Saturday, July 29, 2017

Apam Nasi Sedap Lembut Dan Gebu

Assalamualaikum...
Kebiasaannya ada lebihan nasi, saya akan recycle iaitu masukkan semula dalam nasi yang baru ditanak.Memandangkan setiap kali week end kami sekeluarga akan keluar JJCM, takut pulak nasi tu basi sayang pulak kalau tak dimanfaatkan.Nak digoreng nasinya sedikit sahaja, nak buat cucur nasi dah selalu sangat buat.Hurmmm terus gugel jer...dapat lah idea nak buat apam.Bila baca Resepi Apam Nasi ni sangat mudah dan hasilnya sangat sedap, lembut dan gebu.Makan kosong tanpa kelapa parut pun sedap.Tak sangka pulak anak2 saya suka makan kuih Apam Nasi ni, bukan apa budak2 kat rumah ni kalau kuih2 tradisional camni memang kuranggg siket la kat tekak depa.Alhamdulillah yang ni laku pulak.Resepi ni saya ambil dari blog kak fiza terima kasih saya panjangkan kat sini pulak
Apam Nasi sungguh lembut, gebu dan enak dimakan begitu saja
Kuih Muih Lama, Kuih Muih Tradisional
Langkah mudah untuk membuat Apam Nasi

APAM NASI
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-bahannya (~16 mould kecil)
1 cawan nasi
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula pasir
1+ 1/2 cawan air
1 sudu kecil yis (LiNa Pg guna saf instant)
Kelapa parut dengan sedikit garam

Cara membuatnya: 

  1. Kisar nasi bersama air sehingga hancur, kemudian masukkan gula.Kisar lagi hingga halus
  2. Di dalam bekas lain,ayak tepung gandum dan tepung beras kemudian gaulkan dengan yis.Ketepikan
  3. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam bekas tepung (refer pada gambar no.1)Kacau sehingga sebati.Gambar no.2(LiNa Pg kacau guna hand whisk sahaja)
  4. Perap dalam bekas tertutup selama 3 jam (refer gambar no.3)
  5. Jika suka asingkan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.Jika suka tanpa pewarna boleh terus kukus
  6. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.Tuangkan adunan dan kukus selama 12-15min api sederhana (Pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus)
  7. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam atau enak dimakan begitu saja.
Note:Boleh juga balut penutup kukusan untuk mengelakkan air menitik ke atas kuih (tapi LiNa Pg kukus begitu jer..cantik jugak hasilnya..janji api sederhana sahaja)
Kuih Muih Lama, Kuih Muih Tradisional

Wednesday, July 26, 2017

Tapai Pulut Resepi Warisan Arwah Bonda LiNa Pg

Assalamualaikum...
Syawal dah pun berlalu, tiba tiba keluar Tapai Pulut pulak kat blog TMK ni hahaa.Tak apa lah kan boleh jamu mata dan amek mood untuk raya haji pulak.Secara jujurnya saya ni bukanlah penggemar tegar Tapai.Selalunya kalau teringin nak makan, saya cuma akan beli kalau ternampak ada jual kat mana2, sebab rasanya nak buat tak berbaloi.Kenapa saya berusaha untuk buat Tapai Pulut ni?sebab ini merupakan resepi warisan arwah bonda saya.Sayangnya saya tidak sempat untuk belajar secara langsung dari bonda,selalunya saya cuma menjadi tukang bungkus sahaja (Biasalah kan..balik kg sehari dua sebelum raya)
Bila nak buat tapai ni, saya wasap adik saya sebab beliau sempat menuntut dan lulus dengan jayanya membuat Tapai Warisan Bonda ni.Setelah agak paham secara teknikal untuk membuat tapai, Do and Don't saya cuba jugaklah membuatnya.Dengan kamikainya buat  1kg beras pulut hahaaa...nampak tak betapa confident ganda nambelas tuh.Lepas 48jam (peram 2malam)Tapaiku Masam muahahaaa...
Lepas post mortem, dan tanpa putus asa, terus cuba sekali lagi.Kali ni malas nk balut dengan daun pisang dah..buat Tapai hipster plak masuk dalam bekas tipuware jer.Buat ~400g.Surprisingly dalam masa 30jam tapai saya dah masak...Manis akhirnya Alhamdulillah..
 Ada yang kata makan Tapai dengan aiskrim memang sedap.So,kita tiru la hahaa..mmg sedap..Kurang rasa gas dari Tapai tu..
 Nampak tak berair2 dah tapai cheq ni...manisss..tapi tak la manis meleting sebab cheq manis lagi chia..chia..chiaa
Yang dalam daun pisang tu firstattemp..Tapaiku Masam, rasanya terlebih ragi.Kali kedua buat dalam bekas tu manissssss sebab saya dah kurangkan.
Resepi Tapai Pulut saya tak sertakan sebab takut u olls buat tak jadi, saya sendiri pun belum mahir lagi.Tapai Manis bergantung kepada ragi.Kalau elok dan betul sukatan ragi, insyaaAllah manislah tapai tu.

Tuesday, July 25, 2017

Congo Bars Sedap Mudah Saja Cara Membuatnya

Assalamualaikum...
Congo Bars pertama kali bersiaran di blog TMK.Nampak tak betapa outdated tuan blog ni hahaaa.Biasalah saya ni memang jenis yang kalau tak mahu buat sesuatu, saya terus ignore (maknanya memang tak amek pot pasal resepi tersebut)Bila ada nampak Congo Bars rancak lalu lalang kat IG saya di 'combo' dengan Brownies terus gugel cari resepi.Manalah tahu kan kot2 ada yang berkenan di'pasang'kan dengan Brownies kan..kan?Order satu tapi dapat merasa 2 jenis hihi..Nampak tu otak bisnes.Ekceli saya ni tak perna makan Congo Bars..so tak tahu camana tekturnya sebenar.Sama ada jenis 'Cakey' 'Cookie' atau 'Fudgy' bila gugel macam2 pesen Congo Bars yang keluar.Tak apalah baru first time kan?Nanti kita improvise la slow2.Time dok bako dalam oven tu wangi sangat baunya...dah masak, tunggu sejuk siket jer terus potong...hurmm padahnya potongan langsung tak kemas.Padan muka sapa soh tak menyaborkan?Ok jom kita semak resepi.LiNa Pg guna resepi dari blog Che Mat..tenkiu che mat..makan panas2 pun layannnnn
Gambo tak berapa cun sebab hari ni Penang mendung..gelap dapoq cheq..maklum ler snap gambo harapkan cahaya matahari dan lampu dapur jer.Mana ada lighting/flash yang gempak bagai.Jom minum petang dengan Congo Bars yang lembut ni.Teh O mana?Lom bancuh lagi hahaaaa

Resepi Congo Bars
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan Bahan (LiNa Pg buat 1/2 dari bhn2 ni)

  • 150 gram mentega
  • 220 gram gula perang (resipi asal 280 gram)
  • 3 biji telur gred A
  • 315 gram tepung berserbuk penaik (SRF) ayak
  • 1/2 camca teh garam (LiNa Pg skip)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 cawan coklat chip (atau ikut suka)
  • 1 cawan flakes almond (atau ikut suka)LiNa Pg skip

Cara Cara

  1. Panaskan oven pada suhu 170C (Oven LiNa Pg 150'C) Lenser tin atau loyang kek berukuran 10 inci x 10 inci (8x8in) dengan mentega dan alas kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula perang dan garam hingga berkrim, tak perlu sampai kembang sangat. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  3. Tambah esen vanilla, 1/3 bahagian coklat chip dan 1/3 bahagian flakes almond. ke dalam adunan. Gaul rata dengan spatula. 
  4. Tuang ke dalam tin pembakar dan ratakan. Tabur baki coklat chip dan flakes almond atasnya. Bakar 30 minit atau hingga masak. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang.

Monday, July 24, 2017

Tempahan Kek Minyak Dan Brownies

Alhamdulillah
Rezeki di pagi Isnin, kek minyak dan brownies ditempah oleh my jiran kak mai, tapi kali ni untuk husband dia makan2 kat ofis.Req potong siap2.So kita potong sajalah..saya potong kek secara manual saja tau..so,kalau ada terlebih kurang tu kira halal la...takde nya cutter yang canggih2.
Selepas raya ni banyak nau tempahan kek minyak dan brownies..cam pakej plak hahaa dua jenis ni.Tapi kek kedua2 kek/brownies ni memang sangat sesuai untuk jamuan atau majlis.Sebab kedua2nya mudah nak handle.Tak comot dan senang nak makan on the go.
Snap gambar pagi2 buta lagi ni tak berapa nak cantik..Kek dah odw ke USM
 Dessert simple tapi mewah dan eligent..menggunakan bahan premium dalam pembuatannya.Tak perlu dizle bagai..macam macam ni pun dah cukup mewah..bila tergigit coklat coin Beryl's dan coklat chips kat dalamnya alangkah  nikmatnya.Penuh rasa coklat yang mewah.

Friday, July 21, 2017

Tempahan Indulgence Cheese Chocolate Moist Cake (ICCMC) Dan Kek Minyak

Alhamdulillah..
Rezeki tempahan kek untuk hari ni ICCMC sebiji potong 4 bahagian (1/4 tuan umah punya) sebiji kek marble minyak

Yang ni dah selamat di hantar pagi2 lagi.Tq kak mai

Tuesday, July 18, 2017

Biskut Cheese Rossette

Assalamualaikum...
Biskut raya di hujung Syawal?Pelik kan?Sebenarnya Biskut Raya ni sudah lama dibuat, tapi tak berkesempatan untuk update dalam blog TMK.Saya suka makan biskut yang ada cheese, selalunya kalau biskut cheese rossette dibuat bentuk untaian dan diletakkan almond slice, tp saya buat betul2 bentuk Rossete dan menggunakan nozle close star.Boleh jugak kalau nak guna acuan samperit/biskut dahlia tp buatlah bentuk rossete (atau apa2 pattern la ikut suka korang)Memandangkan sekarang ni bukan orang kemaruk sangat nak buat kukis, so tak payah la kita bebel panjang2 bukan ada yang nak baca pun kan?Ajom lah kita semak resepi.Biskut raya ni LiNa Pg buar khas untuk Majalah Saji..so,sapa yang dah beli tu mmg tahulah resepinya.
Biskut ni agak fragile ala2 Danish cookies jugak, tp ada cheese kat dalam tu lagilah sedap...cair dalam mulut gitu.Nak tau camana rasa kenalah try.
CHEESE ROSSETTE
Bahan-Bahan

  • 100 gram mentega
  • 50 gram cream cheese
  • 70 gram gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanila
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 100 gram tepung gandum
  • 45 gram tepung jagung
  • 15 gram nestum (kisar)


Cara-Cara

  1. Ayak tepung gandum dan tepung jagung.Ketepikan
  2. Pukul mentega, cream cheese dan gula hingga sebati (Jangan terlalu kembang)masuk telur dan esen.Putar sekejap.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul guna senduk kayu.
  4. Kemudian masukkan nestum.Uli hingga menjadi doh.
  5. Masukkan ke dalam piping bag dan guna nozzle close tip untuk membentuk rosette.Boleh juga guna acuan samperit
  6. Paipkan adunan ke atas Loyang yg lapik baking paper.
  7. Bakar hingga masak.Suhu 160’C selama 25min.

Saturday, July 15, 2017

Nasi Kari Ayam Sangat Mudah dan Sedap (Menu Ekspress)

Asslamualaikum..
Nasi Kari Ayam ni bukan macam makan nasi berlauk kari ayam tau.Kari Ayam dicampur sekali dalam proses memasak nasi ni..Hahaa..camana tu?Tengok gambor kalau rasa terliur, apa lagi boleh buat lorrr..bukan ssh sangat pun.LiNa Pg lagi mengelat guna Kari Ayam dalam tin jer tuh.Idea ni boleh guna pakai guna lebihan kari ayam/gulai ayam home made jugak la.Kalau anak2 saya (termasuk bapaknya jugak la) bab lauk pauk left over ni memang tak layan la..tak layan kalau perangat2 membawa ke esok hari.Kalau masak tengahari panaskan untuk dinner ok fine depa makan.So, camana nak abeskan gulai ayam tu buat la cara ni.Kalau siket2 tu okeylah kan buat cicah roti kira setel la.Ni kita olah balik jadi main dish..setel bab makan berat hihiii..memasak ni mudah jer kalau rajin.Saya ni kalau rajin ada jer idea macam2.TAPI kalau malas atau tadak mood, haaa..apa lagi capai tudung..JOMMMM makan kat luar kikiiiiii..
Bebel pulak mak jemah ni kan..ajom semak resepi.
Nasi Kari Ayam ni LiNa Pg gandingkan dengan papadom dan juga acar mentah.Dalam mangkuk kecil tu belen kuah kari.Simple jer yet tasty



Nota kecil LiNa Pg
Kalau guna rice cooker, lps tumis hingga pecah minyak terus pindah ke rice cooker
Masuk air, susu dan kiub, terus masuk beras.
kacau rata.ON periuk
Bila nasi kering (sebelum KEEP WARM) masukkan kari ayam, telur, daun pudina+daun ketumbar.
Biarkan hingga nasi betul2 masak.
Mudah saja

Selamat Berhujung Minggu

Friday, July 14, 2017

Brownies Coklat Dan Kek Karamel Pelangi

Assalamualaikum..
Pagi Jumaat nan dingin, hujan turun mencurah2 sejak dari malam tadi...Sejuk jer pagi.
Alhamdulillah tempahan Brownies Coklat (Triple Chocolate Brownies) repeat order dari kawan husband yg buat Open House sabtu.Katanya beliau dan keluarga x sempat nk makan sebab paling abes awal hehe...Laku keras nampaknya hehee..Terima kasih Shukor..harap kali dapat menikmati dengan aman hehee..Beliau req supaya potong2 untuk di bawa ke hostel anaknya jugak..Kita potong ajer la.Saya potong guna manual jer tau..so, potongan tu lebi kurang jer.Lom mampu nak beli cutter yang cun melecun tu..dah survey harganya mak aih mahal benar dia..harga lebih dari Brownies saya hahaaa..
Kelmarin pi kedai bakeri..nampak coklat Beryl's naik harga lagi..Aduyai asyik naik jer...Kerap benar naik harganya..bukan sekupang dua plak tu..Plastik pun tadak dah..plastik pun kena beli jugak..Sebelum ni free jer kalau kedai2 biasa.Kalau pasaraya mmg dah berjaman la tadak plastik bag
So, kita ikat ngan tali camni la hahaaa...cam jaman dulu2 ikat arang
Kek Karamel Pelangi ni Tempahan hari Selasa lepas, Lupa plak nak letak dalam blog

Wednesday, July 12, 2017

Sira Pisang Sedap Dan Mudah Cara Membuatnya (Sira Pisang Kelantan)

Assalamualaikum...
Balik dari kampung raya aritu ada pisang yang dah matang.Pisang kebatu hasil tanaman arwah bonda ditebang oleh kanda saya kak rosa di blog Embun sinun...Memula saya cam malas nk bawa mai sebab kurenggg kerajinan nk buat apa2 ngn pisang tu huhu..Katanya banyak sangat buah.Alahhh bukan banyak mana pun pisang tu setandan jer muahehee..So kami share la sorang setengah.Punya lama dok tunggu pisang ni masak..bayangkan seminggu lebih jugak tu.Pagi tadi check dah masak..pikir2 nak buat apa ngn pisang ni.So saya decide nak buat Sira Pisang la.Kalau sebelum ni saya buat Sira Pisang fusion style sebab guna minuman laici yeos..kali ni saya buat cara old skool pulak.Cuma kali ni saya mengelat siket tak rendam dengan air kapur.Disebabkan pisang pun masih pejal (tidak begitu ranum) so hasilnya tetap cantik (tidak lembik/lunyai) Jom kita semak resepi cara nak buat Sira Pisang kelantan yang sedap ni.Mudah plak tu sap sap soi jer.
Pisang Nak Buat Apa Selain Goreng, Resepi Berasaskan Pisang
Kali ni LiNa Pg guna titiskan pewarna kuning cam lawa siket la sebelum TERRRRRguna warna oren..terang benderang gitew kih3

RESEPI SIRA PISANG KEBATU
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
1 sikat pisang yang sesuai (LiNa Pg guna pisang kebatu)
1/2 cawan gula pasir (ikut selera kemanisan)
1 cawan air
2 helai daun pandan
3 biji bunga cengkih
Beberapa titis warna kuning

Cara
  1. Pisang dikupas kulit dan potong2 atau belah dua (terpulang)
  2. Satukan air, gula, daun pandan dan bunga cengkih ke dalam periuk.
  3. Masak hingga gula hancur,kemudian masukkan pisang kemudian reneh hingga agak pekat.
  4. Dah siap.Bolehlah dihidang.
Nota kecil LiNa Pg
*Sira Pisang enak dinikmati selepas disejukkan dalam peti ais.

Tuesday, July 11, 2017

Cara Buat Puding Roti Marble Sedap Lemak Manis (Sukatan Cawan)

Assalamualaikum...
Puding Roti Marble ni sangat femes seantero maya sekitar  tahun 2009 lagi.Masa tu saya masih hijau dalam dunia baking.Masuk dapur pun time hujung minggu jer.Paling banyak n3 kat blog TMK ialah Puding atau dessert sebab saya sangat suka sesuatu yang kaler maler dan berlapis2 hahaa...
Kalau nak ikutkan dah tak tahu berapa kali ulang siar kat TMK ni puding roti marble ni.Marble coklat, marble stoberi dan macam2 punya marble la.Puding Roti Marble ni saya buat ahad lepas untuk dibawa ke Jemputan Open house umah kawan husband (yg order brownies tu).Dek kerana agak lama x buat puding ni..saya pun lupa loyang saiz berapa yang sepatutnya digunakan..so saya tibai 9x9in..nipis la siket.Tapi bila potong saiz kecil2 bite size gitew nampak cam cute plak kikiiiii..
Gambar ni saya snap ms nk pi Open house, so takdelah props bagai...sepiring Puding Roti Marble yang posing hahaa...

RESEPI PUDING ROTI MARBLE 
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/
Asal Hana Memories
Bahan-bahan 
4 keping roti 
2 biji telur 
1/2 cawan susu pekat 
170ml susu cair 
8gram serbuk agar2 (LiNa Pg gn agar2 10g) 
1/2 cawan gula - bleh kurangkn 
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 
3+1/2 cawan air 
2 sudu besar serbuk koko (LiNa Pg gn 3 jenis pewarna)

Cara-cara 
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. 
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. 
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco (LiNa Pg bahagikan kpd 3 bahagian dan warnakan)
kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2! Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. 
Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. 
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Yg ni sekadar bek up..in case malas nk snap dalam piring kat atas tu hahaaaa

Sunday, July 9, 2017

Tempahan Kek Minyak Dan Brownies Coklat

Alhamdulillah..
Slow2 panas enjin setelah bercuti raya..Biasalah lepas cuti lama.. lemau sungguh nak stat membaking.Kalau dah mula tu okey dah la
Kek Marbel (Minyak) kastemer req nak tulis hepi besday (berjemaah) hehee..okey kita tulis ajer 
Brownies 2 biji 8x8in ni tuan yg sama kek kat atas nuuu...sesaja saya buat saiz besar 10x10in untuk makan anak beranak..ekceli saja test resepi sebab ramai benar kastemer req nk besar siket sebab x puas makan Brownies 8x8in tu..Okey now boleh pilih nak 8x8in atau 10x10in 
Selamat dihantar malam td kat tuan punya..kawan my asben ni..Open house hari ni..Suspen pulak kita org jemput kita..tp hidangannya tu ada hasil air tangan kita huhuu...camana agaknya reaksi tetamu lain kan?
Hat ni plak tempahan my jiran kak mai (Jumaat lepas)

Friday, July 7, 2017

Cara Buat Sambal Jate (Sambal nasi Berlauk Kelantan)

Assalamualaikum...
Tajuk hari ni sambal hahaa...Pernah dengar nama Sambal Jate tak?Sambal paling sempoi.Sambal jate ni merupakan sambal basic sahaja menggunakan cili padi merah, limau kasturi, garam+gula dan cuka.Kalau letak belacan ada plak yg claim kata tak ori huhu.Pada saya nak letak belacan atau tidak, itu terpulang kepada selera kita la.Sambal jate ni sesuai dimakan dengan Bihun Goreng (Bihun Singapore),Nasi Berlauk, Nasi Ala Kak Wok, Nasi Kerabu atau Laksam.Pendek kata boleh ajer di'gu'kan dengan apa2 menu yang sesuai.Kalau di Kelantan Sambal Berlauk ni juga dipanggil 'Air Lada' old skool betul nama dia kan hahaa...Ekceli cara buat sambal dan sedikit tips ni saya belajar dari M.I.L ms raya aritu..sebelum saya pernah buat jugak Sambal Kelantan ni tapi saya durhaka letak belacan bg seimbangkan rasa..ngelat kikiiii.Pastu saya buat siket jer versi tumbuk.Kali ni buat banyak terus dan blend jer senang kije.Confident level tinggi sungguh la haih..Alhamdulillah lulus dengan cemerlang..husband kata sedap..memula tu rasa pelik siket..macam tak balance rasa dia..pastu ada sedikit pahit (sebab saya blend sekali dengan kulit limau-MIL ajar camtu..kita follow jer la)
Tapi lepas biar dalam 3jam..semua sudah sebati dan terjeruk..alhamdulillah sedappppppp pedas berdesing jugaklah.Bila makan keesokan harinya..kurang siket pedasnya..pendek kata makin lama makin sedap..Haaaa gitew.Kalau ada yang follow resepi sambal nasi berlauk klate versi LiNa Pg bolehlah follow resepi ni...Kang u olls adjust la serba sedikit naaa...Resepi anggaran untuk guide sahaja..tang garam dan gula tu pepandailah adjust ikut selera..sama gak dengan cuka makan tu..sebabnya tahap kepedasan setiap orang tak sama.
Cara Buat Sambal Kelantan yang sedap
 Dapat sebekas ni...bolehlah buat stok seminggu
Paling penting ialah seimbangkan rasa.Sambal Jate atau Sambal nasi Kerabu ni mesti ada rasa manissss, pedas sedikit masam.Jadi,masa tambah garam+gula dan perasa.Tambah jugak cuka (jika perlu) Pandai2lah adjust rasa tu ya.Resepi sebagai panduan jer

Tuesday, July 4, 2017

Resepi Ikan Percik Kuah Putih Cara Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Suka makan percik tak?Percik ada 2 versi satu kuah putih dan satu lagi merah (sedikit pedas) kalau belah utara ni yg merah tulah banyak dijual di Bazar ramadan.Saya plak suka yang Percik Kelantan kuah putih..betul2 old skool punya.Kalau yang kuah merah tu resepi olahan dah tu.Tapi sekarang ni kuah putih atau merah dah merata dijual di Kelantan sinun.Merah atau putih terpulang pada selera masing2
Okeylah mood update blog masih lemau ni..so,xmp bebel panjang..Jom ler kita semak resepi cara masak Ikan Percik Kelantan Style Kuah Putih versi LiNa Pg heheee

Ikan Percik dan props tu macam x match jer kan?Xpe la asalkan nampak berseri siket kikiiii
Ikan Percik Kuah Putih (Percik Kelantan)
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan Bahan
  • 3 ekor ikan selar/kembung
  • 7 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 cm halia (tumbuk)
  • 1 batang serai (titik)
  • Garam dan gula/perasa 
  • 1 asam keping
  • 1 cawan santan pekat (LiNa Pg guna santan kotak ayam brand jer)
  • 1/2 cawan air
Cara Cara
  1. Perasakan ikan dengan sedikit garam.kemudian lumurkan dengan separuh bahan yang ditumbuk.Perap selama 10min (Refer gambar no.1)
  2. Sementara itu,satukan santan,air, lebihan bahan tumbuk,serai,asam keping dan garam+perasa (gambar no.2)
  3. Kacau hingga likat.Semasa proses mengacau,keluarkan asam keping supaya tidak erlebih masam.LiNa Pg tidak menggunakan sebarang tepung utk memekatkan kuah percik ni.Sesuaikan rasa.Tutup api bila kuah pekat (rujuk gambar no.3)
  4. Panaskan pemanggang ajaib.Bakar ikan (kedua2 belah)hingga masak terlebih dahulu.
  5. Kemudian lumur ikan yg dibakar dengan kuah percik dan bakar sekejap refer gambar no.5(Simpan sedikit kuah untuk dicurah semasa menghidang)
  6. Mudah sahaja dan rasanya memang mabeles





Monday, July 3, 2017

Rumah Terbuka Pensonic TV3 - Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017

Assalamualaikum...
Seminggu blog tak terupdate..mood masih lemau, tapi disebabkan tadi kol 6pm sempat melayan progam Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017 Edisi Raya Rumah Terbuka Pensonic 2017 yg dirakam di HQ Pensonic Penang.
The best part LiNa Pg dan suami ada menyelit sekali masa shooting itu hari...kuar plak tu sipi2 dalam tv hihi.Dok tengah kusyuk makan hahaaa....

Time ni jer nampak kami hahaa...baju melayu biru tu my lalink letew...cheq tudung hijau..nampak belakan jer.
Udahlah skrin tv tak berapa sihat..cam minta duit jer tuh
Clear shot meja kami...sedap2 makanan yg dihidang

Kalau nak tengok behind the scene boleh tengok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...