Thursday, May 4, 2017

Tom Yam Air kelapa Enaknya Luar Biasa

Assalamualaikum...
Beberapa hari tak bersiaran, kebizan sungguh tuan tanah lately.Bukan bz dengan tempahan, tapi bz dengan projek2 sampingan hehee...Projek apa tu?xleh pukul canang lagi nnt dah setel baru kabor okey...yg penting sangat besttttt.
Ok back to track, anak2 (dua jer anak tu sebab budak maisarah xde nak layan tomyam2 ni) memang sangat suka makan tom yam.Tak kira la tomyam seafood atau tomyam campur.Bila makan kat kedai kadang2 x menepati citarasa keluarga..tp tetap order jugak bila keluar makan hahaaa..Paling sedap ialah Tom Yam kat Siam Xpress tu mmg teringat2.Sejak dah pandai buat tomyam ni xde la dok teringat sangat kan..Asal rajin dan ada bahan terus ON buat tomyam.Bukan susah sangat pun 25-30min siap la.
istimewa Tom Yam kali ni ialah saya menggunakan air kelapa..rasanya manis2, pedas dan masam tu mmg menyebabkan anak2 saya hirup kuah hingga ke titisan terakhir(ayat memang xleh blah sungguh) Pertama kali saya makan Tom yam kelapa kat Perlis nuuuu..dihidangkan dalam buah kelapa sangat unik dan sedap..Jom la kita semak resepi Tom Yam Air kelapa versi lina pg pulak.
Tom Yam Air Kelapa sedap, Tom Yam Thai
Kuah pekat..sluppppp..mmg sedap.saya suka aksesori yg minima..sekadar tomato, cendawan tiram sudah memadai

TOM YAM AIR KELAPA

Bahan-Bahan
  • 8 ekor udang saiz besar
  • 600ml air kelapa
  • 2 cawan air rebusan kulit udang (kalau xde guna air biasa)
  • 2 sudu besar pes tomyam (LiNa Pg guna Tom Yam Yum)
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 batang serai titik
  • Cendawan tiram (terpulang banyak mana)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • Sedikit ketumbar
  • 2 hiris halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 biji limau nipis/atau secukup masam (ambil jus)
  •  1 sudu besar sos ikan
  • 1/4 cawan santan pekat/susu cair
  • Garam dan gula/perasa
  • Beberapa biji cili padi ketuk (jika suka pedas)
Cara-Cara
  1. Satukan air kelapa, air rebusan kulit udang,santan, halia, serai,lengkuas dan pes tomyam, kemudian masak hingga mendidih
  2. Masukkan daun limau purut,cendawan,udang,tomato dan bahan2 lain.
  3. Sesuaikan rasa.Tom Yam mesti ada rasa masam, masin, pedas. Jangan masak udang terlalu lama,nnt isinya akan liat.
  4. Dah siap tutup api.

4 comments:

adda syuhada said... Balas

sedapnyer...

LiNa_Pg said... Balas

Sedapp sungguh la adda hehee

Phong Hong said... Balas

Lina, special ni pakai air kelapa. Mesti sedap sebab air kelapa memang best!

Amie said... Balas

Biasa makan tom yam air kelapa, tapi di kedai laaa he he heee.... mmg sedap kuahnya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...