAAN.
Hurmmm apa lagi yang korang nak...Menarik kan?
ALL IN ONE FOUNDATION 15ml
RM70sm/RM80ss
Pilihan tona warna:
Natural Beige (Untuk kulit sawo matang) & Natural Pink (Untuk kulit cerah). 
Ini satu lagi kesayangan saya.Lepas pakai foundation saya cuma pakai Simple Touch Compact Powder secara tipis, sebab apa kita kena pakai nipis2 supaya kulit dapat bernafas.bagus betul produk mamadil ni semua pun nipis2 jimatttt duit ooo..tahan lama.Ni pun rasanya dah 3bulan kot beli.Nmpak x masih banyak lagi.
MAMADIL SIMPLE TOUCH COMPACT POWDER
HARGA : RM110 (SM) RM120 (SS) 
✔ MERAWAT KULIT SAMADA BERPELUH, BERMINYAK @ 
-Sodium PCA yg terkandung dlm Chiffon Powder ini brtindak utk melembapkan kulit, bebas dari rasa kekeringan & tahan lama. 
-Multisal Multilayer paling special dalam kandungan Chiffon Powder MAMADIL ini. Jarang terdapat di dalam mana2 jenama compact dan  loose powder. 
SPECIAL MAMADIL CHIFFON POWDER COMPACT POWDER) : 
-3D effect 
-Color Control & oil control 
-Perfect Cover 
-Speed white with no over 
-whitish 
-Silky smooth feeling 
-With SPF35 UV protection. 
 SPECIAL MAMADIL CHIFFON POWDER COMPACT POWDER) : 
-3D effect 
-Color Control & oil control 
-Perfect Cover 
-Speed white with no over 
-whitish 
-Silky smooth feeling 
-With SPF35 UV protection. 
 Pelengkap penampilan ringkas saya Lipsmoist.Saya pilih no.3.Paling best ia tahan lama..dan warnanya tidak terlalu terang.Lipsmoist ni kaya dengan Vitamin E yang menjadikan bibir kita lembab,nampak lebih segar dan sihat.
Harga RM45 sahaja.Pilihan warna ada seperti di bawah.


SIMPLE TOUCH LIPMAGIC 
Lipbalm kegemaran saya ni.Sentiasa pakai.Kat rumah pun saya pakai..bibir rasa lembab kadang2 terkurang air, bibir kering..tersilap gaya senyum boleh buat bibir berdarah..sakitt..
Warna yang mengikut suhu badan siPemakai. 
Sesuai bg yg xsuke pakai lipstick yg glowing2, striking2 nie. Nampak lebih asli, kann?Sebab tu saya suka...sangat simple dan natural look.
Harga RM39
 Freegift menarik untuk setiap pembelian kombo
 Freegift menarik untuk setiap pembelian kombo

Masih sempat untuk melaram pada hari raya nanti.So tunggu apa lagi, cepatlah order.Kalau abes stok, nnt kempunan

wasap 017-9113347 /PM (Adora Mamadil)

COD relau/bayan baru/bayan lepas

#M400113

#TeamLoveMagnetic

#SNPNG
#adoramamadil 
#mamadil

LiNa Pg x jual tau...saya hanya pengguna dan sangat selesa dengan produk Mamadil.Jadi saya kongsikan dalam blog TMK dengan pembaca blog saya..

Friday, May 12, 2017

Muffin Coklat Chips Resepi Mudah Tak Guna Mixer

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak kongsikan resepi Muffin yang cukup mudah, gaul2 jer bakar dah siap.Cepat siap dan cepat boleh makan.Muffin ni makan suam2 pun sedap.Kalau simpan makan esok hari lagi sedap.Muffin ni lain siket tektur sedikit kasar berbanding kek yang lebih lembut dan gebu.Kek ke muffin ke asalkan coklat dan homemade mestilah menjadi kegemaran anak2 kan?Kali ni LiNa Pg sengaja nak test gajet baru kat dapur.Guna Air Fryer Pensonic untuk membakar kek.Wow hasilnya mmg awesome.Air Fryer Chef's Like ni bukan setakat menggoreng, buat muffin/cupcake pun boleh tau.Okey berbalik kepada muffin ni.Saya gunakan resepi yang ringkas2 jer.Saja untuk kudap petang2 yang simple pun dah memadai.Sekadar alas perut anak2 dan suami kan?Jom kita semak resepi Muffin Coklat Chips yang mudah dan tak memerlukan bahan yg banyak.Kalau tak ada mixer pun boleg buat..tak ada oven, guna jer Air Fryer hehee...tak ada kerajinan jer xleh buat apa kih2
Resepi muffin tak guna mixer
Mak aih bukan main lagi dia naik menggebu..ni kes saya tuang banyak..sebab souffle cup xcukup

kek cawan mudah dan sedap
 Telur sebiji jer taw..lupa nk tulis plak.Resepi ampa tengok kat gambaq naaa...Rajin sungguh haih LiNa Pg snap step by step.Nampak nau banyak ms free tu hahaaa
Air Fryer Pensonic Chef's Like buat apa lagi selain goreng tanpa minyak
Senangkan..haa tunggu apa lagi, pi buat cepat..nnt anak2 u olls boleh makan.

Tuesday, May 9, 2017

Cantik Dalaman Dan Luaran Dengan Langkah Mudah.Nak Tahu Caranya Jom Baca

Assalamualaikum...
U olls ada mengamalkan jamu tak?Alaa jamu tu laaa...yang untuk kesihatan dalaman tu..Jawapan mesti berbeza2 kan?ada yang kata ya..ada amalkan dan ada yang jawab xsuka sebab leceh, tak ada masa, tak sedap, pahit dan sebagainya.Meh sini saya nak share satu jamu hipster jamu alaf baru ni.Tak pahit, sedap pulak tu.Rasa dia macam asam serbuk tu yang u olls makan cicah mangga, jambu batu tu la.Cer bayangkan ada jamu yang sedemikan..hebat kan?Jamu ni sangat sesuai untuk wanita yang berkerjaya..semuanya nak on the go.Meh saya perkenalkan jamu moden ni WOMEN LOVE (WL) by Mamadil.Satu suppliment 2in1 ANTI PENUAAN dan PERAPAT.Tak perlu makan vitamin lain dah untuk anti aging.Sangat menjimatkan. WL ni diperbuat daripada bahan yang sangat diperlukan oleh setiap wanita untuk tampil cantik mantop, slim menganjalkan aset wanita terutama payudara, punggung malahan miss V semakin ketat ini diakui oleh pengguna Women love dari setahun yg lalu sehingga kini.
Tengok saja kotak packagingnya.Sungguh elegant..sangat high class.Sesuai sangat kalau kaum suami belikan sebagai hadiah untuk isteri tersayang.Sempena Mother's Day ni kan?
Didatangkan dalam individual pack camni, sangat mudah dibawa ke mana saja.Kalau nak pergi keje xsempat nk makan kat rumah..makan jer dalam kete..
Caranya koyakkan hujungnya,tuang ke atas lidah...kemam dan telan.Jangan lupa minum air banyak2 tau.

Yang bestnya WL ni bukan setakat mengetatkan miss V, juga merawat keputihan, Miss V Berbau, Period Tidak Teratur dan sebagainya.Malah ia juga menstabilkan hormon dalam badan kita.Hebat kan?Antara bahan yang terkandung dalam Woman Love ialah:
  1. Kolagen tumbuhan dan buah-buahan
  2. Vitamin C 
  3. Pueraria Mirifica 
  4. Manjakani 
  5. Kacip Fatimah
Kenapa WL memilih KOLAGEN TUMBUHAN dan buah2an utk mencerahkan kulit, bukan dari kolagen laut?Kerana WL sangat perihatin kepada pengguna yg mengalami alahan kegatalan dengan kolagen laut.
WL juga mengandungi VITAMIN C khas utk mencantikkan kulit padat, mampat dan halus hingga ke hujung jari kaki. 
Manakala PUERARIA MIRIFICA khas utk KEANJALAN PAYUDARA dan MENAMBAH SUSU IBU banyak dan pekat. 
WL juga mempunyai MANJAKANI dan KACIP FATIMAH khas utk merawat masalah kewanitaan dalaman dan luaran, kajian membuktikan bahawa unsur Astringen dlm Manjakani dpt membantu mengencangkan otot dinding Miss V dan mengembalikan keanjalan. 
Women Love sangat sesuai diamalkan semasa pantang, kerana semua keperluan ibu bersalin terdapat dalam Women Love.Hebat kan?Susu banyak, anak kenyang..ibu dalam pantang boleh merawat dalaman dan luaran sekali gus..Lagi best masalah sembelit dapat diatasi semasa pantang.Kenapa?WL kaya dengan vitamin C buah oren..bagus untuk penghadaman
Manfaat lain Women Love:
  • Mujarab menghilangkan jerawat/bintik2 halus terutamanya di belakang badan dan lengan. 
  • Ketiak sangat cerah,bersih dan tidak kembali gelap. 
  • Kulit sangat halus dan licin. 
  • Kulit cerah sekata. 
  • Memudarkan parut. 
  • Bentuk badan semakin kemas dan menarik. 
  • Membersihkan "dalaman" wanita. 
  • keputihan keluar di awal pengambilan. Semakin hari semakin bersih. 
  • Meningkatkan "Nafsu" 
  • Mujarab untuk merapatkan rahim. 
  • mengempiskan perut, 
  • Melancarkan period.
  • Mengetatkan kembali otot2 rahim yg longgar, 
  • Besarkan, menganjalkan Payudara. 
  • Mencantikan payudara dan punggung. 
  • Semakin cantik dan menarik dengan pengambilan yg konsisten. 
  • Menambahkan Susu Badan. 
Cara guna mudah sahaja, just koyak dan tuangkan ke atas lidah. Tak perlu bancuh2, walaupun bz still boleh consume Women Love. Women Love sejenis serbuk yg mudah larut, rasa oren yang sedappppp.Kesan seawal 2 hari. Kesan lengkap seawal 2 minggu. Kesan lebih ketara jika diambil secara konsisten.. Yg pasti Payudara semakin anjal, padat, miss V semakin ketat dan kulit serta badan jd fit nampak memikat. 
WANITA MENGANDUNG DILARANG MENGAMBIL WOMEN LOVE.
Nak makan gak, tunggu masa dalam pantang ya hehee

Untuk mendapat kesan yang effective
  • Minum Air Masak/Air Putih Secukupnya 2-3 liter air sehari. 
  • elakkan kaffien 
  • elakkan ais 


Ketara tak perbezaan tu?Makin lawa dan flawless..kompom la bukan muka saya kat atas tu hehee


Harganya mampu milik, sangat berbaloi dengan kesan dan kebaikan yang u olls akan perolehi

rm140 (free postage Sem.M'sia)
30 sachet 😊

Best tak?Tak best tak kuar kat TMK ni..camana nak order?
Wasap 017-9113347 (Adora Mamadil)
http://www.wasap.my/60179113347

Penat karang panjang2 ni tau..U olls baca tau..Saya nak pekena Susu Rizqi Mamadil yang sedap ni
Mak aih sedap betul..susu Rizqi ni (Semoga kita semua dimurahkan rezeki dari Ilahi) korang aminkan tau.
Hurmmm korang nak tau jugak ke pasal susu ni? meh la saya stori siket.Selain Women Love, Mamadil juga mempunya produk susu Rozqi yang didatangkan dalam 2 perisa iaitu Coklat dan Vanilla
Susu Rizqi Coklat

💕difomulasikan susu kambing beserta khasiat tambahan daripada madu, kurma, kismis, habbatus sauda dan buah zaitun. 
💕membekalkan vitamin dan mineral semulajadi. 
💕sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. 
KHASIAT MAKANAN SUNNAH
✔HABBATUS SAUDA -dikenali habbatul barakah 
✔SUSU KAMBING -minuman terbaik selepas susu ibu
 ✔EKSTRAK KURMA 
✔KISMIS 
✔MADU 
✔EKSTRAK BUAH ZAITUN 

TERBUKTI SELEPAS 3 BULAN DIUJI 
✔kulit berseri 
✔kulit licin dan lembap 
✔tambah tenaga 
✔tidak rasa lemah badan 
✔lawas pembuangan 
✔mudah bangun pagi 
✔otak cerdas 
✔susu badan banyak (bg yg menyusu anak) 
KESAN LAIN 
🌟sengugut kurang/mslh migrain 
🌟lebih subur/antibodi hormon lbh kuat, menambah berat badan ikut kesesuaian 
🌟ruam - ruam dan kulit ekzema hilang
🌟sun burn dan kulit kusam, jeragat hilang 
🌟resdung hilang 
🌟selsema dan demam sembuh tanpa ubat
🌟jerawat pasir, jerawat bdn hilang dan parut semakin pudar dan hilang.
Dah tahu kebaikan susu rizqi kan?So berapa harganya?
Perisa Vanila Rm79 - 20sachet 
Perisa coklat rm79- (harga promosi 1st batch harga asal rm85) 
20 sachet
Untuk pembelian RM50 dan ke atas dapat freegift Susu Coklat Rizqi.Jangan lepaskan peluang
 Tuala custome made Mamadil Freegift untuk pembelian RM200 dan ke atas (salah satu jer tau hehe)
Botol/shaker comey ni (pembelian kombo
 Beg make up yang cute
Pen Mamadil (pembelian kombo

Sebarang pertanyaan, boleh call/wasap no berikut
Wasap 017-9113347

COD relau/bayan baru/bayan lepas
Free postage untuk Sem.M'sia
#M400113
#TeamLoveMagnetic
#SNPNG
#adoramamadil 
#mamadil

Monday, May 8, 2017

Chef Mail Live Cooking Tour Pensonic 2017 - Terima Kasih Pensonic

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak kongsikan pengalaman yang awesome, bilamana pihak Pensonic menjemput saya untuk memeriahkan #PensonicCMLCT2017 jemput masak, memang ON jer la kan?Lagipun masak2 dengan chef yang pakar..mestilah nak.Terima kasih Ms Munis, Mr Ken & Karen.Ada lagi program camni jemputlah lagi hehee.Ada kelapangan waktu, saya akan hadir.Kami masak Ayam Rempah Hijau.Chicken Green Curry tapi menggunakan buttermilk xguna santan.Biasanya menu pensonic ialah pemakanan sihat dan bagus untuk kesihatan.Kami masak menggunakan multicooker pensonic.Tambah best multicooker tu semua orang boleh bawa balik.Manyakkk syiokkk oo..Jomm kita layan gambar2 yang sempat disnap oleh en.asben saya.Kali ni gambar xbanyak sebab kami berdua masak secara berpasangan.So kena tumpu perhatian pada chef dan masakan.Sekali sekali en.asben curi2 tambah gambar...semua ni kandid jer la.
LiNa Pg
Gaya mau ada..mak jemah baca resepi.Kali ni kita masak Ayam Rempah Hijau version Chef Mail.Resepinya lain dari cara LiNa Pg sebab guna rempah kurma,so warna terarah kepada kurma dan gelap siket
Dato' Haji Chef Ismail
Belum stat masak, dah pose dgn chef hahaa..ni kat tingkat bawah lepas register.Chef sampai awal..studen sampai lagi yang lom sampai
 Terserlah betapa peramahnya LiNa Pg hahaa...nampak tu sembang sana sini...Yg atas tu Mr Ken (Brand Manager Marketing Pensonic) sangat frenly..
Gambar tu rakan blogger Eny (all da way from Aloq Staq dah 2x jumpa eny untuk program Pensonic ni.
Ni my souse chef..sian my lalink siket jer dapat enterprem sebab xde orang snap gambar kami berdua tengah masak
 
Okey..apron dah disarungkan..jom kita mula.
 
Masaklah kau.Resepi Ayam rempah hijau, saya akan kongsikan dalam n3 berasingan..yg ni banyak gambar dah terlalu panjang
Sambil masak, chef Mail buat demo air Bandung Soda Laici..sedapppp
Dah siap masak..amek kesempatan bergambar dengan chef..Tu dua2 mata ke kamera lain
 
 Lauk dah siap masuk bekas, amek kesempatan bergambar ngan Eny lak..time nk rushing balik dah ni sebab dak sarah nak balik skool dah
Chef Mail Live Cooking Class 2017 Penang berlangsung di Wah Lee Group Jelutong.kalau u olls nak beli barangan Pensonic boleh datang ke warehouse ni (blurr plak gambar)
 
 Ni lah door gift yang saya dapat, termasuk lauk ayam yg dimasak tu.Best2..Lain kali jemput lagi ya hehe
JANGAN LUPA TONTON DAN MENANG CHEF MAIL MASAK BERSAMA PENSONIC 2017 EP 1 AKAN BERMULA PETANG NI 8HB MEI 2017 JAM 6PM (TV3)
LiNa Pg xde hari ni..saya Ep 7 nanti..hujung2 puasa nuuuu

Thursday, May 4, 2017

Tom Yam Air kelapa Enaknya Luar Biasa

Assalamualaikum...
Beberapa hari tak bersiaran, kebizan sungguh tuan tanah lately.Bukan bz dengan tempahan, tapi bz dengan projek2 sampingan hehee...Projek apa tu?xleh pukul canang lagi nnt dah setel baru kabor okey...yg penting sangat besttttt.
Ok back to track, anak2 (dua jer anak tu sebab budak maisarah xde nak layan tomyam2 ni) memang sangat suka makan tom yam.Tak kira la tomyam seafood atau tomyam campur.Bila makan kat kedai kadang2 x menepati citarasa keluarga..tp tetap order jugak bila keluar makan hahaaa..Paling sedap ialah Tom Yam kat Siam Xpress tu mmg teringat2.Sejak dah pandai buat tomyam ni xde la dok teringat sangat kan..Asal rajin dan ada bahan terus ON buat tomyam.Bukan susah sangat pun 25-30min siap la.
istimewa Tom Yam kali ni ialah saya menggunakan air kelapa..rasanya manis2, pedas dan masam tu mmg menyebabkan anak2 saya hirup kuah hingga ke titisan terakhir(ayat memang xleh blah sungguh) Pertama kali saya makan Tom yam kelapa kat Perlis nuuuu..dihidangkan dalam buah kelapa sangat unik dan sedap..Jom la kita semak resepi Tom Yam Air kelapa versi lina pg pulak.
Tom Yam Air Kelapa sedap, Tom Yam Thai
Kuah pekat..sluppppp..mmg sedap.saya suka aksesori yg minima..sekadar tomato, cendawan tiram sudah memadai

TOM YAM AIR KELAPA

Bahan-Bahan
  • 8 ekor udang saiz besar
  • 600ml air kelapa
  • 2 cawan air rebusan kulit udang (kalau xde guna air biasa)
  • 2 sudu besar pes tomyam (LiNa Pg guna Tom Yam Yum)
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 batang serai titik
  • Cendawan tiram (terpulang banyak mana)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • Sedikit ketumbar
  • 2 hiris halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 biji limau nipis/atau secukup masam (ambil jus)
  •  1 sudu besar sos ikan
  • 1/4 cawan santan pekat/susu cair
  • Garam dan gula/perasa
  • Beberapa biji cili padi ketuk (jika suka pedas)
Cara-Cara
  1. Satukan air kelapa, air rebusan kulit udang,santan, halia, serai,lengkuas dan pes tomyam, kemudian masak hingga mendidih
  2. Masukkan daun limau purut,cendawan,udang,tomato dan bahan2 lain.
  3. Sesuaikan rasa.Tom Yam mesti ada rasa masam, masin, pedas. Jangan masak udang terlalu lama,nnt isinya akan liat.
  4. Dah siap tutup api.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...