Wednesday, July 26, 2017

Tapai Pulut Resepi Warisan Arwah Bonda LiNa Pg

Assalamualaikum...
Syawal dah pun berlalu, tiba tiba keluar Tapai Pulut pulak kat blog TMK ni hahaa.Tak apa lah kan boleh jamu mata dan amek mood untuk raya haji pulak.Secara jujurnya saya ni bukanlah penggemar tegar Tapai.Selalunya kalau teringin nak makan, saya cuma akan beli kalau ternampak ada jual kat mana2, sebab rasanya nak buat tak berbaloi.Kenapa saya berusaha untuk buat Tapai Pulut ni?sebab ini merupakan resepi warisan arwah bonda saya.Sayangnya saya tidak sempat untuk belajar secara langsung dari bonda,selalunya saya cuma menjadi tukang bungkus sahaja (Biasalah kan..balik kg sehari dua sebelum raya)
Bila nak buat tapai ni, saya wasap adik saya sebab beliau sempat menuntut dan lulus dengan jayanya membuat Tapai Warisan Bonda ni.Setelah agak paham secara teknikal untuk membuat tapai, Do and Don't saya cuba jugaklah membuatnya.Dengan kamikainya buat  1kg beras pulut hahaaa...nampak tak betapa confident ganda nambelas tuh.Lepas 48jam (peram 2malam)Tapaiku Masam muahahaaa...
Lepas post mortem, dan tanpa putus asa, terus cuba sekali lagi.Kali ni malas nk balut dengan daun pisang dah..buat Tapai hipster plak masuk dalam bekas tipuware jer.Buat ~400g.Surprisingly dalam masa 30jam tapai saya dah masak...Manis akhirnya Alhamdulillah..
 Ada yang kata makan Tapai dengan aiskrim memang sedap.So,kita tiru la hahaa..mmg sedap..Kurang rasa gas dari Tapai tu..
 Nampak tak berair2 dah tapai cheq ni...manisss..tapi tak la manis meleting sebab cheq manis lagi chia..chia..chiaa
Yang dalam daun pisang tu firstattemp..Tapaiku Masam, rasanya terlebih ragi.Kali kedua buat dalam bekas tu manissssss sebab saya dah kurangkan.
Resepi Tapai Pulut saya tak sertakan sebab takut u olls buat tak jadi, saya sendiri pun belum mahir lagi.Tapai Manis bergantung kepada ragi.Kalau elok dan betul sukatan ragi, insyaaAllah manislah tapai tu.

2 comments:

adda syuhada said... Balas

sedapnyer...

Phong Hong said... Balas

Lina, PH suka makan tapai! Tapai ubi pun suka tapi tak tahu buat. Very tricky sebab kena pakai ragi. Nantilah, biar Lina practice dulu ya hee..hee...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...