Resepi Chicken Buttermilk Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Wednesday, April 04, 2018

Assalamualaikum...
Macam2 resepi kena reka kalau banyak sangat dada ayam dalam peti ais.Kalau buat ayam kunyit atau paprik laku jugalah..kalau masak seketul macam tu semua pakat tolak..pilih part yg lain sebab dada ayam banyak isi katanya huhu..Kali ni mama buat Chicken Buttermilk laku jugaklah..pedas2 manja dan lemak2 siket.Okeylah jom semak resepi.Bz siket pagi2 ni

ringkas tapi sedap.Ekceli ada kuah pekat..tp saya tak skop sebab 'senduk'ni kecik hehee
CHICKEN BUTTERMILK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan:
3 keping dada ayam (potong kecil2)
3 ulas bawang putih - cincang halus
2 tangkai daun kari
5 biji cili padi
1 sudu kecil cheese powder (boleh guna cheesedale/skip jer)
1/2 tin susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan Air
2 sb tepung jagung
1/2 kiub ayam
Minyak
Garam dan Kunyit

Cara-Cara:

  1. Ayam dicuci bersih, perap dengan garam kunyit dan golek/taburkan dengan tepung jagung.Goreng hingga masak, kemudian ketepikan.
  2. Cairkan butter tumis bawang putih dan daun kari hingga garing, kemudian masukkan cili padi.Tumis sebentar.
  3. Masukkan susu cair ,serbuk cis.Masukkan ayam gaul rata.Kalau nak lebih berkuah tambah sedikit air.Sesuaikan rasa.Tambah garam/kiub ayam jika perlu.Tutup api.Sedia dihidang

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. sedap nya. tambah ada cili padi tu
    bagi satu sudu tu pon dah cukup utk akak sorang.
    makan jimat-jimat dengan nasi panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu k. fha. pedas² lemak² siket pekena dgn ns pns

      Delete