Wednesday, July 12, 2017

Sira Pisang Sedap Dan Mudah Cara Membuatnya (Sira Pisang Kelantan)

Assalamualaikum...
Balik dari kampung raya aritu ada pisang yang dah matang.Pisang kebatu hasil tanaman arwah bonda ditebang oleh kanda saya kak rosa di blog Embun sinun...Memula saya cam malas nk bawa mai sebab kurenggg kerajinan nk buat apa2 ngn pisang tu huhu..Katanya banyak sangat buah.Alahhh bukan banyak mana pun pisang tu setandan jer muahehee..So kami share la sorang setengah.Punya lama dok tunggu pisang ni masak..bayangkan seminggu lebih jugak tu.Pagi tadi check dah masak..pikir2 nak buat apa ngn pisang ni.So saya decide nak buat Sira Pisang la.Kalau sebelum ni saya buat Sira Pisang fusion style sebab guna minuman laici yeos..kali ni saya buat cara old skool pulak.Cuma kali ni saya mengelat siket tak rendam dengan air kapur.Disebabkan pisang pun masih pejal (tidak begitu ranum) so hasilnya tetap cantik (tidak lembik/lunyai) Jom kita semak resepi cara nak buat Sira Pisang kelantan yang sedap ni.Mudah plak tu sap sap soi jer.
Pisang Nak Buat Apa Selain Goreng, Resepi Berasaskan Pisang
Kali ni LiNa Pg guna titiskan pewarna kuning cam lawa siket la sebelum TERRRRRguna warna oren..terang benderang gitew kih3

RESEPI SIRA PISANG KEBATU
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
1 sikat pisang yang sesuai (LiNa Pg guna pisang kebatu)
1/2 cawan gula pasir (ikut selera kemanisan)
1 cawan air
2 helai daun pandan
3 biji bunga cengkih
Beberapa titis warna kuning

Cara
  1. Pisang dikupas kulit dan potong2 atau belah dua (terpulang)
  2. Satukan air, gula, daun pandan dan bunga cengkih ke dalam periuk.
  3. Masak hingga gula hancur,kemudian masukkan pisang kemudian reneh hingga agak pekat.
  4. Dah siap.Bolehlah dihidang.
Nota kecil LiNa Pg
*Sira Pisang enak dinikmati selepas disejukkan dalam peti ais.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...